Showing posts with label Neng Yatimah. Show all posts
Showing posts with label Neng Yatimah. Show all posts

Biodata Neng Yatimah

KelahiranYatimah Ahmad
1924 (umur 90–91)
Singapura Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1949 - 1981
AgamaIslam
PasanganJasni Ahmad (1968–-)
AnakRoseyatimah
Ibu bapaAhmad
Neng Yatimah.jpg

Dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura, Neng Yatimah memberitahu bahawa tentang cita-cita asal beliau adalah sebagai seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura, lantas cita-citanya dipendam begitu saja.
Yatimah kemudiannya rapat dengan penyanyi Jasni Ahmad, tetapi tidak begitu disenangi oleh bapanya. Semasa perperangan Jepun, Yatimah nyaris menjadi mangsa kekejaman Jepun tetapi telah diselamatkan oleh Jasni Ahmad. Peristiwa dan keberanian yang ditunjukkan oleh Jasni melembutkan hati bapa Yatimah dan membenarkan Yatimah mendirikan rumahtangga ketika berusia 14 tahun.
Neng Yatimah mula terjun dalam bidang lakunan ketika berusia 19 tahun, dibabit dengan rasa kagumnya kepada lakonan primadona Siput Sarawak yang pada zamannya dianggap mempunyai pengaruh besar.

Neng Yatimah Kritikal Diserang Strok






 
PETALING JAYA: Baru tiga hari dunia hiburan dikejutkan dengan kematian seniman Datuk Mustapha Maarof, kini ibu mertua pelakon itu Seniwati Neng Yatimah pula berada dalam keadaan kritikal akibat terkena strok ketika pulang menziarahi kematian menantunya.

Cucunya Mohd. Rezainudden, 38, berkata, Neng Yatimah, 91, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura sejak Rabu dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini.

"Nenek saya diserang strok ketika sampai di Johor Baharu dari Kuala Lumpur petang semalam (Rabu) ketika pulang menziarahi kematian arwah ayah. Nenek kemudiannya terus dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Phuat pada malam semalam juga.

"Dia kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan saya dimaklumkan dia hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Tambah Mohd. Rezainudden, doktor turut memaklumkan bahawa seniwati tersebut juga dikesan menghidap penyakit kanser usus pada tahap serius.

Dalam pada itu, Rezainuddin berkata, neneknya itu berada dalam keadaan sihat sepanjang berada di Kuala Lumpur.
Gambar kenangan Neng Yatimah bersama menantunya, Datuk Mustapha Maarof.

"Dia datang pada upacara pengebumian tetapi tidak dapat jumpa jenazah, namun dia bermalam selama dua hari bagi menghadiri majlis tahlil arwah.

"Ketika berada di sini selama dua hari kesihatan dia baik dan hanya batuk-batuk biasa sahaja," ujarnya.

Jelas Rezainuddin, dia masih belum berkempatan untuk menziarahi neneknya itu kerana menguruskan beberapa hal berkaitan kematian bapanya yang belum selesai.

Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata.

Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.

Pada tahun 2007, beliu turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).

Anak beliau iaitu Roseyatimah telah meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1987 dan pada isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof mengehembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Roseyatimah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Neng Yatimah Belum Mati Sempat Temui Salih Yaacob






Ramai pendengar dan peminat program itu terutama golongan muda tertanya-tanya siapa gerangan Mak Neng. Adakah sosok Mak Neng itu sememangnya wujud ataupun hanya rekaan semata-mata? Mungkinkah ia ada kaitan dengan seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an, Neng Yatimah yang dikenali sebagai Mak Neng?

Pertemuan Salih dengan Neng Yatimah, 88, di rumah anak saudaranya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 17 Januari lalu bukan saja menjadi detik bersejarah dan cukup mengharukan malah merungkai persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya peminatnya.
Foto

Kata Salih, 51, penghujung tahun lalu dia ke Singapura dengna hasrat menjejaki Mak Neng tetapi tidak berjaya.