Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Cara Membezakan Daging Babi Dengan Daging Lembu Yang Betul






Lagi cerita pasal binatang ‘haram’ nie, iaitu babi atau khinzir yang sebelum nie corak babi dijumpai dalam rekaan sejadah. Tapi kali nie, kami nak kongsikan mengenai cara untuk membezakan yang mana satu daging babi dan yang mana daging lembu.
Bukan apa, sekarang nie macam-macam boleh berlaku, takut pulak kita nak beli daging lembu kat pasaraya dapat pulak daging binatang babi nie. Jom lihat info mengenai daging khinzir ini secara detail di bawah.

    Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Beza Warna Daging Babi dan Daging Lembu

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya. 


2. Beza dari segi serat daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.


3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging b.a.b.i mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging b.a.b.i sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak b.a.b.i kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.


4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging b.a.b.i yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging b.a.b.i lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.


5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging b.a.b.i mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.



6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

    DIHARAP INFO NI BERGUNA KEPADA ORANG ISLAM

Sumber oopsshmedia.blogspot.com



Hukum Daging Landak

landak-hukum
Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh.
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.
Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).
2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361). Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.[1]
Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul[2], tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam. Kerana itu para ulamak masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/144 (perkataan “at’imah”).
2. Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523.
3. Hayah al-Hayawan al-Kubra, Muhammad bin Musa ad-Dumairi, 2/361.
4. al-Fiqh al-Manhaji, 3/69.
[1] Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523. Namun orang Arab yang menjadi rujukan dalam masalah ini ialah;
a) Orang-orang Arab yang hidup pada zaman Nabi SAW.
b) Yang hidup/tinggal di bandar dan kawasan yang subur atau yang berhampiran dengannya. Ini kerana orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman dan hidup berpindah-randah kebiasaan mereka memakan apa sahaja binatang yang melata dan merangkak.
c) Yang mempunyai tabi’at yang bersih.
d) Dirujuk ketika musim subur dan senang (yakni bukan ketika musim kebuluran dan melarat yang menyebabkan mereka terpaksa makan apa sahaja yang ada).
(Lihat; Kifayatul Akhyar, hlm. 522-523 dan Al-Fiqh al-Manhaji; 3/69).
[2] Lihat; Bulughul-Maram, Imam Ibnu hajar (kitab al-At’imah; 1365) dan Tahqiq Musnad Ahmad, Syeikh Syu’aib al-Arnaut dan beberapa ulamak yang lain (hadis no. 8954).
Sumber: Ilmu dan Ulamak