Showing posts with label KRU. Show all posts
Showing posts with label KRU. Show all posts

10 Band Terbaik Malaysia Tahun 2025






10 Band Terbaik Malaysia Tahun 2025 + Playlist Muzik

Tahun 2025 ditandai dengan lonjakan luar biasa dalam dunia muzik band Malaysia — dari comeback legenda hingga band baharu yang viral rentas sempadan. Dalam artikel ini, kita bukan saja melihat viraliti, jumlah persembahan dan rilisan album/single terbaru, malah turut sertakan playlist muzik rasmi/YouTube untuk setiap band supaya anda boleh terus dengar karya terbaik mereka.



1) Marionexxes — Fenomena Viral “Harimau Malaya”

Fenomena terbesar 2025 datang dari Marionexxes — khususnya melalui lagu “Harimau Malaya” yang tiba-tiba menjadi viral di TikTok dan media sosial lain, ramai netizen menggunakannya sebagai anthem serta viral sehingga menarik perhatian luar Malaysia (terutamanya Indonesia). Lagu asalnya sebenarnya dirilis pada 2009 tetapi kembali mencetus gelombang besar pada 2025. Frekuensinews - Satukan Frekuensi Kita

🎧 Playlist / Lagu:



2) KRU — Legenda dengan Album Baru Kaset

Legenda pop/R&B Malaysia KRU kembali pada 2024–2025 dengan album terbaru Kaset, rilisan pertama dalam 12 tahun dan telah melonjakkan perhatian peminat lama dan baru. Album ini termasuk single seperti Voodoo dan One More Time yang terus muncul di playlist muzik arus perdana. Wikipedia

🎧 Playlist / Lagu:



3) Midnight Fusic — Alternatif Rock yang Energetik

Band indie Midnight Fusic terus mencuri tumpuan dengan komposisi emotif serta persembahan live yang bertenaga. Walaupun tiada pautan rasmi single 2025 khusus di YouTube Music, saluran rasmi mereka mempunyai banyak lagu popular yang mewakili karya mereka.

🎧 Playlist / Lagu:



4) Insomniacks — Pop Rock & EP Awake & Dreaming

Insomniacks masih relevan melalui EP Awake & Dreaming yang membawa sensasi pop rock moden. Persembahan live mereka juga tular di YouTube serta platform muzik lain.

🎧 Playlist / Lagu:



5) empty page. — Suara Gen Z

empty page. semakin dikenali melalui album Punca Kecewa, dan lagu-lagu mereka sering dicari di Spotify dan playlist top Malaysia 2025.

🎧 Playlist / Lagu:

  • 🎶 Cari di Spotify “empty page.”
    (Tiada satu playlist rasmi YouTube, tetapi lagu mereka sering dimasukkan dalam playlist Malaysia Hit 2025.)



6) Masdo — Retro Pop Rock yang Kekal Diminati

Band retro Masdo masih digemari kerana bunyi pop rock mereka yang klasik namun tetap tersendiri.

🎧 Playlist / Lagu:



7) Drama Band — Pop Rock Mainstream

Drama Band turut tampil dengan single popular mereka yang kerap dimainkan di radio & playlist umum Malaysia.

🎧 Playlist / Lagu:

  • 🎶 Drama Band – lagu-lagu popular di Spotify



8) Hujan — Veteran yang Tetap Relevan

Band indie rock legenda ini sering muncul dalam playlist klasik Malaysia sambil masih aktif di konsert dan festival.

🎧 Playlist / Lagu:

  • 🎶 Hujan – lagu popular di Playlist Malaysia 2025 (Spotify / YouTube)



9) Kyoto Protocol — Rock Alternatif Kukuh

Kyoto Protocol berterusan menarik peminat rock dengan trek mereka yang dinamik serta penampilan di festival.

🎧 Playlist / Lagu:

  • 🎶 Kyoto Protocol – lagu di Spotify / YouTube



10) Pop Shuvit — Ikon Rap-Rock

Walaupun aktivitas rilisan mereka kini tidak sangat agresif, Pop Shuvit masih menjadi rujukan rap-rock Malaysia dalam banyak playlist klasik dan moden.

🎧 Playlist / Lagu:

  • 🎶 Pop Shuvit – Lagu popular mereka di Spotify / YouTube


Senarai Playlist Umum 2025 Malaysia

Selain pautan khusus di atas, anda juga boleh dengar carta & playlist campuran terkini 2025 yang sering memuatkan lagu band Malaysia daripada pelbagai genre:

🎧 Carta Malaysia 100 – Spotify Playlist (popular 2025):
👉 https://playlost.fm/playlist/2dv38VZgD16yBCalkjmd1K playlost.fm

🎧 Lagu Pop Malaysia Hits 2025 – Spotify:
👉 https://www.isitagoodplaylist.com/playlist/28EfI6QFks8p1qqYfskd6w isitagoodplaylist.com


Kesimpulan

Dengan playlist di atas:
🎶 Anda dapat dengar fenomena viral seperti “Harimau Malaya” dari Marionexxes. Frekuensinews - Satukan Frekuensi Kita
🎶 Menikmati lagu baru dari legenda seperti KRU yang kembali dengan Kaset. Wikipedia
🎶 Juga menghargai band indie & alternatif yang kuat seperti Midnight Fusic dan Insomniacks.




Aweera Keluar Mojo Kerana Kebodohan Edry KRU Menjelang AJL29






a
Aweera terkilan tidak dapat beraksi di pentas AJL29.
 
PETALING JAYA: Penyanyi Aweera menganggap tindakan komposer Edry Abdul Halim melemparkan tuduhan buruk dan menyingkirkannya untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada 18 Januari 2014 hanyalah satu fitnah yang sengaja menjatuhkan maruahnya.

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 23, berkata, dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan bekas kumpulannya iaitu Mojo ketika bersama-sama membuat persembahan lagu berjudul Romancinta pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 pada 28 November lalu.

"Saya terkilan apabila ddia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

"Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini Isnin.
Edry Abdul Halim
Aweera berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry Abdul Halim yang terpaksa menyingkirkan Aweera daripada bertanding dalam pentas final AJL 29 kononnya kerana menimbulkan masalah.

Tambah Aweera, Edry meminta dia hanya menyanyikan bahagian korus sahaja, manakala penyanyi baharu kumpulan itu akan menyanyikan bahagian verse.

Malah, perjanjian yang dibuat juga tidak adil bagi dirinya apabila ditawarkan akan berkongsi hadiah dengan penyanyi tersebut jika menang pada malam tersebut.

Disebabkan perkara itu, Aweera berkata dia bertindak menarik diri sewaktu perbincangan konsep persembahan AJL 29 bersama pihak produksi TV3.

"Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam.

"Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera mengakui ada meminta untuk membuat persembahan tersebut bersama ahli kumpulannya sendiri berikutan tiada komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

"Ya, saya minta membuat persembahan dengan kumpulan saya sendiri, ini kerana ahli kumpulan asal iaitu Denny dan Johar tidak dapat beri komitmen yang baik.

"Sewaktu pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Aweera berkata, dia kecewa apabila orang ramai mula menunding jari dan menganggap perkara itu adalah disebabkan kesalahannya.

Sebaliknya dia terpaksa tampil membersihkan namanya daripada kenyataan yang diberikan oleh Edry.

Selepas Aweera keluar daripada kumpulan tersebut pada Mei lalu, Mojo dianggotai oleh Edry, Denny dan Johar.




Lisa Surihani Berkemban Tayang Buah Dada Di KL Fashion Week






lisa surihani 3Apapun mungkin selepas ini Lisa lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai. Iyalah, sedikit sebanyak suami pun terjejas juga jika terpalit kontroversi, kan?



KRU Lancar Bilik-Bilik Buat Kartun






image012
Dengan objektif memperluaskan pasaran diperingkat domestik dan antarabangsa khususnya penerbitan produk-produk animasi 2D dan 3D bagi kanak-kanak; Kumpulan Syarikat KRU mengumumkan penubuhan Kartun Studios Sdn Bhd, anak syarikat ke sebelasnya yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.
“Untuk mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan berterusan dan bersepadu sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur adalah amat penting. Oleh yang demikian pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk rebat penerbitan 30% yang ditawarkan oleh FINAS bagi menggalakkan pelaburan penerbitan kandungan tempatan dan antarabangsa, penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi, penyediaan rangkaian televisyen digital menjelang 2015 dan pelbagai insiatif yang lain. Saya gembira melihat usaha Kumpulan Syarikat KRU yang bukan saja mempunyai pelan strategik bagi pemasaran produk-produk terbitan mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa melalui penubuhan Kartun Studios, tetapi turut juga melatih anak-anak tempatan sebagai modal insan berkemahiran tinggi di KRU Academy” ujar Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
image005
Menurut Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU; penubuhan Kartun Studios bukan saja bertujuan untuk mengkhususkan inisiatif penjenamaan bagi filem-filem serta kandungan siri animasi terbitannya tetapi adalah strategi korporat dan persediaan awal untuk menarik pelabur diperingkat tempatan dan antarabangsa sekaligus memperkasakan kedudukan Kartun Studios didalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang.
“Produk-produk animasi 2D dan 3D memberi prospek terbaik bagi studio-studio tempatan untuk menjadi pemain global. Contohnya, filem Ribbit (filem animasi pertama terbitan KRU) telah mendapat tempahan lebih 80 buah negara dan telah menerima jemputan untuk ditayangkan sebagai World Premiere di Niagara Integrated Film Festival, Canada pada 21hb Jun 2014. Kartun Studios akan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 buah filem animasi, 130 siri animasi 3D dan 130 siri animasi 2D didalam tempoh 5 tahun yang akan datang” ujar Norman.
image009
Kartun Studios juga mensasar menyediakan sejumlah 1,000 peluang pekerjaan baru bagi penerbitan animasi 2D dan 3D menjelang tahun 2020. Kini di KRU Academy, seramai 200 pelajar sedang mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. KRU Academy bakal menerima sekitar 300 pelajar baru didalam tempoh 1 tahun yang akan datang dan menjalankan pelbagai aktiviti kesedaran yang dinamakan sebagai “Kreatif X Press” di sekolah-sekolah menengah bagi memberi pendedahan kepada murid serta ibubapa tentang peluang-peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan didalam Industri Kreatif.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke hr@kartunstudios.com bagi peluang-peluang pekerjaan di Kartun Studios dan enquiries@kruacademy.edu.my bagi menyertai kursus-kursus peringkat diploma dan sijil di KRU Academy. - Info Selebriti Online




Awie Menyesal Percayakan KRU Celaka


Awie berharap masalah cetak rompak turut dibantu pihak kerajaan.
PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli oleh syarikat itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan Wings enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album mereka.

"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu  dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini  telah dicetak rompak.



Wings pada pelancaran album Menakluk Kosmos baru-baru ini.

Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat turun secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri.

Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja.

"Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati.

"Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu  ataupun tidak," ujarnya



Wings ditipu KRU



Wings Bidas Penjelasan Norman KRU


Sumber oleh HLive!. Foto kredit Sayap-Sayap Wings

Wings baru-baru ini meluahkan rasa kesal tarhadap tindakan Presiden KRU Music, Norman Abdul Halim, dalam menangani isu cetak rompak setelah empat lagu dari album terbaru mereka ‘Menakluk Kosmos’ ‘bocor’ sebelum sempat dilancarkan.

Pada 17 Mei lalu, peminat kumpulan Wings mendakwa sebanyak 4 buah lagu baru idola mereka sudah dijual sedangkan album ‘Menakluk Kosmos’ sepatutnya berada di pasaran pada 22 Mei lalu.

“Kenapa perlu dia muat naik ke Youtube? Saja nak tunjuk kepada orang ke? Kenapa dia tidak terus ambil tindakan sekaligus buktikan yang pihak mereka memang serius menangani masalah cetak rompak”.

“Buat masa ni kami akan tunggu dan lihat. Apakah benar mereka keluh dan lesu ketika ini bila mendengar kisah cetak rompak ni atau mereka di belakang sana ketawa mengilai-ngilai kita tak tahu. So, kita nak tengok adakah mereka bersama-sama dengan kami untuk membanteras benda ini. Kami tidak mahu benda lain, kami hanya mahu hak kami dijaga baik-baik.”

Apabila ditanya, kenapa Wings, sebuah kumpulan rock lagenda yang sudah lebih 28 tahun dalam industri masih memerlukan syarikat rakaman untuk menerbitkan album mereka, Awie menjelaskan ianya adalah satu strategi pemasaran.

“Kita fikirkan satu-satunya syarikat Melayu yang muda dan agresif yang kita rasa boleh bersama untuk memperjuangkan hak Melayu. Dan kami rasa kalau boleh digabungkan kekuatan dan kebijaksanaan masing-masing kita akan lebih kuat sebenarnya.”

“Tapi kalau timbul soal macam bolot, soal suka nak menjatuhkan satu sama lain, maka kita tak boleh bersatu. Perjuangan kami bukan untuk nama dan mengaut keuntungan saja, kami juga memikirkan pejuang pejuang seni masa hadapan. Tapi kalau ada antara kita yang ingin menjatuhkan industri, saya rasa lebih baik kamu angkat kaki jalan.”

Kali terakhir menghasilkan album sekitar 12 tahun lalu, Wings membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada 21 Mei lalu.