Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Festival Budaya & Ekonomi (Malaysia-Indonesia Se-Asean)



Pada 13 Ogos 2016 akan berlangsung Festival Budaya & Ekonomi (Malaysia-Indonesia Se-Asean) yang akan dirasmikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bersempena dengan acara ini juga, turut mengambil ruang adalah acara anugerah "Malindo International Entrepreneur Award" dan "Sriwijaya International Award" yang akan disampaikan oleh Kedutaan dan Pemerintah Republik Indonesia pada waktu acara Gala Dinner 13 Ogos 2016.

Award ini sangat berguna untuk menambah nilai kepada produk/servis anda. Logo award ini boleh dicetak atau dilekatkan pada produk anda atau dimuatkan di dalam profail diri atau syarikat anda.

Layari sekarang:
http://www.malindoaward.com/

Sementara itu, kepada mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara diatas bolehlah berhubung dengan kami.

Kepada Syarikat-syarikat yang berminat menyertai, bersilaturahmi dan meneroka peluang-peluang baru bolehlah menaja meja (sponsor table) sempena Gala Dinner yang akan diadakan pada waktu malam 13 Ogos 2016 tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi segera:
Dato' Buani @ +6019-669 1474 (Call/Whatsapp)

Marjinal


  • Genre
    Punk Folks
  • Band Members
    Mike (Guitar - Vocal), Bob (Bass - Vocal)
  • Home Town
    Jakarta
  • Record Label
    Taring Babi
  • Short description
    http://www.kaum-marjinal.com
  • Current Location
    Jakarta

Tsunami Indonesia 2016

Ilustrasi (dok.Okezone)

JAKARTA - Dalam bencana gempa berkekuatan 7,8 Skala Richter (SR), di Samudera Hindia yang terletak 682 km sisi barat daya Kepulauan Mentawai, yang terjadi kemarin malam Rabu 3 Maret 2016, BMKG sempat menyiarkan pesan darurat siaga bencana tsunami, hingga akhirnya dibatalkan.
Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), hal tersebut disebabkan karena sistem deteksi tsunami yang dinamakan Buoy milik Indonesia seharga Rp4-8 miliar rusak. Hingga akhirnya pihak BMKG menduga ancaman tsunami secara manual.
"Indonesia punya 22 Buoy. Tapi rusak semua. Tidak ada anggaran untuk melakukan perawatan," ungkap Kepala Pusat Data Informsi dan Humas Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, di Graha BNPB, Jakarta Timur, Kamis (3/3/2016).
Pembatalan ancaman tsunami oleh BMKG sendiri, dilakukan setelah mendapatkan bantuan dari Buoy milik Australia yang berada di selatan Kepulauan Mentawai.
"Di sisi selatan Mentawai ada Pulau Kokos, Australia. Di situ ada satu Bouy milik Australia," tambahnya.
Rusaknya 22 Buoy milik Indonesia dikarenakan banyak tangan-tangan jahil yang sengaja merusak Buoy. Selain itu pemerintah juga dinilai tidak pernah memberikan anggaran untuk merawat Buoy.
"Banyak tangan-tangan vandalisme yang merusak Bouy di lautan.‎ Contohnya yang di Laut Banda. Warga banyak mengambil sensor, lampu, dan alat-alat pada Buoy," jelas Sutopo.
Oleh karena itu, Sutopo berharap agar pemerintah dapat lebih memperhatikan hal tersebut mengingat hanya Buoy yang dapat mendeteksi apakah suatu gempa berpeluang tsunami atau tidak.

Jusuf Kalla Sertai Perkabungan 10 Tahun Tsunami Acheh





Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 10:27 PM
BANDA ACEH: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyertai ribuan orang di 'Blang Padang' di sini pagi Jumaat bagi memperingati ulang tahun ke-10 tragedi tsunami melanda Aceh.

Mereka berada di Blang Padang seawal pukul 8 pagi (waktu tempatan). Tepat pukul 8.15 pagi (9.15 pagi waktu Malaysia), seluruh penduduk Aceh bertafakur selama seminit.

Solat Jummat khas turut diadakan di Masjid Raya Baiturrahman sempena hari Jumaat hari ini. Tanah Perkuburan Masal Siron yang menempatkan kira-kira 47,000 mangsa tsunami turut dibanjiri ribuan orang yang dipenuhi suasana pilu dan sedih.

Bagi Cut Muliana Bunaga, 55, dari Nagan Raya Aceh yang terletak 300 kilometer dari Banda Aceh, setiap tahun dia akan mengunjungi tanah pekuburan ini bagi membacakan Yasin kepada kedua-dua anak perempuannya yang menjadi korban tsunami.

"Biarpun saya tinggal jauh dari sini, wajib bagi saya untuk datang setiap tahun. Bila masuk tanggal 26 Disember, saya dengan suami saya akan ke Banda Aceh dan datang ke kubur ini untuk anak saya," katanya kepada Bernama.

Cut Muliana turut menceritakan bahawa pada hari bencana, tiga anak perempuannya yang bersekolah di sebuah sekolah agama di utara Aceh dihanyut ombak tsunami.

Namun hanya anak perempuan pertamanya, Irfa Kurniawati, 18, yang terselamat manakala dua yang lain iaitu Rina Magasari, 13, dan Ului Yestari, 17, menjadi korban.

Dia sehingga kini tidak menemui mayat kedua-dua anaknya malah dia juga tidak pasti sama ada anak-anaknya itu dikuburkan di tanah pekuburan ini.

"Saya tidak tahu mana kedua-dua anak saya ditanam, sebab mayat mereka tidak dijumpai. Tapi saya yakin di sini, biarpun tidak ada dokumen sah yang menyatakan anak saya di tanah pekuburan ini, tetapi saya sebagai ibu, saya dapat merasai mereka di sini," katanya sambil mengalirkan air mata.



Amerika Rompak Harta Rakyat Indonesia Secara Terang-Terangan






KHAZANAH TAK TERNILAI INDONESIA

Berita ini amat mengejutkan BBA sendiri yang membacanya.Walaupun agak tidak memahami bahasa Indonesia tetapi masih boleh memahami apa yang disampaikan.Penulis ini menyatakan sebenarnya Indonesia mempunyai kandungan mineral yang sungguh banyak sehinggakan boleh digelar negara terkaya(dia cakap,bukan BBA).Hal ini kerana di satu tapak perlombongan mereka iaitu PT Freeport telah menghasilkan ratusan juta tan tembaga dan emas berkualiti tinggi.
PT Freeport merupakan lombong terbesar di Indonesia dan diusahakan oleh Amerika(syarikat perlombongan dari sana mungkin).Dikatakan semenjak dibuka tapak itu sehingga sekarang masih tidak kering dengan galian emas dan tembaga.Lombong ini telah menghasilkan 7.3Juta Tan tembaga dan 724.7Juta tan Emas berkualiti tinggi.jika diandaikan dengan harga emas semasa RM135 x 72.47Juta Tan.Ia bersamaan dengan "Syntax Error" di kalkulator admin.Jika pembaca ada kalkulator yang muat boleh la kira sendiri..hehe
Tetapi mengapa dengan jumlah yang sebegitu banyak Indonesia masih dibelenggu hutang?..Jawapannya adalah Amerika sendiri..Perjanjian yang ditandatangani melibatkan syarikat gali tersebut ialah keuntungan hasil bersamaan dengan 99% untuk mereka dan 1% untuk Indonesia..cuba anda bayang berapa ciput je Indonesia dapat.Dan juga didedahkan Indonesia juga mempunyai simpanan gas asli dan minyak yang sungguh banyak..Tetapi seperti lombong tadi..kebanyakan hasil diberikan kepada "Pihak-pihak tertentu".Di Malaysia sendiri Amerika sedang mencuba menjana pendapatan mereka.Salah satu contohnya ialah TPPA.Boleh rujuk artikel BBA sebelum ini tentang TPPA.


Namun ada yang lebih mengejutkan di lombong ini.Baru-baru ini dikatakan pihak carigali telah menemui satu elemen yang tidak ternilai dan juga menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia iaitu URANIUM.Seperti diketahui,Uranium merupakan bahan asas untuk Nuklear.Disebabkan penemuan ini,Indonesia telah menjadi tumpuan dan bakal menerima ancaman masa depan.
Dan ada beberapa lagi yang didedahkan penulis..namun ada jugak yang merapu seperti tebang hutan terus kiamat..dan lain2 lagi...mungkin terlampau taksub..tapi bagi BBA sendiri Indonesia memang kaya dengan pelbagai sumber alam dan mineral..kalaulah semua itu ada di Malaysia..beratus parti politik lahir untuk bertanding mentadbir Malaysia(Faham2 la maksudnya )..Artikel penuh admin sertakan untuk bacaan..TQ - Sumber BeritaBadAss.com




Yoshi Sudarso Rakyat Indonesia Jadi Pelakon Power Rangers Biru






Kami sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan siri superhero Power Rangers ini namun berita ini berjaya menarik perhatian kami kerana ianya terasa seakan dekat dengan kita, sedekat Indonesia.
Yoshi Sudarso, The First Indonesian Power Rangers Actor - ROTIKAYA
Berita barik buat para peminat Power Rangers (atau ibu bapa kepada peminat Power Rangers), siri terbaru Power Rangers akan diterbitkan tidak lama lagi dan diwujudkan semenjak tahun 1980′an, siri superhero ini bukan asing untuk kita semua.
Dalam siri terbaru itu, seorang pelakon Indonedia bernama Yoshi Sudarso telah terpilih untuk memegang salah satu watak hero dan akan mengenakan sut biru bernama Koda (Dino Charge).
“Today I fulfilled my childhood dream. I’ve done the suit acting for ranger for the past 2/3 years and never thought I would be the actual actor. I’m so excited to be the new blue Dino Charge ranger,” kongsi pelakon itu menerusi akaun Facebook beliau.
10620509_764390900273146_8949560107222913215_n
Yoshi Sudarso telah tinggal di Amerika Syarikat sejak tahun 1997 dan sebelum ini pun pelakon itu sudah terpilih untuk membintangi watak dalam filem Hollywood seperti The Maze Runner (2014) dan Most Wanted (2011). Siri terbaru Power Rangers: Dino Charge ini akan mula ditayangkan sekitar tahun 2015 kelak. - Sumber ROTIKAYA




Mahasiswi Malaysia Dirogol Beramai-Ramai di ITN Malang Indonesia









MALAYSIA WAJIB BERHENTI HANTAR PELAJAR KE INDONESIA EKORAN KEJADIAN PELAJAR SENIOR ROGOL PELAJAR JUNIOR SECARA BERAMAI-RAMAI DAN BERGILIR-GILIR PADA MINGGU ORIENTASI ITN MALANG, INDONESIA. DIFAHAMKAN PIHAK UNIVERSITI TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA KERANA INI 'HAK MUTLAK' PELAJAR SENIOR MEMPERLAKUKAN ROGOL BERAMAI-RAMAI PADA MINGGU ORIENTASI.
MENURUT PIHAK REKTOR DAN PIHAK PENTAKBIRAN INI ADALAH HAK MUTLAK PELJAR SENIOR,PIHAK MEREKA TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA
KEPADA IBUBAPA FIKIRLAH 100 KALI SEBELUM SEBELUM HANTAR ANAK2 ANDA KE INDONESIA. PIHAK KEMENTERIAN WAJAR MENIMBANG SEMULA UNTUK 'MENGHARAMKAN MINGGU ORIENTASI' BAGI IPTA & IPTS KERANA TERLALU BANYAK BURUK DARI BAIKNYA.
PERKERA TERSEBUT MASIH LAGI DALAM SIASATAN DAN GAMBAR INILA SATU-SATUNYA BUKTI YANG TINGGAL. - SUMBER KIPASPANAS90.BLOGSPOT.COM




Jokowi Presiden Baru Indonesia






Akhbar Indonesia isytihar Jokowi bakal presiden baru
Joko Widodo - Gambar Fail
Gabenor Jakarta, Joko Widodo menang pemilihan presiden Indonesia dengan memungut undi sebanyak 53 peratus -- tipis mengatasi lawannya, Prabowo Subianto yang meraih kurang sedikit daripada 47 peratus, isytihar akhbar Jakarta Globe.

Akhbar itu menerbitkan foto Joko, yang juga lebih akrab dipanggil Jokowi, pada muka depannya hari ini dengan tajuk Indonesia has decided (Indonesia telah memilih).

Jakarta Globe membuat rumusan itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) selesai membuat penjumlahan undi daripada 34 wilayah di seluruh republik itu. Jumlah muktamad dari wilayah-wilayah itu sudah diumumkan melalui pelbagai media, kata akhbar itu, dan apa yang dilakukannya ialah menjumlah semua keputusan tersebut.

Jakarta
Muka depan akhbar Jakarta Globe hari ini

"Jakarta Globe mengumpulkan data tersebut untuk menghasilkan penjumlahannya sendiri di peringkat nasional -- dengan KPU dijadual selesai dan mengumumkan penjumlahan nasionalnya pada Selasa malam," lapor akhbar itu.

Jakarta Globe sebelum ini mengumumkan mendukung Jokowi kerana ia "adalah pilihan moral yang harus dibuat demi masa depan Indonesia".

Penjumlahan undi itu selaras dengan kiraan cepat yang diumumkan oleh lapan badan tinjauan pendapat selepas pengundi memilih pada 9 Julai lepas. Pada ketika itu, Jokowi diletakkan di depan antara 51 hingga 53 peratus berbanding 47 hingga 49 peratus bagi Prabowo.

Empat lembaga tinjauan pendapat yang lain sebaliknya mengumumkan Prabowo pemenang dengan perbezaan yang lebih rendah.

Penjumlahan undi itu menunjukkan Jokowi dan pasangan naibnya, Jusuf Kalla -- yang sebelum ini pernah jadi naib presiden -- menang di 23 wilayah. Prabowo dan regunya, Hatta Rajasa pula menang di 10 wilayah.
"Joko-Kalla oleh itu mendahului dengan 8,4 juta undi atau sekitar 6.3 peratus," lapor Jakarta Globe.

Tjahjo Kumolo, Setiausaha Agung Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP), parti yang memajukan Jokowi, mengatakan pasangan itu mendapat undi besar dari Jawa. Beliau memberitahu Jakarta Globe kiraan pihaknya juga sama seperti yang dijumlahkan oleh akhbar itu.

Menurut Jakarta Globe, Joko-Kalla menguasai undi di wilayah tengah dan timur Indonesia serta berkongsi kekuatan dengan lawannya di Sumatera.

Bagi undi luar negara, Joko-Kalla menang juga. Pasangan itu mendahului dengan 53.74 peratus berbanding 46.26 peratus yang dikutip oleh Prabowo-Hatta.

Beberapa pihak sebelum ini meramalkan keputusan pilihan raya presiden yang sengit ini akan ditentukan oleh Mahkamah Perlembagaan. Ia ekoran dakwaan penyelewengan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, suruhanjaya pilihan raya berharap semua rakyat republik itu akan dapat menerima keputusan muktamad tanpa perlu mengheret pilihan raya itu ke mahkamah.

Presiden baru Indonesia akan mengangkat sumpah Oktober ini.- Sumber Astro Awani




Tiket Murah RM300 Balik Raya Indonesia Dengan Tongkang Pecah





Pelabuhan Klang: Perairan Banting dan Sepang terus menjadi pilihan kegiatan penyusupan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang mahu pulang menyambut Aidilfitri di negara mereka, hujung bulan ini.
Kedua-dua perairan ini dikatakan antara pilihan tekong memandangkan jarak perjalanan menuju ke Indonesia seperti Pulau Rupat dan Dumai di Sumatera dengan hanya dua jam perjalanan menggunakan bot laju.

Terbaru, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang menahan 30 warga Indonesia masing-masing 23 lelaki, lima wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan awal pagi semalam.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Kapten Mohd Aliyas Hamdan berkata, pihaknya menahan sebuah bot gentian kaca yang dinaiki warga asing terbabit selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan jam 5.30 pagi.
Katanya, bot berkenaan ditahan tiga batu nautika berhampiran Sungai Air Hitam, Kelanang, dekat Banting oleh sepasukan anggota APMM yang menjalankan Op Tumpas.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 10 bulan dan 42 tahun berhimpit di dalam bot berkenaan tanpa menggunakan jaket keselamatan.
FotoSEBAHAGIAN pati yang ditahan dalam Op Tumpas.
Katanya, sebelum ditahan, Sistem Pengawasan Laut Maritim mengesan sebuah bot masuk ke kawasan perairan negara dalam keadaan mencurigakan jam 12.30 tengah malam semalam sebelum pihaknya membuat intipan dan risikan.

Menurutnya, bot yang dipenuhi penumpang itu dikesan pihak berkuasa ketika cuba keluar dari perairan negara dan menuju ke perairan antarabangsa lima jam kemudian.
“Siasatan awal mendapati warga asing terbabit perlu membayar RM700 hingga RM1,500 seorang kepada sindiket tertentu untuk ke Pulau Rupat, Indonesia dan diletakkan di lokasi tertentu sekitar Banting sebelum sebuah bot gentian kaca membawa mereka ke negara jiran.

“Siasatan mendapati ada di antara warga asing yang ditahan mempunyai pasport, namun kebanyakan nya sudah tamat visa bekerja mahu pun tidak memperbaharui permit kerja masing-masing menyebabkan mereka tidak boleh keluar menggunakan laluan sah,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, semua yang ditahan untuk sementara waktu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Tekong bot yang ditemui semalam mendedahkan, dia menerima bayaran RM300 untuk satu perjalanan membawa warga asing masuk ke Indonesia.

Lelaki berusia 32 tahun itu berkata, walaupun menyedari risiko yang perlu dihadapinya, namun upah yang tinggi menyebabkan dia sanggup menyabung nyawanya dan penumpang dengan merentas Selat Melaka.

“Saya kerja kampung saja di Pulau Rupat. Gaji di sana (Indonesia) tidak besar menyebabkan saya perlu bekerja sebagai tekong untuk membawa pendatang pulang ke Indonesia. Saya hanya menerima upah daripada tauke selepas semua kerja selesai,” katanya.

Penumpang yang dikenali sebagai Rosmaini, 42, berkata, dia bersama anak lelakinya berusia enam tahun menyabung nyawa menaiki bot walaupun mengetahui nasib menimpa rakan senegaranya yang karam bulan lalu di perairan sama.

“Saya tiada pilihan kerana permit kerja saya sudah tamat tempoh. Saya perlu membayar RM3,100 untuk memperbaharuinya dan saya tidak mempunyai duit sebanyak itu. Mahu tidak mahu saya menaiki bot kerana mahu menyambut Hari Raya bersama suami dan dua lagi anak di Padang, Indonesia,” katanya.



Luna Maya Tidak Serik Mahu Buat Hubungan Seks Dengan Ariel Noah





Jakarta: Meskipun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir dan secara tragik pula di hati Luna Maya masih ada rasa sayangnya kepada Ariel Noah.
Menceritakan perasaannya, Luna Maya berkata, Ariel masih bertakhta di hatinya walaupun vokalis Noah itu dilapor sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lagi aktres Indonesia, Sophia Mueller. “Ya, sejujurnya saya masih sangat sayangkan Ariel.

“Sayang sekali dia meninggalkan saya sendirian,” katanya kepada media semalam.

Pendedahan itu menyebabkan Ariel dipenjara beberapa bulan atas tuduhan menghasil dan memiliki bahan lucah.

Ketika di penjara hubungan cinta Ariel, Luna Maya akhirnya berakhir.
FotoLUNA Maya
Selain Luna Maya Ariel juga didapati merakam aksi ranjang dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari.

Walaupun aib dengan peristiwa itu, Luna Maya nampaknya tetap menyayangi penyanyi berkenaan.
Luna Maya ditanya ketika menyertai rancangan bual bicara Dahsyat semalam.

Dalam program itu kru Dahsyat menjemput peserta pertandingan Indonesian Idol, Theo, yang memiliki wajah seakan-akan Ariel.

Muncul dari dalam kotak bertutup kain hitam, Luna Maya kelihatan kaget melihat Theo yang disangkanya Ariel. Namun apabila menyedari lelaki itu adalah Theo, Luna Maya kecewa. “Kalaulah itu benar-benar Ariel, pasti saya sangat gembira,” katanya. - Agensi



Persatuan Hantu Ambil Cuti Sempena Ramadhan





(Ubah saiz teks)
JAKARTA: Indonesia melarang penayangan program televisyen yang memaparkan adegan ghairah, mistik dan provokatif sepanjang Ramadan ini.

Perkara itu diputuskan Pusat Penyiaran Indonesia (KPI) apabila mengeluarkan senarai beberapa tayangan yang dilarang bulan mulia ini.

Jurucakap KPI berkata, larangan itu dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum, selain bagi menghormati kesucian bulan mulia ini.

"Kami mengambil langkah awal bagi mengelakkan kontroversi berhubung perkara ini," katanya yang dipetik menerusi laporan Tribune news.

Kata jurucakap itu lagi, antara siaran dilarang adalah tayangan mempunyai unsur ghairah, adegan tidak senonoh dan pakaian tidak menutup aurat.

"Lelaki berpakaian wanita, provokatif, mistik juga dilarang," katanya.



Pejuang Islam Dari Indonesia Menyerang Syria






Gambar fail bertarikh 9 Jun 2013 menunjukkan anggota militan Indonesia yang mendakwa sanggup berperang di Syria, mempamerkan teknik pertahanan diri pada satu pertunjukan di Solo, Jawa Tengah. - AGENSI
JAKARTA 26 Jun - Kira-kira 56 warganegara Indonesia dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria, walaupun jumlah sebenarnya dijangka lebih tinggi, lapor Reuters hari ini.
Perkara itu didedahkan oleh jurukamera agensi berita tersebut yang bertemu empat rakyat negara ini yang lengkap bersenjata serta memakai kain penutup muka di negara bergolak tersebut, baru-baru ini.
Mereka yang bertutur dialek Indonesia bercampur bahasa Arab memperkenalkan diri sebagai seorang bekas anggota tentera, ahli perniagaan, pelajar kolej dan seorang remaja lelaki.
Malah, mereka turut menyeru rakyat Indonesia menyertai 'perjuangan' di bumi Syria.
"Saudaraku di Indonesia, jangan gentar kerana rasa takut hanyalah godaan syaitan," kata seorang daripada mereka menerusi satu video di YouTube yang telah pun dipadamkan.
Menurut firma keselamatan strategik, The Soufan Group, kebanyakan anggota militan asing di Syria terdiri daripada rakyat Arab Saudi, Tunisia, Maghribi dan Rusia.
Pegawai firma itu menyatakan, kira-kira 236 anggota militan dari Australia, Malaysia dan Indonesia menyumbang sembilan peratus kepada jumlah tersebut.
Institut Analisis Polisi dan Konflik (IPAC) di Jakarta pada Januari lalu menerusi satu laporan menyatakan, krisis di Syria telah menggalakkan anggota pelampau di negara ini menyertai 'perjuangan' di negara Asia Barat tersebut.
Beberapa perhimpunan pro-Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) turut berjaya menarik penyertaan ramai di Indonesia, di mana sokongan dan proses merekrut anggota militan asing dibenarkan.
Pihak berkuasa Indonesia kini bimbang, penyertaan rakyatnya dalam kegiatan militan di Syria boleh menyemarakkan kembali gerakan radikal di Indonesia yang berdepan tindakan kekerasan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
"Indonesia berdepan cabaran terbesar berhubung hal ini. Apabila anggota kumpulan itu pulang, mereka boleh membawa pengaruh negatif," kata seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali.- REUTERS




Misteri Pulau Yang Direbutkan Malaysia dari Indonesia







Kedudukan Kepulauan Natuna
Kedudukan Kepulauan Natuna
KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.
Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.
Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?
Penduduk
Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten (Regency) Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.
Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna.
Sejarah
Sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu.
Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau.
Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.
Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.
Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik pihak Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848.
Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta).
Pemerintahan Penjajah Barat Di Nusantara
Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan dan kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan yang penting, seperti Palembang, Melaka, Kotaraja (Aceh), Patani dan Brunei.
Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini.. Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511.
Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685.
Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut.
Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing.
Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura.
Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu.
Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.
Kesan Perjanjian 1824 ke Atas Kepulauan Natuna
Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.
Akan tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British.
Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.
Kepulauan Natuna Sebagai Wilayah di Dalam Indonesia
Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956.
Kabupaten Natuna kemudiannya telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.
Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur.
Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.
Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.
Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.
Berdasarkan sumber sejarah, adalah munasabah untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua.
Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris.
Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.
Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.
Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.
Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.
Tuntutan ke Atas Kepulauan Natuna
Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.
Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.
Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.
Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.
Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.
Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.
Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.
Kesimpulan
Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia.
Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.
Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.
Artikel ini disumbangkan Oleh MOHD HAZMI MOHD RUSLI (Ph. D) pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu. MOHD AFANDI SALLEH (Ph.D) seorang pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu dan WAN IZATUL ASMA WAN TALAAT (Ph. D), seorang profesor madya di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu.




Muhammadiyah Indonesia Mula Puasa Esok





JAKARTA 27 Jun - Umat Islam di Indonesia menyambut bulan puasa tahun ini pada tiga hari berbeza dengan organisasi masyarakat Islam terbesar di negara ini, Muhammadiyah mengumumkan bulan Ramadan bermula esok.
"Muhammadiyah menetapkan awal puasa jatuh pada 28 Jun 2014 kerana pada dasarnya menurut kiraan hakiki dengan kriteria wujudnya hilal.
"Awal Ramadan akan berbeza lagi tetapi lebaran (Aidilfitri) kemungkinan serentak," kata Setiausaha Pengurus Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur, H. Nadjib Hamid.
Nahdlatul Ulama pula dalam kenyataan kepada akhbar The Jakarta Post hari ini mengumumkan umat Islam akan mula berpuasa pada hari Ahad.
Di Padang, Sumatera Barat pula, sebanyak 5,000 anggota organisasi Islam, Naqsabandiyah mula berpuasa hari ini.
Setiausaha Naqsabandiyah Sumatera Barat, Edison berkata, perkiraan permulaan Ramadan ditetapkan berdasarkan formula hisab munjib iaitu 1 Ramadan setiap tahun ialah 360 hari selepas awal Ramadan tahun sebelum itu.
“Kalendar inilah yang diajar oleh guru-guru kami sejak bertahun lalu. Justeru, kami akan mula solat terawih semalam (Khamis)," katanya lagi.
Sementara itu, Kementerian Agama Indonesia akan mengadakan sidang isbat (penetapan) awal Ramadan pada pukul 4 petang ini.
Sidang isbat kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ia tidak lagi disiarkan secara langsung, sebaliknya, kementerian itu akan mengumumkan hasil keputusannya sebaik berakhir perbincangan.
Setiap kali berlangsung sidang isbat awal Ramadan dan awal Syawal, Kementerian Agama akan mengundang seluruh organisasi masyarakat Islam untuk membuat penepatan sambutan dua bulan penuh kemuliaan bagi umat Islam itu. - UTUSAN ONLINE



24 Orang Anak Opick Semuanya Belajar Al-Quran






GHANIYA sewaktu berduet dengan Opick untuk lagu Sahabat Sejati yang merupakan ciptaannya.
SIAPA yang tidak kenal dengan Opick yang begitu sinonim membawakan lagu-lagu berbentuk ketuhanan. Kelunakan suara dan penghayatan dalam menyampaikan bait-bait lirik lagu merupakan kekuatan yang dimiliki oleh penyanyi ini.
Lagu-lagu pemilik nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus yang berasal dari Jawa Timur ini sering kali mendapat tempat di hati pendengarnya di Malaysia.
Dalam kesibukannya bergelar penyanyi dakwah, Opick bersama isterinya, Dian Rusita Ningrum turut sibuk menjaga anak-anak yatim di rumah mereka yang terletak di Jakarta Timur yang dipanggil Baitul Umah.
“Saya mengambil anak-anak angkat dan menjaga mereka di dalam satu rumah bersama-sama keluarga saya. Anak kandung saya sendiri ada empat orang dan ditambah lagi dengan 20 orang anak-anak yang saya jaga ini akan dididik untuk pandai mengaji al-Quran dan belajar bersolat.
“Mereka bukan sahaja anak yatim piatu malah ada sahaja anak-anak jalanan fakir miskin yang dititipkan kepada saya untuk dijaga. Jika saya tiada di rumah, ada beberapa ustaz yang akan mengalas tugas mengajar itu semua. Setakat ini Alhamdulillah, kesemua anak-anak sudah mulai pandai menghafaz beberapa juzuk al-Quran," jelasnya lebih lanjut.
Duet bersama anak
Kehadiran Opick yang popular dengan lagu Rapuh ke sini adalah untuk mempromosi album terbaharunya yang berjudul Sahabat Sejati yang turut memuatkan 10 buah lagu dan dia mengambil masa selama enam bulan bagi menghasilkan album ini.
“Semua lagu-lagu dalam album ini mempunyai cerita sendiri, antaranya saya menceritakan tentang kerinduan terhadap Tuhan, tentang nasihat dan juga tentang taubat," katanya.
Selain Sahabat Sejati, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan ke dalam album ini ialah Maha Pemurah, Tuhan Beri Kami Cinta, Sentuh Aku, Kembalilah dan banyak lagi.
Untuk album ke-10 miliknya itu, Opick turut berduet dengan anak perempuan sulungnya, Ghaniya D’Salma Firdaus atau lebih senang dipanggil Ghaniya yang baru berusia 11 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ternyata Ghaniya memiliki bakat sama seperti ayahnya itu. Buktinya, paduan suara mereka boleh didengar melalui lagu yang juga merupakan single Opick bertajuk Sahabat Sejati yang dihasilkan sendiri oleh anaknya.
Buat penyanyi berusia 40 tahun ini, dia sama sekali tidak menghalang anaknya itu untuk terus menyanyi sama sepertinya apabila dewasa kelak.
“Sejujurnya, isteri saya menyuruh dia menyanyi di awal usia enam tahun lagi, tetapi saya katakan tunggu dahulu, biar dia sudah pandai menulis lagu sendiri, barulah saya izinkan.
“Kini dia sudah pandai menghasilkan beberapa buah lagu dengan usahanya sendiri. Ini merupakan penampilan pertamanya bersama saya," kata Opick ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya baru-baru ini.
Ghaniya ketika ditanya, berkata, dia menulis lagu sejak usia lapan tahun lagi dan sehingga kini dia telah berjaya menghasilkan lima buah lagu dan salah satunya adalah lagu Sahabat Sejati.
“Saya dapat idea untuk buat lagu-lagu ini semua ketika berada di taman atau di mana-mana sahaja. Sejurus saya dapat ilham itu, terus tercipta untuk membuat lagu," katanya.
Sementelahan lagi, jika kita lihat drama-drama di kaca televisyen, banyak memainkan lagu-lagu Opick sebagai muzik latar cerita mereka dan sudah pasti empunya lagu ini ada komennya tersendiri.
“Saya tidak menghalang mereka melakukan itu dan saya berasa syukur dan Alhamdulillah kerana mereka percaya kepada lagu-lagu saya dan bermanfaat buat mereka," ujarnya.
Album yang diterbitkan oleh Tombo Ali Production dan diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia ini, telah pun berada di pasaran Malaysia.
Selain itu, peminat-peminat Opick turut boleh dapatkan album ini melalui atas talian di www.inteammobile.com dengan harga hanya RM25.90.




Lamborghini Polis Indonesia





Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.
Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis.
FotoLAMBORGHINI yang dikatakan milik polis Jakarta.



Krisna Murti Akhiri Zaman Teruna Di Usia 44 Tahun






WowKeren.com - akhirnya menyandang status baru. Model sekaligus presenter berusia 44 tahun tersebut telah resmi menikah dengan Devi Nurmayanti.

Pernikahan Krisna dan Devi digelar tertutup di KUA Beji, Depok, Jawa Barat, Senin (23/6) sekitar pukul 10:00 WIB. Hanya keluarga dekat yang hadiri di prosesi akad nikah tersebut.

Sayangnya belum diketahui alasan Krisna tak membeberkan soal pernikahan tersebut. Krisna hanya mengaku bersyukur atas momen spesialnya itu. "Alhamdulillah selesai. Yah seperti biasa ya. Sudah mas, makasih yaa," ujar Krisna pada wartawan, dalam sebuah tayangan infotainment, Rabu (25/6).

Yang menarik, Krisna dan Devi datang ke KUA secara terpisah. Memakai mobil berbeda, Devi bersama keluarga. Sedangkan Krisna ditemani kerabatnya. Paman Devi, Danu, yang bertindak sebagai wali nikah juga memilih bungkam. "Tanya sama yang bersangkutan aja ya. Mungkin mereka malu. Saya enggak tau juga ya," kata Danu.

Menikah diam-diam sebenarnya selalu menjadi impian Krisna. Alasannya, karena dia tak mau membuat kehebohan.

"Bukan maksud menutup-nutupi tapi aku tidak mau terlalu heboh," sahutnya, dua tahun lalu. "Aku ingin contoh dan . Mereka tidak ada gembar-gembor tahu-tahu menikah sampai sekarang masih langgeng." (wk/ri)

Read more: http://www.wowkeren.com/berita/tampil/00053501.html#ixzz35dV8NgKo




Penonton Porno Pemalas










KECANGGIHAN teknologi membuat penyebaran informasi dengan mudah dapat diakses oleh siapa saja.
Tidak masalah kalo informasi yang disebarkan merupakan informasi yang berguna dan dapat memberikan pengaruh positif bagi kedihidupan manusia.
Namun yang terjadi di masyarakat adalah penyebaran informasi yang bernilai negatif yang lebih mudah di sebarluaskan. Termasuk penyebaran video porno atau film porno.
Namun tahukah anda kalau menonton film porno banyak menimbulkan efek negatif?
Menonton film porno dapat mengecilkan bagian otak yang disebut striatum. Striatum ini biasanya berkaitan dengan penghargaan dan motivation.
Menurut sebuah penelitian di Jerman banyak pria yang sering menonton film porno cenderung lebih malas.
Dawn Hawkins, Direktur Eksekutif Moralitas Media, yang telah berkampanye melawan pornografi sejak tahun 1962 mengatakan, bahwa kata pornografi harus disamakan dengan kata rokok yang tentunya sangat berbahaya bagi kesehatan masyarakat.
Berbicara menjelang konferensi dua hari mengenai eksploitasi seksual awal bulan ini, Hawkins mengatakan bahwa jika tidak ditangani dengan baik maka kecanduan pornografi dapat menyebabkan kerusakan psikologis.
"Ada banyak ilmu yang membuktikan bahwa pornografi itu berbahaya dan kita tahu bahwa hampir setiap keluarga di Amerika telah tersentuh oleh bahaya pornografi, " kata Hawkins di National Press Club di Washington, seperti dilansir laman Daily Mail, Senin (2/6).
Penduduk Amerika saat ini bisa bebas menonton film porno dari jaringan Netflix, Amazon dan Twitter dan jika digabung, saat ini ada 4,2 juta situs porno yang beredar.(fny/jpnn)




Anak Kris Dayanti Semakin Seksi






Paras Anak Sulung Krisdayanti yang Semakin CantikTRIBUNNEWS.COM - Makin beranjak remaja, Titania Aurelie alias Aurel, makin cantik saja. Kalau dulu kulitnya sawo matang, kini makin putih bersih, terutama wajahnya.

Ia makin pintar berdandan dan percaya diri memamerkan foto-foto parasnya di Instagram. Wajar kalau banyak anak remaja bertanya apa rahasia cantiknya.

"Aurel...kasih resep donk biar bisa cantik dalam sekejap kayak Aurel," tanya Putri Bali Asti, salah pengunjung Instagramnya.

Anehnya, meski sudah beberapa kali membantah melakukan operasi plastik, tetap saja ada pengunjung lain yang melempar tuduhan serupa terhadap Anak Krisdayanti dari pernikahan dengan Anang Hermansyah itu.

Dan Aurel yang mulai mengorbit sebagai penyanyi mengekor jejak sang ibu itu tak ambil pusing dengan komentar orang. Ia malah berterima kasih pada penata rias bernama Laode untuk polesan yang memuaskan dirinya. "Thanks you, Laode," tulisnya. (Agung BS)