Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Sharnaaz Bawa Arak Dalam Troli






PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yang membosankan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.


Foto Sharnaaz (kiri) dengan trolinya yang turut mempunyai beberapa tin alkohol.

Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman.
Bagaimanapun troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.

Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu berkata, perkara itu langsung tidak menjejaskan dia memandangkan isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat luar dan bukan dirinya.

"Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu," tegasnya.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.




Nina Iskandar Tunjuk Baik Tapi Maki Peminat





Nina Iskandar berharap pengikut Instagram mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus mengecam segala tindakan yang dilakukan.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Nina Iskandar terkilan apabila tindakan muncul dengan penampilan bertudung dipersoalkan oleh segelintir pengikut di laman sosial Instagram selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, berkata, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.

"Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan.

"Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar," katanya.

Nina menulis status di Instagram pada Ahad bagi menjelaskan tindakannya memuat naik gambar-gambar dan video sebelum bertudung.


Nina menjelaskan tindakan itu adalah satu promosi drama yang akan keluar Hari Raya ini.

Antara komen daripada penguna Instagram yang mempersoalkan penghijrahannya.

Beberapa pengikutnya di laman sosial tersebut telah mempersoalkan penghijrahaannya apabila dia mempromosi drama-drama tidak bertudung yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

"Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui.

"Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan," soalnya.

Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati.

Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan. - Sumber MSTAR



Hiburan: Begitulah Takdir Cinta Awi Rafael

AWI RAFAEL – TAKDIR CINTA (OST KUSINERO CINTA)

Selepas kejayaan lagu “Kalau Aku Kaya” bersama Altimet, Awi Rafael kini muncul dengan single terbaru yang bertajuk “Takdir Cinta” yang juga merupakan lagu runut bunyi untuk sebuah drama bersiri yang bertajuk “Kusinero Cinta”yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak ia ditayangkan bermula 26 Mei 2014 yang lalu. Lagu “Takdir Cinta” ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adi Sixthsense. Ia merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang rahsia hati yang memendam perasaan cinta terhadap seseorang. Hasil komposisi Adi Sixthsense ini sangat indah dan tentunya lagu ini akan membuai perasaan para pendengar kerana ia mampu membawa mereka untuk turut mengkhayati lirik yang dinyanyikan oleh Awi Rafael. “Takdir Cinta” yang dicipta sepenuhnya oleh komposer yang berasal dari Indonesia ini bergenrekan balada dan sesuai dinyanyikan oleh Awi Rafael yang mempunyai suara serak basah dan sedap didengar di halwa telinga.

Muzik video “Takdir Cinta” ini diarahkan oleh pengarah muda yang bernama Esham Shahlin dan berkonsepkan vintaj di dalam sebuah bilik yang penuh dengan bingkai-bingkai gambar yang memenuhi ruang dinding yang juga menggambarkan sedikit tentang jalan cerita untuk drama “Kusinero Cinta”. Untuk penggambaran muzik video ini, ia hanya mengambil masa selama satu hari sahaja di dalam sebuah gudang di Damansara Jaya.

Drama terbaru berjudul “Kusinero Cinta” telah ditayangkan bermula 26 Mei 2014 yang lalu. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir dan hasil terbitan Global Station. Saksikan drama “Kusinero Cinta” pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133).

Kepada peminat AWI RAFAEL dan juga peminat drama “KUSINERO CINTA”, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “TAKDIR CINTA” nyanyian Awi Rafael di YouTube.
Ini merupakan pautan untuk muzik video tersebut.

cid:image008.jpg@01CF7FE3.94D5B150

Lagu Tema / OST Kusinero Cinta
Judul : Takdir Cinta
Artis : Awi Rafael
Ciptaan : Adi Sixthsense