Showing posts with label alvivi. Show all posts
Showing posts with label alvivi. Show all posts

Vivian Lee Akhiri Hubungan Seks Dengan Alvin Tan






Blogger seks: Selamat jalan Alvin, hubungan kita putus di sini - Vivian
VIVIAN: Selamat jalan Alvin Tan, hubungan kita putus di sini - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penulis blog lucah, Vivian Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpanya di sini.

"Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.

"Kamu menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya.

Jelas Vivian, penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak dihargai Alvin sendiri.

"Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya.





Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook


Polis sebelum ini menyiasat Alvin di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataan terhadap beberapa pemimpin negara di Facebook baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Alvin disiasat di bawah akta yang sama selepas dia dan Vivian mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tahun lepas.

Alvin kemudian dilapor menghilangkan diri selain difahamkan berada di Singapura sebelum ke AS.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yakin lelaki itu akan pulang ke Malaysia kerana dia tidak akan membiarkan teman wanitanya berseorangan menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Alvin sebelum ini dilapor menuduh Vivian, di dalam laman Facebook, terlibat dengan penawaran khidmat seks.

Tuduhan itu mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pengguna laman sosial itu yang menyifatkan tindakan meninggalkan Alvin adalah yang terbaik buat Vivian.

Antara alasan diberi pengguna Facebook adalah, Vivian tidak harus menghabiskan masa dengan melayan perangai Alvin yang tidak pernah menghargainya.

Vivian turut dinasihat belajar daripada kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan pada masa hadapan.

Pada 13 Jun lepas, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin kerana gagal hadir untuk mengembalikan semula pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan bagi tujuan melakukan penggambaran di Singapura.

Alvin juga gagal hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut pada 18 Julai.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers. - AWANI




Alvin Tan Kutuk Perdana Menteri Malaysia 'Tiada Telur'






Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri.  Didalam statusnya itu, Alvin mengatakan Najib sebagai 'tiada telur', Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier. 

SUMBER: Siakap Keli




Alvin Tan Fuck UMNO






Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger se--ks terkenal Malaysia  'Alvivi' nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya.

Lihat saja gambar yang telah diupload oleh Alvin diatas, terpampang jelas perkataan "FCUK UMNO".

Menurut apa yang ditulis di dalam statusnya itu, Alvin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan akta hasutan yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum. Menurutnya juga, dia mengeluarkan status sedemikian rupa sebagai 'wakil' kepada mereka-mereka yang telah dihukum dibawah akta itu. SUMBER: oomedianetwork.com