Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

Konsert Hari Nbos 2016




Hi BUNKERS, jom santai bersama Bunkface pada 18 Ogos 2016 sempena #harinbos2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Banyak aktiviti & persembahan dari artis² tempatan.
Jumpa disana .
#Bunkface10years #Nbosopenday

Konsert Ambang 2015 Dibatalkan







 
 
PUTRAJAYA: Konsert Ambang 2015 dijadualkan pada malam 31 Dis ini sah dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kumpulan Ambank, menurut PPj.

Dalam laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), perbadanan itu memaklumkan,"Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi laman Facebook PPj memuat naik status bahawa perbincangan akan diadakan dengan Kumpulan Ambank untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Sementara itu kebanyakan pengunjung Facebook berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membatalkan sambutan itu yang antara pengisian utamanya ialah Konsert Ambang 2015.

"Terima kasih PPj kerana mendengar suara hati rakyat. Terima kasih kepada Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat atas keprihatinan dengan memberi pertimbangan semula dan mengambil langkah proaktif selaras dengan kehendak orang ramai," kata Mida Anan Amin.

Wati Ibrahim berkata, "Congratulations for being sensible and decideaccordingly." (Tahniah kerana bersikap bertimbang rasa dan membuat keputusan sewajarnya)  Intan Salina pula berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi banjir yang melanda negara, dengan membatalkan acara sambutan itu.

"Alhamdulillah, gantikan dengan munajat di Dataran Putrajaya atau masjid dan surau di seluruh Putrajaya", cadang Mat Rani.

Mohd Fadli Musa pula mencadangkan pembatalan acara itu boleh digantikan dengan program keagamaan dan solat hajat memohon supaya dijauhkan daripada perkaraburuk.




Bunkface Dilayan Macam Sampah Dengan Penganjur Konsert Antarabangsa








Bunkface kesal tindakan penganjur konsert artis luar yang berat sebelah terhadap artis tempatan.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.

"Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.

"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Sam berkata, perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.

"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.

"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, mereka bakal keluar dengan album ketiga berjudul Malam Ini Kita Punya dan akan dilancarkan pada 2 Oktober depan.

Tambahnya, album tersebut bakal menepis tanggapan peminat bahawa kumpulan Bunkface semakin suram.

"Kita akan lancar album ketiga bulan depan selepas dua tahun selepas album kedua dulu. Dalam album itu ada tujuh buah lagu baru termasuk Rentak Laguku.

"Album itu juga akan menjawab tanggapan pendengar dan peminat yang kata kami sudah suram, bagi saya kami sentiasa ada keluar single cuma tiada kerjasama dengan syarikat besar seperti TM dulu membuatkan orang kurang perasaan kewujudan produk kami di pasaran muzik," ujarnya. - Sumber MSTAR




Konsert XPDC Sambutan 25 Tahun









XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.

Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.

XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.

Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.


www.facebook.com/groups/261073847433603/ / www.facebook.com/pages/We-Support-MAEL-XPDC/127490773933861


For More Information:

Phone: +606 2925188 / +6012 6033757
Email: enquiries@hardrockcafe-melaka.com
URL: www.hardrock.com/melaka
TW: twitter.com/hrcmelaka
FB: www.facebook.com/hardrockcafemelaka?fref=ts