Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Album Baru NAJIB & THE NSC BASTARDS

Akhirnya, rekod yang dinanti-nantikan sudah tiba!
NAJIB & THE NSC BASTARDS - From Democracy To Dictatorship LP (Barisan Celaka Records, 2016)
Kalau korang tak pernah dengar kugiran thrash nombor satu negara ni, tak usah berani panggil diri korang warga Malaysia. Serangan luar biasa NAJIB & THE NSC BASTARDS dalam debut LP mereka ini memang betul-betul kental dan mantap, dengan gorengan gitar liar Zahid Hamidi yang membelasah dengan penuh intensiti tanpa belas kasihan, terutamanya dalam lagu “National Security”. Kualiti rekod ini dari segi produksi memperlihatkan dedikasi penuh seluruh 8 orang ahli NSC BASTARDS yang diterajui paduan vokal Najib Razak yang tiada tolok bandingan. Raungan vokal garaunya yang penuh perasaan dalam lagu “Aku Bukan Badut” sudah cukup untuk menaikkan bulu roma setiap pendengar. Melalui rilisan ini, NAJIB & THE NSC BASTARDS membuktikan bahawa mereka antara kugiran thrash paling ganas di dunia yang tak patut dipandang sebelah mata. Rekod yang terbaik dari NSC BASTARDS yang bakal menghantui dan mengancam jiwa dan raga kita semua dalam dekad yang mendatang.
Lagu popular:
“I Am Not A Crook”, “1MDB Baby”, “Donation Not Corruption”, “Apa Lagi Cina Mahu”, "The KKK Took My ISA Away", “1Malaysia Selamanya”, "Akta Sakit Hati", "National Security”, “No Retreat No Surrender” dan "Aku Bukan Badut".
Available in Malaysia on 7 June 2016.

Tawanan Sydney: Malaysia Ikrar Akan Bersama Rakyat Australia - Najib






Najib Tun Razak.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berikrar akan berdiri teguh bersama-sama rakyat dan kerajaan Australia dalam kejadian menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney, Isnin.
"Kami akan sentiasa bersama-sama semua rakyat Australia. Doa dan harapan kami mengiringi kesemua mereka yang terjejas oleh #SydneySiege semalam," kata Najib dalam catatan terbaru beliau melalui laman Twitter pada Selasa.
Kejadian itu bermula pada kira-kira pukul 9.45 pagi apabila seorang lelaki bersenjata api menyerbu ke dalam sebuah kafe dan menjadikan 17 orang sebagai tebusan.
Drama penuh ketegangan selama 16 jam itu berakhir apabila polis bersenjata lengkap menyerbu kafe berkenaan dan membunuh lelaki terbabit.
Dua tebusan terbunuh dan empat cedera.
Mereka yang terbunuh ialah seorang wanita beranak tiga dikenali sebagai Katrina Dawson, 38, pengurus kafe, Tori Johnson, 34, dan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Man Haron Monis, 50.




Alvin Tan Kutuk Perdana Menteri Malaysia 'Tiada Telur'






Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri.  Didalam statusnya itu, Alvin mengatakan Najib sebagai 'tiada telur', Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier. 

SUMBER: Siakap Keli




Najib Ke Belanda Hari Rabu








  • Shyamsuhaimie Mamat I hate najib...I lov islam...I'm Muslim not melayu..umno bn sntiasa korup....dh mmg tgas dia, xpyh nk bnggakn sgtla..spe2 yg jd pm pn msti kna btngjwb...jgn krn asap snipis kulit bwang, kita buta lmpu merah kt dpan
  • Jusman AL-Fathah Jadi ko pikir ko la yg layak jadi pemimpin? Knp ka bangang ko ni...cakap buruk hal orang. Klo ada dosa pun, itu urusan Allah yg akan menghukum. Kau tu siapa perasan layak mcm ko baik sangat? Ko rasa diri ko tu dijanjikan syurga ka?? Tidak kan...klo tid...See More
  • Michelle Henry Kau ingat nak tanam anak kucing???? Yg 1 hari semua nak siap??? Ckp senang...org johor yg mati kat Singapore pun ambik 2, 3 hari nak bwk keluar mayat... nie kan kat Ukraine.... ckp pakai otak... jgn pakai kepale lutut!! Sebok tanye mane mh370...kalau ade dah lama lah di bawa pulang...such an idiot! !!




Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Dibatalkan






KUALA LUMPUR - Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Majlis itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
  
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.
  
Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
  
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.
  
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang, termasuk 43 warga Malaysia, terhempas dipercayai ditembak di Wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Khamis lepas.
  
"Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.
  
"Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi ziarah-menziarahi demi mengeratkan perhubungan dan perpaduan sesama kita," kata kenyataan itu.
  
Justeru, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh tertib.
  
Ia termasuk majlis sambutan oleh anggota Jemaah Menteri, para anggota Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bersama rakyat di kawasan masing-masing.
  
Selain itu, sambutan di peringkat kementerian juga boleh diadakan untuk mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar, menurut kenyataan itu. - Bernama



Selamat Hari Lahir Najib Razak







Kotak Hitam MH17 Diserah Kepada Malaysia 3 Pagi Ini








[Dikemaskini 12.42 am] #MH17 : Kotak hitam akan diserah pada M'sia pada jam 3 pagi

Dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine akan diserahkan kepada Malaysia pada jam 9 malam waktu tempatan (3 pagi) ini melalui pasukan Malaysia di Donetsk.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman khas di kediaman rasminya di Seri Perdana sebentar tadi.

Najib berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dengan pasukan pemisah hasil perbincangannya dengan pemimpin mereka Alexander Borodai pada Selasa. - Sumber: Malaysiakini




Konspirasi Zionis Buli Najib Dalam MH17 Terbongkar






Photo: This is true !!

Teori Illuminati tahap gaban....

Sila hadam dengan baik :P

This is true !!

Teori Illuminati tahap gaban....

Sila hadam dengan baik