Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Lim Kit Siang Buktikan Kerajaan Rasuah






Kit Siang dicabar serah bukti kerajaan rasuah
Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin
PUTRAJAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya mengemukakan bukti salah laku kerajaan yang sering disebut dalam setiap ceramah politik beliau sejak 1969.

Sinar Harian Online melaporkan presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa, sehingga hari ini, tokoh veteran DAP itu tidak pernah mendedahkan sebarang bukti hingga merosakkan pemikiran rakyat.

"Saya telah siasat dengan ahli-ahli DAP malah mereka sendiri kata Lim Kit Siang ini penipu, bercakap tanpa bukti.

"Hampir 40 peratus generasi muda mempercayai segala dakwaannya sama ada di pentas atau blog, malah pada pilihan raya lepas, mereka meracuni rakyat hingga pelajar sekolah darjah dua boleh kata BN ini rasuah," Ramesh Rao dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian selepas menyerahkan laporan penyelewengan Lim Kit Siang kepada ibu pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Ramesh berkata pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti rakaman percakapan pemimpin DAP itu menerusi YouTube.

"Kita minta SPRM siasat Lim Kit Siang, panggil dia, saya sudah bagi link blogger yang sering kali dia kata kerajaan bertaraf rasuah dunia," katanya.

Tambahnya, jika ahli parlimen Gelang Patah itu enggan kemukakan bukti, beliau mencabar Kit Siang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

"Kalau kamu tidak datang SPRM, kita datang minggu depan cabar dia di kawasannya, kalau tidak, elok dia letak jawatan," katanya lagi.




Dyana nafi mahu rejimen askar Melayu dibubar




Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Dyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya yang juga calon DAP di Teluk Intan.

Laman sosial itu antara lain mendakwa Dyana mengeluarkan kenyataan bahawa RAMD perlu dibubarkan atau dibuka untuk semua kaum kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak kepada bangsa tertentu sahaja.

Dyana berkata dakwaan itu turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam.

Dihentam orang awam

Mengulas lanjut, Dyana menggesa supaya Noh yang juga pengerusi Umno Selangor supaya membuat pengesahan maklumat yang diterimanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menghargai Noh yang meminta beliau menjelaskan perkara itu, Dyana berkata orang awam telah menghentamnya selepas terbaca dakwaan itu disiarkan dalam laman Facebook palsu yang kini mencecah lebih 5,000 pengikut.

"Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu," katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama juga, Ahli parlimen DAP Bukit Mertajam Sim Chee Keong turut menyimpulkan dua perkara yang dibangkitkan oleh Noh berhubung dakwaan itu.

"Sama ada beliau telah menipu atau beliau percaya perkara itu benar dan termakan dengan penipuan oleh 'musuh politik' Dyana," kata Sim.
 
Sumber: MalaysiaKini