Showing posts with label bomba. Show all posts
Showing posts with label bomba. Show all posts

Restoran Wangsa Maju Terbakar Waktu Sarapan





FotoANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan yang menikmati sarapan terkejut apabila mendapati restoran yang dikunjungi tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Wangsa Maju, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, beberapa pekerja restoran turut lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila menyedari api mula membakar bahagian dapur restoran berkenaan.
Seorang pekerja yang berjaya menyelamatkan diri terus menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 pagi sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian. - MYMETRO



Bomba Guna Salotep Tampal Jalan Imbi Rosak






Foto Menarik

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menandakan bahagian rekahan untuk mengesan pergerakan tanah selepas terowong dalam binaan runtuh dekat Jalan Imbi. FOTO Mohd Yusni Ariffin



Kontraktor Mewah Jatuh Papa Kedana Tidur Dalam Kereta Proton Saga Selama 3 Bulan






Gombak: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.
Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.

Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.
FotoANGGOTA bomba memujuk lelaki terbabit keluar dari kereta.

Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu.




Pelajar Asrama UIA Hilang Tempat Tidur Sebab Bomba Lambat






Orang ramai melihat bangunan asrama lelaki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa yang terbakar di Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Jun - Seramai 800 penghuni asrama lelaki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Seksyen 16, Petaling Jaya dekat sini cemas apabila sebuah stor di tingkat satu bangunan lima tingkat yang didiami mereka musnah dijilat api hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu. Ia hanya memusnahkan tilam-tilam serta perabot lama yang disimpan di dalam stor berkenaan.
Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Seksyen 7, Petaling Jaya telah tiba sembilan minit kemudian.
"Kebakaran berlaku di ruangan menyimpan tilam. Api berjaya dipadamkan pada pukul 3.46 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Sani berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat UIAM berkata, semasa kejadian, kebanyakan penghuni asrama Mahallah Abu Bakar itu sedang menghadiri kelas manakala pelajar yang berada di dalam bangunan itu pula berjaya menyelamatkan diri setelah mendengar loceng kecemasan.
Katanya, buat masa ini, penghuni asrama berkenaan tidak dipindahkan ke bangunan lain kerana insiden tersebut tidak menjejaskan bilik penginapan pelajar kecuali mereka yang tinggal di tingkat satu akan dipindahkan ke tingkat atas.
"Ibu-bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan yakin bangunan berkenaan masih selamat untuk didiami," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.