
XPDC
lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael
(Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan
Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang
anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man
Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy
kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya
J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum
mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.
Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee
Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang
pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus
kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta
nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh
J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan
persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah
mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat
seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC
masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album
Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi
350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan
Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang
mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak
lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara
rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik
diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul
Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah
studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit
Mewah, Kajang.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur
diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan
pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram
Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya
Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.
Pemain
gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya
sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan
album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan
menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua
sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru
bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang
tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam
filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu
mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di
dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan
Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di
seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran
'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk
mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh
negara.
www.facebook.com/groups/261073847433603/ /
www.facebook.com/pages/We-Support-MAEL-XPDC/127490773933861For More Information:Phone: +606 2925188 / +6012 6033757
Email:
enquiries@hardrockcafe-melaka.comURL:
www.hardrock.com/melakaTW:
twitter.com/hrcmelakaFB:
www.facebook.com/hardrockcafemelaka?fref=ts