Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Astro Sah Bersekutu Dengan Israel






Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”. Sumber-MalaysiaKini




MAS Akan Ditutup





MH17 Bloomberg hari ini melaporkan kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) dinyahsenaraikan susulan kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17.

Dua tragedi itu lapor Bloomberg, berkemungkinan besar akan menoktahkan riwayat MAS sebagai syarikat senaraian awam.

Lapornya, pilihan yang ada buat MAS sekarang adalah menswastakan syarikat itu sehinggalah kepada mengisytiharkan kebankrapan.

Kedua-dua pilihan itu memerlukan MAS dinyahsenaraikan, laporan itu dipetik.

Bloomberg turut memetik penganalisis Maybank Mohshin Aziz yang berkata MAS kini tidak punya banyak masa lagi.

"Belum pernah ada syarikat penerbangan yang terpaksa mengharungi dua tragedi besar dalam jangka masa empat bulan," katanya.

Dagangan saham MAS ditutup pada harga 20 sen semalam. Khazanah yang merupakan syarikat milikan kerajaan, memiliki hampir 65 peratus kepentingan dalam MAS.
 


Kes Saman Malaysiakini





Saman Malaysiakini tidak membayangkan sebarang agenda

KUALA LUMPUR 11 Jun - Saman fitnah difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini dan dua editor kanannya tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan di sini pada 26 Mei, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.
Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu:
``Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.
``Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas. Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan. Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar.
``Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah.'' - BERNAMA



Sultanah Johor bercerai?

Tuanku Zanariah Tunku Ahmad kekal tercerai dengan bekas sultan Johor almarhum Sultan Mahmud Iskandar, walaupun persoalan itu hanya berbangkit selepas setahun kematian baginda.

Ini ekoran keputusan mahkamah tertinggi agama negeri, Mahkamah Rayuan Syariah Johor, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang mengiktiraf perceraian itu.

Keputusan itu dibuat walaupun Tuanku Zanariah tidak dipanggil langsung semasa prosiding perceraian.

Tiga panel diketuai oleh Syed Ali Syed Abu Bakar bersama Marsid @ Morsid Mahrof and Jainudin Mt Sum @ Munaj membuat keputusan itu hari ini.

Tuanku Zanariah, yang bekas Raja Permaisuri Agong, menerima surat memaklumkan perceraian itu pada Ogos 2013.


Sumber: MALAYSIAKINI