Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Gempa Bumi Landa Laut Bismarck, Papua New Guinea


Gempa Bumi Landa Laut Bismarck, Papua New Guinea

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, 204 km barat daya Kavieng, Papua New Guinea hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.47 pagi, kira-kira 3,522 km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Orang ramai boleh memantau perkembangan in menerusi laman Facebook
https://www.facebook.com/malaysiamet dan Twitterhttps://twitter.com/malaysianmet.

-- BERNAMA

Gempa Bumi Di Lahad Datu Semakin Kuat

Image result for gempa bumi
KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 skala Richter berlaku di Lahad Datu pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu dikesan pada kedudukan 4.9 darjah utara, 118.6 darjah timur dengan kedalaman 25 kilometer, kira-kira 35 kilometer di tenggara bandar Lahad Datu, jam 8.43 pagi. Ia adalah gempa bumi ketiga berlaku di daerah itu selepas gempa bermagnitud 3.2 dan 3.5 pada 16 Februari dan 1 Mac lalu.

Tsunami Indonesia 2016

Ilustrasi (dok.Okezone)

JAKARTA - Dalam bencana gempa berkekuatan 7,8 Skala Richter (SR), di Samudera Hindia yang terletak 682 km sisi barat daya Kepulauan Mentawai, yang terjadi kemarin malam Rabu 3 Maret 2016, BMKG sempat menyiarkan pesan darurat siaga bencana tsunami, hingga akhirnya dibatalkan.
Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), hal tersebut disebabkan karena sistem deteksi tsunami yang dinamakan Buoy milik Indonesia seharga Rp4-8 miliar rusak. Hingga akhirnya pihak BMKG menduga ancaman tsunami secara manual.
"Indonesia punya 22 Buoy. Tapi rusak semua. Tidak ada anggaran untuk melakukan perawatan," ungkap Kepala Pusat Data Informsi dan Humas Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, di Graha BNPB, Jakarta Timur, Kamis (3/3/2016).
Pembatalan ancaman tsunami oleh BMKG sendiri, dilakukan setelah mendapatkan bantuan dari Buoy milik Australia yang berada di selatan Kepulauan Mentawai.
"Di sisi selatan Mentawai ada Pulau Kokos, Australia. Di situ ada satu Bouy milik Australia," tambahnya.
Rusaknya 22 Buoy milik Indonesia dikarenakan banyak tangan-tangan jahil yang sengaja merusak Buoy. Selain itu pemerintah juga dinilai tidak pernah memberikan anggaran untuk merawat Buoy.
"Banyak tangan-tangan vandalisme yang merusak Bouy di lautan.‎ Contohnya yang di Laut Banda. Warga banyak mengambil sensor, lampu, dan alat-alat pada Buoy," jelas Sutopo.
Oleh karena itu, Sutopo berharap agar pemerintah dapat lebih memperhatikan hal tersebut mengingat hanya Buoy yang dapat mendeteksi apakah suatu gempa berpeluang tsunami atau tidak.

Fenomena El Nino Akan Jejas Malaysia?

Paras air di Empangan Gemencheh menurun berikutan cuaca panas dan kering.
 
 
PORT DICKSON: Ia bukan sekadar masalah air tetapi sebaliknya adalah fenomena El Nino. Cuaca panas dan kering mungkin menyumbang kepada pembakaran hutan dan keadaan berjerebu di seluruh negeri yang boleh menjejaskan kesihatan dan pertanian.
Maka itulah sebabnya pembakaran terbuka begitu berbahaya dalam tempoh ini, kata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menggesa semua pihak untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk mencegahnya.
Timbalan Menterinya, Datuk Sri Dr James Dawos Mamit menyeru kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah untuk memantau kawasan kering dan mudah terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan paya dan perladangan.
"Cuaca panas dan kering mempunyai potensi untuk menyebabkan kebakaran yang akan menyumbang kepada jerebu. Saya menyeru semua orang untuk bekerjasama dan tidak melakukan pembakaran terbuka," katanya selepas melancarkan Kawan Alam Sekitar atau RAS sempena Hari Alam Sekitar Dunia 2014 di sini, Khamis.
Menurut kenyataan Pertubuhan Kajicuaca Sedunia, fenomena El Nino dijangka berlaku pada skala global sekitar pertengahan tahun ini.
El Nino biasanya menghasilkan purata hujan lebih rendah di Malaysia semasa kering Monsun Barat Daya, yang bermula pada 15 Mei dan dijangka berterusan sehingga September.
Dawos berkata, Jabatan Alam Sekitar akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, sambil menambah bahawa pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi bersetuju dengan ramalan Pertubuhan Kajicuaca Sedunia bahawa El Nino akan bermula pada bulan ini atau Ogos ini dan akan berterusan sepanjang tahun.
"Secara umumnya, negara ini akan menerima jumlah hujan yang rendah dalam tempoh El Nino, terutama di Sabah dan Sarawak. Jangka hayat El Nino adalah antara enam dan 18 bulan," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Kekurangan bekalan air terjejas teruk di beberapa negeri, termasuk Selangor, yang menjalankan catuan selama kira-kira tiga bulan sehingga Mei. Tetapi masalah itu tidak berakhir.
Paras air di empangan Negeri Sembilan dilaporkan telah merosot ke tahap yang kritikal.
Paras air di Empangan Gemencheh menurun kepada 98 meter, iaitu 12 meter lebih rendah dari paras normal, walaupun hujan berlaku di negeri itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Kesan yang paling teruk daripada El Nino dilihat dalam tempoh 1997-1998, di mana sebahagian besar di negara ini mengalami cuaca kering dan panas, serta keadaan berjerebu.
Bagaimanapun, kejadian terakhir fenomena itu adalah pada 2009-2010 yang tidak meninggalkan kesan yang ketara.