Showing posts with label kebakaran. Show all posts
Showing posts with label kebakaran. Show all posts
150 Rumah Setinggan Dibakar Musnah Angkara Rasuah Pihak Berkuasa
Kunak: Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat.
"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Pelajar Asrama UIA Hilang Tempat Tidur Sebab Bomba Lambat
Orang ramai melihat bangunan asrama lelaki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa yang terbakar di Petaling Jaya, semalam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu. Ia hanya memusnahkan tilam-tilam serta perabot lama yang disimpan di dalam stor berkenaan.
Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Seksyen 7, Petaling Jaya telah tiba sembilan minit kemudian.
"Kebakaran berlaku di ruangan menyimpan tilam. Api berjaya dipadamkan pada pukul 3.46 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Sani berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat UIAM berkata, semasa kejadian, kebanyakan penghuni asrama Mahallah Abu Bakar itu sedang menghadiri kelas manakala pelajar yang berada di dalam bangunan itu pula berjaya menyelamatkan diri setelah mendengar loceng kecemasan.
Katanya, buat masa ini, penghuni asrama berkenaan tidak dipindahkan ke bangunan lain kerana insiden tersebut tidak menjejaskan bilik penginapan pelajar kecuali mereka yang tinggal di tingkat satu akan dipindahkan ke tingkat atas.
"Ibu-bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan yakin bangunan berkenaan masih selamat untuk didiami," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140627/je_06/Asrama-lelaki-UIAM-terbakar#ixzz35oXmS5Do
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)