Showing posts with label shila amzah. Show all posts
Showing posts with label shila amzah. Show all posts

Shila Amzah Halalkan Pendapatan Judi






Hari ini, Shila Amzah mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan perkara ini yang menjadi persoalan ramai sejak ianya disebarkan. Ternyata menurut Shila Amzah, apa yang dilaporkan oleh media selama ini hanya fitnah dan tidak benar sama sekali.
Memetik laporan Beautiful Nara, Shila Amzah berkata beliau merasa sangat tersinggung dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu dan ianya mencabar reputasi dirinya sebagai seorang Islam yang berhijab dan juga ayahnya yang sentiasa mendukung agama dan budaya.
“Sebab kenapa saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China untuk sidang media ini adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar Kosmo! yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi. - ROTIKAYA




Mufti Kelantan Fatwakan Konsert Judi Shila Amzah Haram







Rupa-rupanya kemelut yang melanda Shila Amzah masih belum reda apabila beberapa media memanjangkan isu tersebut gara-gara ketidakpuasan hati Shila mengenai isu media Melayu kurang membuat liputan di konsertnya baru-baru ini.

Selain mereka mendedahkan bahawa konsert itu ditaja oleh syarikat judi, semalam mStar Online pula menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mengatakan bahawa mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.

Meskipun tidak menyebut secara jelas artis yang dimaksudkan, namun ramai yang dapat meneka bahawa ia adalah berkaitan dengan konsert Shila Amzah. Nampaknya, media Melayu yang didakwa Shila tidak memberi sokongan padanya melainkan media berbahasa Cina membuat serangan balas pada artis itu.

Ada jemput - demikian kata Shila - klik untuk gambar besar




"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.)

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad


"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," ujarnya yang dipetik melalui mStar.

Tambah Mufti itu, penyanyi tempatan haruslah berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.|

Shila 'memerli' media Melayu baru-baru ini


"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?

"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya.



Kesimpulannya, bersungguh-sungguh benar media Melayu kita mempertahankan diri daripada serangan Shila yang mendakwa ada menjemput mereka ke konsertnya. Mungkinkah selepas ini Shila akan diboikot pula oleh mereka? Tepuk dada tanya selera!
Sumber: http://www.myartis.com