Showing posts with label askar. Show all posts
Showing posts with label askar. Show all posts

Itali Hantar Askar Perangi ISIS

Perangi ISIS Italia Siap Kirim Pasukan Khusus ke Libya
ROMA - Italia siap untuk mengirimka 50 tentara anggota pasukan khusus untuk memerangi ekstrimis Negara Islam Irak Suriah alias ISIS di Libya. Demikian seperti dilaporkan oleh media setempat.

Menurut koran Italia, Corriere della Sera, Badan Keamanan dan Intelijen Eksternal serta pemerintah, akan melaksanakan ikhtisar operasi yang dijadwalkan dimulai pada hari ini, Kamis (3/3/2016), seperti dikutip dari Sputniknews.

Media Italia itu mendapatkan informasi tersebut dari sebuah dokumen rahasia operasi yang tertulis tanggal 10 Februari. Pasukan Italia akan bergabung pasukan khusus Perancis, Amerika Serikat dan Inggris yang telah beroperasi di Libya selama beberapa minggu.

Sebelumnya, pada akhir Februari, media Prancis melaporkan bahwa Perancis sedang melakukan misi rahasia melawan ISIS di Libya. Namun, kabar ini dibantah oleh otoritas Libya, yang menyatakan tentara Prancis tidak terlibat dalam peperangan melawan ISIS.

Libya berada dalam kekacauan sejak awal 2011, ketika fenomena aksi demonstrasi Arab Spring melanda sebagian wilayah Arab. Fenomen ini menyebabkan perang sipil dan penggulingan Muammar Gaddafi sebagai presiden negeri yang kaya minyak itu.

Rusia Rancang Pesawat Tempur Generasi ke-6

Rusia Rancang Jet Tempur Generasi 6 Termasuk Versi Nirawak
MOSKOW - Militer Rusia sedang merancang pesawat jet tempur generasi keenamkeenam baik versi berawak maupun nirawak. Rusia juga mengisyaratkan untuk merancang pesawat jet tempur generasi ketujuh.
 
Hal itu diungkapkan Komandan Angkatan Udara Rusia, Kolonel Jenderal Viktor Bondarev kepada wartawan.
 
Sementara itu, pesawat jet tempur Rusia Sukhoi T-50 generasi kelima bersiap untuk masuk ke layanan Angkatan Udara. Kantor berita Itar-Tass melaporkan, rancangan pesawat jet tempur generasi keenam Rusia telah diawali dengan tahap penelitian awal.
 
”Bekerja pada (jet tempur generasi) keenam dan mungkin generasi ketujuh sedang terjadi. Saya tidak bisa mengatakan terlalu banyak (tentang hal itu),” kata Bondarev, yang dilansir Kamis (3/3/2016).
 
Menurutnya, jika fase penelitian dan pengembangan berhenti sekarang, maka itu akan berhenti selamanya.


Pesawat jet tempur generasi kelima yang dikenal sebagai jet tempur T-50 tidak banyak diketahui publik, karena informasi dari militer Rusia sangat minim. Jenderal Bondarev juga tidak menjelaskan konsep pesawat jet tempur generasi keenam.


Dia hanya memastikan, pesawat tempur generasi keenam dirancang untuk versi berawak dan tak berawak. ”Dapatkah Anda bayangkan kemampuan seperti apa(pesawat jet tempur) versi tak berawak, pengebom atau serangan jet?,” ujarnya.
 
Lantaran baru tahan rancangan, jenderal Rusia itu memastikan bahwa uji coba pesawat jet tempur generasi keenam tidak mungkin dilakukan dalam beberapa tahun ke depan.

Kereta Kebal Kemalangan 2 Tentera Mati






Maut kereta perisai terbalik



Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.
Foto

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.- Sumber Harian Metro




Filipina Akan Diserang Bom Al-Qaeda





Foto
Maklumat risikan dapati kumpulan militan rancang letup bom kereta

MANILA: Pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di selatan Filipina semalam, kata polis selepas perisik tentera melaporkan kelibat militan Islam di wilayah berkenaan selepas penahanan pemimpin tertinggi kumpulan itu yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
Minggu lalu, sepasukan tentera dan pegawai polis menahan, Khair Mundos, pakar membuat bom dan pemimpin Abu Sayyaf, yang menjadi terkenal awal dekad lalu dengan menculik warga asing. Mundos dikehendaki Amerika Syarikat, yang menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.6 juta) bagi penangkapannya.

“Maklumat kukuh diterima, mendedahkan kemungkinan ancaman kepada keamanan dan keselamatan Wilayah 11, terutama di Bandaraya Davao. - Sumber Berita Harian


Dyana nafi mahu rejimen askar Melayu dibubar




Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Dyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya yang juga calon DAP di Teluk Intan.

Laman sosial itu antara lain mendakwa Dyana mengeluarkan kenyataan bahawa RAMD perlu dibubarkan atau dibuka untuk semua kaum kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak kepada bangsa tertentu sahaja.

Dyana berkata dakwaan itu turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam.

Dihentam orang awam

Mengulas lanjut, Dyana menggesa supaya Noh yang juga pengerusi Umno Selangor supaya membuat pengesahan maklumat yang diterimanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menghargai Noh yang meminta beliau menjelaskan perkara itu, Dyana berkata orang awam telah menghentamnya selepas terbaca dakwaan itu disiarkan dalam laman Facebook palsu yang kini mencecah lebih 5,000 pengikut.

"Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu," katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama juga, Ahli parlimen DAP Bukit Mertajam Sim Chee Keong turut menyimpulkan dua perkara yang dibangkitkan oleh Noh berhubung dakwaan itu.

"Sama ada beliau telah menipu atau beliau percaya perkara itu benar dan termakan dengan penipuan oleh 'musuh politik' Dyana," kata Sim.
 
Sumber: MalaysiaKini