Showing posts with label tembak. Show all posts
Showing posts with label tembak. Show all posts

FOTO: Naga Putih Makan Arnab Jantan Ditembak Mati Di Gerik





Gerik, Perak.
Seekor naga telah ditembak mati di sebuah rumah berhampiran dusun durian apabila pemilik dusun menyedari sejak kebelakangan ini selalu kehilangan beberapa ekor arnab yang diternak di dalam kawasan dusun tersebut. Pemilik dusun Boon Chin Yo sedang tidur di bilik tingkat 2 rumah tersebut terjaga apabila terdengar bunyi jeritan arnab dan bunyi ganjil seakan bunyi harimau. Pemilik dusun terus intai daripada tangga dapati seekor haiwan ganjil yang mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Oleh kerana cemas, beliau terus mengambil senapang auto dan melepaskan 8 das tembakan menyebabkan haiwan ganjil tersebut tersungkur ke lantai. Setelah mempastikan haiwan tersebut benar-benar telah mati beliau amat memperanjatkan apabila mendapati ia adalah seekor naga putih berbulu seakan-akan bulu arnab. Beliau yang ditemui pemberita berkata, "betapa saya tidak menyangka haiwan itu seekor naga putih. Amat mengejutkan saya" kerana menurut kepercayaan cina apabila seekor naga memasuki rumah akan membawa 'ong' dan tanduknya boleh mencecah harga jutaan ringgit. Walaubagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk menjual mana-mana bahagian anggota badan haiwan ajaib tersebut kepada mana-mana pihak dan akan mengawet bangkai haiwan tersebut untuk tatapan umum. - Sumber Malaysiakini
 



Kepala Norazita Pecah Bersepai Ditembak





  • Arzanna dan Kwek Chuwn Hui Arzanna dan Kwek Chuwn Hui
1 / 1
SHAH ALAM - “Saya ingat saya yang kena tembak,” kata saksi pendakwaan kes bunuh kakitangan Ambank cawangan USJ Sentral, Norazita Abu Talib, 37, yang mati ditembak, tahun lalu.

Ketua Perkhidmatan Ambank cawangan itu, Arzanna Abdullah, 43, berkata, pada hari kejadian, dia dan Norazita sedang memasukkan wang kutipan di dalam bilik simpanan duit sebelum berlakunya insiden tersebut.

Saksi memberitahu pengawal keselamatan, Ardi Hamzah, menariknya keluar dari bilik itu sebelum seorang rakan sekerja datang menariknya ke bilik operasi.

Melalui bilik operasi, katanya, dia ternampak Ardi meluru ke bilik simpanan duit dan mencangkung di depan pintu besi, sebelum pengawal keselamatan itu keluar dari pintu depan, membawa beg.

Apabila tertuduh pergi, saksi memberitahu dia meminta bantuan daripada dua rakan sekerja yang lain untuk melihat Norazita.

“Saya syak dia (Norazita) kena tembak kerana mereka tengok kepalanya pecah,” katanya.

Menurutnya, dia dengan segera menghubungi ketuanya, Alice Wong untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Beliau sekali lagi menghubungi pihak atasan untuk memaklumkan insiden itu sebelum polis datang dan mengambil keterangannya.

“Sekitar jam 6 petang, sebelum memasukkan duit, dia berdiri di tepi pintu dan bertanyakan pukul berapa saya masukkan wang.

“Saya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah bertanyakan perihal itu dan saya jawab tidak pasti,” katanya pada sesi pemeriksaan utama oleh Ketua Pendakwa Negeri Selangor, Mohd Azari Haron.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Assisten Superintendan Kwek Chuwn Hui, 34, memberitahu, salinan kad pengenalan milik Ardi yang diperolehi daripada penyelia syarikat keselamatan itu telah dianalisa oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun salinan kad pengenalan itu palsu.

Menurutnya, selain salinan kad pengenalan milik Ardi, turut dianalisa adalah kesan cap jari pada dokumen asal pembukaan akaun dan pasport sah La Ode Ardi Rasila.

“Hasil analisa mendapati, kesan cap jari itu adalah merujuk kepada orang yang sama iaitu La Ode Ardi Rasila,” katanya.

Menjawab pertanyaan Mohd Azari, Chuwn Hui, membuat pengecaman bahawa Ardi adalah La Ode yang berada di kandang tertuduh.

La Ode, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Asyraf Md Kamal turut bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bersama Mohd Azari Haron, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Selvi yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia. - Sumber Sinar Harian


Datuk Kambing Ditembak






Pekerjanya, V Devarasa, 60, berkata, kejadian berlaku ketika mereka baru saja sejam memulakan perniagaan.

“Semua orang di dalam pasar terkejut dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku sebaik terdengar bunyi letupan itu.
FotoPOLIS memeriksa lokasi mangsa ditembak. Gambar kecil, Dr Abd Ghani.

“Saya lihat doktor (panggilan kepada mangsa) sudah terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tempat letak kereta di bahagian belakang pasar berkenaan,” katanya.
- HARIAN METRO