Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts

Album Baru NAJIB & THE NSC BASTARDS

Akhirnya, rekod yang dinanti-nantikan sudah tiba!
NAJIB & THE NSC BASTARDS - From Democracy To Dictatorship LP (Barisan Celaka Records, 2016)
Kalau korang tak pernah dengar kugiran thrash nombor satu negara ni, tak usah berani panggil diri korang warga Malaysia. Serangan luar biasa NAJIB & THE NSC BASTARDS dalam debut LP mereka ini memang betul-betul kental dan mantap, dengan gorengan gitar liar Zahid Hamidi yang membelasah dengan penuh intensiti tanpa belas kasihan, terutamanya dalam lagu “National Security”. Kualiti rekod ini dari segi produksi memperlihatkan dedikasi penuh seluruh 8 orang ahli NSC BASTARDS yang diterajui paduan vokal Najib Razak yang tiada tolok bandingan. Raungan vokal garaunya yang penuh perasaan dalam lagu “Aku Bukan Badut” sudah cukup untuk menaikkan bulu roma setiap pendengar. Melalui rilisan ini, NAJIB & THE NSC BASTARDS membuktikan bahawa mereka antara kugiran thrash paling ganas di dunia yang tak patut dipandang sebelah mata. Rekod yang terbaik dari NSC BASTARDS yang bakal menghantui dan mengancam jiwa dan raga kita semua dalam dekad yang mendatang.
Lagu popular:
“I Am Not A Crook”, “1MDB Baby”, “Donation Not Corruption”, “Apa Lagi Cina Mahu”, "The KKK Took My ISA Away", “1Malaysia Selamanya”, "Akta Sakit Hati", "National Security”, “No Retreat No Surrender” dan "Aku Bukan Badut".
Available in Malaysia on 7 June 2016.

McDonald's Malaysia Diserang






McDonald's Malaysia yang kesal kerana menjadi sasaran boikot berkata ia tidak pernah menyalur hasil jualan, keuntungan dan francais dari restorannya untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik di sebarang kawasan di dunia.

"Sementara kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot merupakan keputusan individu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia menjadi sasaran tidak adil," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata sesetengah restorannya menjadi sasaran vandalisme sehingga ia terpaksa menutup operasi pada hari berkenaan.

"Realitinya pekerja dan francisor kami tidak membuat sebarang kesalahan dan adalah amat tidak adil kami menjadi sasaran sebegitu rupa," katanya.

Dilaporkan penyokong Palestin menggunakan media sosial mengajak pemboikotan 24 jam rangkaian makanan segeranya ekoran serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 orang.

McDonald's Malaysia menegaskan ia tidak menyokong atau memaafkan konflik yang berlaku di Timur Tengah dan seperti rakyat Malaysia yang lain amat bersimpati kepada mereka yang tidak berdosa di Gaza.

Ia berkata ia sentiasa konsisten dan telus dalam menentukan kedudukannya tetapi maklumat yang diberikannya disalah erti oleh sesetengah pihak.

"Mari kita ingatkaan diri kita bahawa kita rakyat Malaysia dan kita berkongsi hubungan yang sama. Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju antara satu sama lain.

"Tetapi yang paling penting, mari kita teruskan untuk berdoa bagi mengakhiri konflik di Gaza dan menjamin keamanan yang berkekalan," tambahnya.

- Bernama




MARIONEXXES Lancar Muzik Video Lucah Kutuk Demokrasi






Stay tune Marions! The new music video is on the way, wait for it & subscribe to our YouTube channel.
Photo: Stay tune Marions! The new music video is on the way, wait for it & subscribe to our YouTube channel. 

Sumber: MARIONEXXES



Najib Arah Bendera Malaysia Separuh Tiang Serta Merta






1405636379177.jpg-620x349
Dalam kenyataan terbaru kepada media & rakyat Malaysia berkaitan perkembangan tragedi MH17, PM Najib Razak isytiharkan bendera negara perlu dikibarkan separuh tiang di seluruh negara mula malam ini sehingga Isnin 21 Julai 2014 sebagai tanda menghormati mangsa kejadian.
Satu sidang parlimen tergempar juga akan dijadualkan bagi membentang usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.




Arab Saudi Bina Shopping Mall Terbesar Dunia Tanpa Pedulikan Palestin





Photo: Gaza Bermandi Darah, Arab Sibuk Nak Buat Mall Terbesar Di Dunia!
Ketahui selanjutnya di......http://bit.ly/1sdG4t4

[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM60! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh

IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja di https://www.facebook.com/speedbikestore

AR

Faro Saim KATA2 SEORANG TENTERA...wahai 0rg AWAM... jngan tanya npe PM x hantar kmi ke GAZA utk membantu mereka,tp tnya la dri kamu sndri,adakah kmu SEDIA nk MATI dlm PEPERANGAN?? kmi dah lme SEDIA,cma kmi PATUH pd UNDANG2 antarabangsa.. kalau b0leh segelintir dr kmi hendak sngat2 BRJUANG N men0long saudara2 seagama ,tp adakah kalian org awam sdah sedia nk menghadapi RISIK0 jika ngara kte DI SERANG BALAS..? adakah kalian sudah pnya Anak Bini Suami yg msih brayah? adakah kalian sangup melihat ahli keluarga anda dsiat2 KULIT dan d r0bek2 DAGING?? kmi sudah sedia menghadapi smua itu sbb kmi d AJAR n di LATIH utk MEMBUNUH dan d BUNUH..s0 fikir n renung2 kn lh wahai sahabt n saudara saudari ku....

Tiz Zaqyah Kena Maki Sebab Tayang Berselfie Dengan Rambut Merah Di Padang Pasir








Niesa Xander Tong cat mana yg tumpah atas kepala tiz?dl sy pnh ajk kwn siam sy msuk islam sbb die rapat sgt dgn kwn2 islam n taw smua psl islam.tp 1 je jwpn die, ORANG ISLAM SEKARANG PUN TAKDA BEZA DGN KAMI.SEKSI JUGAK.PERBETULKAN ORG ISLAM DULU..sedih dengar jwpn tu.n bila pk balik btl ape yg dia ckp tu..



Kepoh Menang Kerana Adlin Aman Ramlie Pandai





Sementara itu, Adlin berkata, kumpulan Kepoh layak memenangi pertandingan itu kerana usaha keras yang ditunjukkan sepanjang pertandingan itu berlangsung dan isu kroni tidak seharusnya dibangkitkan.

"Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu dan Kepoh berjaya mengikut kehendak yang saya berikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Kepoh berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 berserta trofi.
"Mereka layak bergelar juara kerana segala usaha yang mereka curahkan adalah melebihi daripada apa yang saya minta. Saya kagum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adlin berkata, dia berharap pihak TV3 akan membuka lebih banyak ruang kepada Kepoh untuk terus mengembangkan bakat mereka dengan menerbitkan program khas.

Kata Adlin, dia sendiri akan membimbing mereka sekiranya diberi peluang dalam memastikan Kepoh bakat Kepoh tidak disia-siakan begitu sahaja selepas ini.

"Saya tidak mahu mereka menjadi antara lambakan bakat yang tidak mempunyai arah tuju dan saya sedia membantu mereka. Harap-harap stesen TV3 akan membuka ruang kepada mereka selepas ini," katanya. - Sumber MStar




Artis Muda Tidak Sokong DJ Dave








KUALA LUMPUR: Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave kesal tidak ramai artis generasi baharu berminat untuk memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh yayasan tersebut sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

DJ Dave atau nama sebenarnya  Irwan Shah Abdullah berkata, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menarik minat mereka untuk sama-sama melibatkan diri namun hanya segelintir yang sudi mengorbankan masa mereka.

"Saya sendiri tidak faham mengapa mereka enggan hadir apabila dijemput kerana yayasan ini ditubuhkan untuk kepentingan mereka juga pada masa depan.

"Bukan tidak ada artis baharu yang menyokong aktiviti kami tetapi penglibatan mereka masih kurang," katanya kepada mStar Online.

DJ Dave ditemui di pejabat YA1M di Kampung Attap di sini, Isnin.

YA1M yang ditubuhkan pada 25 Jun 2013 bertujuan untuk menjaga kebajikan dan memberi pembelaan kepada seluruh artis tempatan yang merangkumi penyanyi, pelakon dan pemuzik tanah air tanpa mengira agama dan bangsa.


DJ Dave


Ia termasuk sumbangan kewangan kepada artis yang uzur, tiada punca pendapatan dan yang telah menjangkau umur 60 tahun ke atas.

Semua proses penyaluran sumbangan dibuat dengan telus selain dipantau oleh barisan pemegang amanah.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, sesetengah artis yayasan tersebut tidak mempunyai apa- apa kepentingan kepada mereka dan hanya memfokuskan kepada artis veteran.

Jelas DJ Dave, pihaknya sentiasa terbuka dalam menghulurkan bantuan kepada artis yang mempunyai masalah terutamanya kesihatan dan itu termasuk artis- artis baharu.

"Memang fokus kita memberi bantuan kepada artis veteran tetapi itu tidak bererti artis baharu dilupakan.

"Penglibatan mereka bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim dengan artis veteran malah boleh membantu dari segi kebajikan menerusi pelbagai cara dan tidak semestinya wang ringgit," ujarnya.

Sementara itu, DJ Dave berkata, pihaknya bersyukur apabila sentiasa mendapat sokongan daripada kerajaan dalam memastikan visi penubuhan yayasan tersebut tercapai.

Bagaimanapun kata DJ Dave, beliau tidak mahu terlalu bergantung kepada kerajaan dan akan berusaha menambah dana sedia ada menerusi pelbagai program yang bakal dijalankan selepas ini.

"Dana YA1M buat masa ini masih ada lebih daripada RM1 juta dan menerusi pelbagai program dan sokongan pihak korporat Insya-Allah akan membantu dalam menambahkan dana," katanya.

Tambah DJ Dave, YA1M turut membantu golongan artis dengan menganjurkan ceramah seperti pengurusan masa, media sosial dan kewangan dengan menjemput penceramah profesional.

Dalam perkembangan lain, DJ Dave berkata, YA1M akan menganjurkan Kejohanan Badminton Piala YA1M bersama artis dan Media pada September depan.

Katanya, setakat ini ramai artis yang bergabung untuk memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti tersebut.

"Bermula Julai sehingga September ini kami akan mengadakan sesi latihan badminton kepada semua peserta terlibat.

"Selain beriadah aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara selebriti tidak kira veteran atau pun yang muda," katanya.

Tambah DJ Dave lagi, pihaknya juga akan mengadakan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti dengan pelbagai aktiviti kerohanian termasuk ceramah agama bersama ustaz Don Daniyal. - Sumber MStar




Amy Search Maki Nabila Huda Tukar Agama







Baru baru ini, ada laporan media menyatakan yang Amy Search sudah malas untuk memberikan apa apa kenyataan berhubung ‘kelakukan’ anak perempuannya, Nabila Huda selepas insiden seorang peminat di Instagram mengajak pelakon itu menukar agama.
Hari ini di Instagram Nabila Huda juga, Amy Search nampaknya telah meninggalkan satu komen di salah satu gambar percutiaan yang dimuat naik anaknya itu dan oh it’s not pretty.
“Abil ni dah lupa ke dulu masa kena tangkap dengan Edi kat Penang dulu. Yang jantan ni pun sama takde rasa segan silu ke kat aku apa lagi kat public. Memang macam pu**maklah kau ni! Dah lama betul aku (tak) keluar ayat ni”


Mungkin sudah sampai masa untuk Nabila Huda ambil peduli apa yang dirasakan oleh ayahnya sendiri dalam situasi begini. Hmm.
UPDATE-1
Ini merupakan tulisan terbaru Nabila Huda di Twitter yang kami kira sebagai kenyataan balas terhadap komen Amy Search di Instagram beliau.






Papa Gomo Disaman Anwar Ibrahim







1 / 1
KUALA LUMPUR - "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
      
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
      
Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
      
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
      
Shahid berkata, Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
      
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
      
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
      
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama




Ana Dahlia Kemalangan





  • Kereta Ana Dahlia remuk akibat kemalangan. Gambar kecil: Kening Ana yang cedera. Kereta Ana Dahlia remuk akibat kemalangan. Gambar kecil: Kening Ana yang cedera.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

*Menurut Ana Dahli, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, beliau menggigil ketakutan dan terkejut akibat kejadian itu.

“Saya hanya mampu ingat ALLAH dan berharap tidak berlaku kejadian buruk. Rempuhan itu mengakibatkan kereta saya remuk, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Ana Dahlia berkata, beliau menerima rawatan di hospital berhampiran akibat cedera di kening dan tulang rusuk retak.

“Saya perlu jalani penggambaran telemovie atas dasar tanggungjawab walaupun dalam keadaan sakit.

“Terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.

“Difahamkan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu kereta Proton Iswara cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.



Punca Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Timbalan Perdana Menteri






Saya akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada perdana menteri - Muhyiddin
"Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata Muhyiddin.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selagi khidmatnya diperlukan.

"Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata beliau.

Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan.

"Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

"Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya.

Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Perdana Menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati.

"Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara.

"Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak.

"Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan Umno dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan," katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota Umno dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu.

"Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya," katanya.

Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab.- :sumber ASTROAWANI




Cina Bunuh Bayi






FotoWONG (kanan) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Mayat bayi berkenaan dibungkus dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands dan ditemui pada 4 Jun lalu.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin kemudian menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala Weng Yew tidak diwakili peguam.
- Harian Metro






Zulin Aziz Tonjol Buah Dada Besarnya





Zulin Aziz dan Sherry Alhadad antara yang berjaya mengamatkan pementasan 'Projek Kahwin'.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penerbit teater Projek Kahwin iaitu Mohd Amer Syafiq Khalip memberitahu adegan menonjolkan buah dada yang menjadi isu lakonan Zulin Aziz untuk watak Mak Long dalam teater itu yang berlangsung pada 6 hingga 14 Jun lalu sekadar untuk menyuntik elemen hiburan semata-mata.

Bagaimanapun, Mohd Amer berkata, ia terpulanglah kepada penonton untuk menilai sendiri dan memberi pendapat masing-masing terhadap watak tersebut.

"Saya bersikap terbuka dan menerima segala kritikan yang membina untuk memperbaiki kesilapan pada masa depan.

"Berkenaan watak Mak Long itu ia memang ada dalam skrip dan pada saya ia hanya untuk menyuntik elemen komedi sahaja agar 'mood' penonton tidak terlalu serius," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Mohd Amer berkata, demikian ketika diminta mengulas kontroversi watak berkenaan yang dibangkitkan lakonan Zulin Aziz apabila ia dikatakan mencemarkan persembahan teater berkenaan yang dipentaskan di Istana Budaya.

Dalam pada itu, Mohd Amer turut mengakui terkilan dengan laporan sebuah akhbar yang menganggap teater tersebut tidak layak dipentaskan di pusat kesenian itu.

Jelasnya, keputusan untuk melakukan pementasan Projek Kahwin berkenaan dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Pada asalnya saya membuat kertas kerja Projek Kahwin ini untuk pementasan di Lambang Sari namun pihak Istana Budaya sendiri yang memberi peluang agar ia dipentaskan di skala yang besar.

"Pada saya pihak Istana Budaya mempunyai standard mereka sendiri terhadap sesebuah teater sama ada layak atau tidak untuk di pentaskan di mana-mana panggung mereka," katanya.

Sementara itu, menjelaskan tentang kutipan yang didakwa kurang sambutan, Mohd Amer berkata, ia telah melebihi daripada sasaran awal mereka. Malah, katanya, pihak Istana Budaya turut meminta agar ia dilanjutkan sehari lagi namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana pertindihan jadual pelakon.

"Kutipan boleh dikatakan baik kerana ada hari yang kita mencecah 800 hingga 1,000 penonton yang datang.

"Pihak Istana Budaya juga meminta agar dilanjutkan namun jadual artis tidak mengizinkan kerana mereka ada komitmen lain," ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Juhari pula berkata, teater Projek Kahwin mencapai kriteria yang melayakan ia untuk dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Beliau juga memberi peluang tersebut kepada generasi muda sebagai pelapis kepada pengiat teater negara.

"Teater tersebut mempunyai beberapa aspek yang layak untuk dipentaskan di pentas berskala besar. Bagi saya mereka berjaya menjalankan pementasan dengan baik terutama untuk pertama kalinya.

"Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ada produksi besar pun gagal dan tarik diri saat-saat akhir," katanya.

Tambahnya, kekurangan penonton berkemungkinan disebabkan tarikh pementasan yang diberikan jatuh pada musim cuti sekolah.

Katanya, biarpun ia tidak dipenuhi penonton seperti pementasan teater lain, namun kesemua yang datang masuk secara berbayar.

"Saya akui ia juga kesilapan pihak Istana Budaya yang memberi tarikh pada musim cuti persekolahan menyebabkan tidak ramai pelajar sekolah yang datang.

"Biarpun tidak penuh, namun semua yang datang menonton adalah berbayar dan tiada tiket percuma diedarkan," katanya. - MSTAR



Penoreh getah bakal terima bantuan RM500



Kerajaan mengumumkan bantuan RM500 akan disalurkan kepada golongan penoreh getah, sama seperti yang diterima oleh pekebun kecil komoditi itu di seluruh negara.

Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, "langkah segera" itu melibatkan peruntukan skim sebanyak RM130 juta bagi membantu pekebun dan penoreh susulan kejatuhan harga getah di pasaran.

"Perkara itu telah dibincangkan di kabinet bahawa (terdapat) arahan bantuan diberikan kepada penoreh getah. Bantuan yang sama (seperti pekebun kecil)," katanya ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat.

Douglas (BN-Bentong) berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan mekanisme untuk menentukan harga getah di pasaran.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) yang bertanya sama ada bantuan RM500 secara 'one-off' daripada jumlah skim tersebut itu hanya dikhususkan kepada pekebun kecil sahaja.

Mengulas mengenai usaha meningkatkan rantaian pemasaran komoditi itu, Douglas berkata kerajaan sedang mendapat kebenaran kabinet untuk merealisasikan usaha itu dengan Thailand dan Indonesia.

Bagaimanapun, ketika ini, kementeriannya berdepan masalah mendapat persetujuan dua negara itu, pihak susulan situasi politik di Thailand yang tidak stabil dan Indonesia yang kini dalam suasana pilihan raya presiden.

"Tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan kerana ia melibatkan perjanjian ketiga-tiga negara. Masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Menurut Douglas, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan membenarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menentukan harga getah dari ladang bagi mengelakkan eksploitasi harga getah oleh "orang tengah".

"Iaitu dengan cara membantu koperasi membeli getah dan menjual terus kepada kilang. Ini untuk mengelak eksploitasi dan mengelak orang tengah," katanya.