Showing posts with label Kes. Show all posts
Showing posts with label Kes. Show all posts

Hukuman Tidak Setimpal Dengan Budak Pailang Cederakan Murid Perempuan Sampai Bersepai





Kota Samarahan: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' dihantar ke Sekolah Tunas Bakti selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini, April lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman itu selepas meneliti laporan akhlak ketiga-tiga pelajar berkenaan.
Mereka masing-masing akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Miri, Terengganu dan Melaka selama dua tahun.

Ketiga-tiga tertuduh diarahkan ditempatkan di Taman Sri Puteri, Telaga Air sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing.
FotoTIGA pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti. FOTO Mohd Roji Kawi

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latiff.

Pada 23 Jun lalu, tertuduh mengaku salah di mahkamah yang sama atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Asajaya.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di Internet.



Kes Saman Malaysiakini





Saman Malaysiakini tidak membayangkan sebarang agenda

KUALA LUMPUR 11 Jun - Saman fitnah difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini dan dua editor kanannya tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan di sini pada 26 Mei, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.
Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu:
``Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.
``Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas. Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan. Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar.
``Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah.'' - BERNAMA