Tiz mahu cuba membawakan watak perempuan jahat atau gangster.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah akan mengelak untuk mengambil sebarang tawaran lakonan yang memerlukan dia kerap menangis.
Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata sudah tiba
masanya untuk dia mengembangkan bakatnya dengan watak-watak lain kerana
sudah penat untuk memabwa watak yang memerlukan dia mengeluarkan air
mata sepanjang masa.
"Memang sejak dahulu lagi saya mendapat watak cerita-cerita sedih dan
cinta. Kalau boleh saya mahu elak untuk mendapat tawaran-tawaran seperti
itu.
"Cukuplah rasanya, dari dulu sampai sekarang asyik watak jiwang saja.
Bukannya saya tidak bersyukur dengan rezeki yang datang, tetapi saya
penat nak menangis dan terlalu beremosi," katanya kepada
mStar Online.
Tambah pelakon drama
Kusinero Cinta itu, dia berharap ada pihak
penerbit yang sudi memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas
watak-watak seperti perempuan jahat atau gangster.
Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya
iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.
Tiz Zaqyah
Katanya, menerusi syarikat itu, dia mahu cuba mengubah persepsi
masyarakat mengenai kebaikan aktiviti-aktiviti kegemaran golongan muda
yang antaranya seperti bermain 'skateboard' dan melukis grafiti di mana
ia boleh menjadi satu hobi yang sihat.
"Sebenarnya banyak aktiviti golongan belia sekarang ini tidak disokong
kerana kebanyakan ibu bapa risau ia boleh membawa keburukan. Tetapi saya
mahu menunjukkan apa yang mereka buat ini bukan sahaja boleh jadi
sebagai hobi tetapi boleh menjadi satu kerjaya.
"Selain itu, KL Calling juga menjual kemeja-T dan cenderahati di
bazaar-bazaar sebagai perkenalan jenama dan sebahagian wang jualan akan
disalurkan ke Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah
(RECTAR)
"Secara tidak langsung saya turut berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat menerusi bantuan amal ini," ujarnya. - Sumber MSTAR