SHAH ALAM: Pelakon veteran dan juri program Bintang
Mencari Bintang musim kedua (BMB2) iaitu A.R. Badul menegaskan tidak
timbul soal kroni apabila adiknya, Adlin Aman Ramlie dan kumpulan Kepoh
dipilih sebagai juara pertandingan itu yang diadakan di Stadium Malawati
di sini pada malam Ahad.
A.R. Badul berkata, Adlin yang bertindak sebagai sifu dan juga Kepoh
layak memenangi pertandingan berkenaan kerana persembahan ditampilkan
menepati kehendak juri dan berhak menerima gelaran juara.
"Pertandingan ini bukan hanya diadili oleh saya seorang tetapi ada dua
lagi juri termasuklah Fauziah Ahmad Daud yang memang terkenal dengan
kelantangannya dalam memberikan pendapat.
"Keputusan malam ini bukan saya yang buat tetapi oleh kesemua juri
termasuk juri awam dan pemiant yang mengundi mereka dan tidak seharusnya
isu
favouritism timbul kerana mereka layak memenangi pertandingan itu," katanya kepada
mStar Online.
AR Badul menepis tuduhan kononnya dia bersikap kroni dalam mengadili peserta BMB2.
Kumpulan Kepoh yang dianggotai oleh Lizujuhan Hamzah, 27 dan Suffian
Shafri Ibrahim, 27, bergelar juara BMB2 selepas mendapat 67 peratus
markah sekali gus menumpaskan dua lagi peserta iaitu Sumbu dan Mmmmm.
Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.
istem pemarkahan diadili berdasarkan 50 peratus pilihan juri
profesional, 20 peratus juri awam dan 30 peratus lagi adalah daripada
khidmat pesanan ringkas (SMS) penotnon.
Dalam pada itu, A.R. Badul berkata, sejak awal dia telah memberi amaran
kepada Adlin bahawa dia tidak akan berkompromi dalam membuat sebarang
keputusan sekiranya kumpulan Kepoh tidak memberikan persembahan baik
dalam pertandingan itu.
Adlin menegaskan Kepoh layak bergelar juara BMB2.
Malah katanya, dia juga banyak memberi teguran dan kritikan sepanjang 10
minggu pertandingan itu berlangsung kepada mereka kerana tidak berpuas
hati dengan lawak dipentaskan.
"Jika sesiapa yang mengikut program ini daripada awal mereka tahu bahawa
banyak kritikan yang saya berikan bukan sahaja kepada peserta lain
tetapi kepada Kepoh.
"Soal hubungan adik beradik tidak menjadi perhatian saya sebaliknya
ingin mencari bakat yang baik untuk diketengahkan dalam industri hiburan
lawak," ujarnya. - Sumber MStar