Showing posts with label hero. Show all posts
Showing posts with label hero. Show all posts

Siapakah Khalid Al-Walid?






Siapakah KHALID AL-WALID ra.(Pedang Allah)??? jom kita kenal.. Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'. Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah
"Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?
"Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama" George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW



Hero Baru Transformers Bertarung Sampai Ke Tua






“Ada beberapa situasi yang membuatkan saya berasa terlalu ‘tua’.”
Itu kata Mark Wahlberg selepas mengambil alih peranan hero daripada Shia LaBeouf dalam filem terbaru Transformers: Age of Extinction yang mula ditayangkan sejak kelmarin.

Menurut pelakon berusia 43 tahun itu, menjalani penggambaran filem arahan Michael Bay itu memenatkan walaupun dia pernah membintangi filem aksi seperti Contraband, The Italian Job, Planet of the Apes dan Four Brothers sebelum ini.

Apa yang pasti, berlakon di set penggambaran bersama robot-robot yang ‘tidak wujud’ dan bekerja dengan pengarah filem ‘box-office’ seperti Bay bukanlah mudah.
Foto

Dalam usia mencecah 43 tahun, tenaga Wahlberg tidak lagi sama seperti awal tahun 90-an ketika dia popular sebagai rapper, Marky Mark and the Funky Bunch dan model seluar dalam Calvin Klein yang mampu membuatkan gadis menoleh dua kali!

“Ia satu cabaran yang memenatkan. Ketika penggambaran, setiap kali bangun pagi saya berasa amat penat. Namun, saya buang perasaan itu jauh-jauh dan saya sebenarnya okay!” kata Wahlberg.

Selain cabaran daripada segi fizikal, ada beberapa faktor yang mendorong dia bersetuju berlakon dalam filem berkenaan memegang watak Cade Yeager, seorang bapa tunggal dan pereka elektronik yang secara tidak sengaja ‘mengaktifkan’ Optimus Prime yang bersembunyi.

Antaranya dia yakin Transformers: Age of Extinction akan menjadi filem paling laris tahun ini.

Majalah Forbes baru-baru ini membayangkan filem berkenaan bakal menjadi satu-satunya filem paling laris pada musim panas ini. Ia juga dijangka boleh mencatat kutipan sebanyak AS1 bilion (RM3.2 bilion) dengan mudah kerana dalam masa yang sama tidak ada filem sama taraf yang ditayang.

Transformers: Dark of the Moon yang ditayangkan pada 2011 mencatat kutipan sebanyak AS1.1 bilion ( RM3.5 bilion) menjadikan ia antara filem paling laris sepanjang zaman.

Wahlberg berkata, filem keempat Transformers ini berbeza kerana selain dia ‘merampas’ watak hero daripada LaBeouf, ia menampilkan watak yang lebih kuat dan dipenuhi elemen kemanusiaan. Dalam masa yang sama, aksi pertarungan robot yang menjadi tunjang filem ini sejak mula ditayangkan sejak 2007.

“Selain menampilkan kesan khas berkualiti tinggi, filem ini ada ‘hati’ dan juga humor,” katanya yang menandatangani kontrak berlakon dalam filem ini tanpa membaca skripnya terlebih dulu.


Sinopsis

Selepas bandar Chicago hampir musnah akibat pertarungan antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime dalam Transformers: Dark of the Moon, empat tahun selepas itu kerajaan Amerika Syarikat tidak lagi mempercayai Transformers dan mereka melakukan pemburuan besar-besaran untuk memusnahkan Transformers termasuk semua Autobots.

Inilah yang ditampilkan dalam Transformers: Age of Extinction yang turut menonjolkan Galvatron sebagai musuh baru kepada Autobots yang diketuai Optimus Prime.

Watak Lockdown, robot pemburu upahan dari galaksi yang memburu Autobots serta boleh bertukar kepada kereta mewah Lamborghini Aventador juga pasti menjadi tumpuan.

Mark Wahlberg yang memegang watak sebagai Cade Yeager, seorang pereka elektronik bersama anaknya Tessa lakonan Nicola Peltz menjumpai Transformers, sekali gus menarik kehadiran Autobot dan pemburunya yang lain.

Karya terbaru Michael Bay ini menampilkan adegan dengan format lebih sinematik dan adegan pertarungan yang lebih hebat dan realistik.