Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Bom Kedua Dimusnahkan Di Bukit Bintang






Kuala Lumpur: Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.
Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham.

Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.
FotoANGGOTA unit pemusnah bom bersedia meletupkan bom tangan kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun, sebutir bom yang dibaling itu tidak meletup mengelakkan lebih banyak kecederaan atau kematian dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Dr Gan Kong Meng, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira lima minit selepas kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di situ cedera dengan seorang daripada mereka parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pelaku selain menyemak latar belakang mangsa untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan 302 Kanun Keseksaan.

"Kita percaya bom tangan itu dibawa masuk dari negara luar," katanya memberitahu, sebutir bom yang tidak meletup ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry diletupkan oleh unit pemusnah bom PDRM di lokasi kejadian, kira-kira jam 12.35 tengah hari ini.



Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian letupan itu.

"Saya akan meminta PDRM mengeluarkan kenyataan lengkap mengenainya selepas siasatan lengkap dilakukan. Saya fikir operasi dan siasatan kes akan diserahkan kepada polis," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KDN, di Putrajaya. - METRO




Wanita Bunuh Diri Di Ipoh







Cubaan membunuh diri. Kejadian di Bandar Meru Raya, Ipoh berhampiran Flyover Lebuhraya pada pukul 6.48 pagi tadi. Semasa sampai di tempat kejadian seorang wanita telah pun berada di atas signboard jalan berkenaan. Anggota berjaya memujuk dan menyerahkan mangsa ke pihak Polis untuk tindakan lanjut.


Foto Perogol Gangbang Di Kelatan Diburu Polis Mohon Disebarkan





  • Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.
Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. - Sumber - SINAR HARIAN



Kiki Kamaruddin Perempuan Peugeot Ditangkap Polis






KIKI diiring polis. FOTO Luqman Hakim Zubir



Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. - Sumber Metro




Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut






  • Sabah diceroboh Sabah diceroboh
1 / 1
SHAH ALAM - Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Konstabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.



Dr Mahmud Ahmad Pensyarah Universiti Malaya Diburu Polis





  • Militan: Pensyarah UM antara lima diburu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) adalah antara lima rakyat Malaysia yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan di negara ini.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pensyarah itu yang dikenali sebagai Dr Mahmud Ahmad atau Abu Hanzalah, 36, dari Taman Selayang Baru, Batu Caves.
  
Turut dikenal pasti ialah pemilik kedai fotostat dan alat tulis di UM, Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraime
Awang Raime atau Abu Nur, 39, yang tinggal berdekatan kawasan perumahan Mahmud.
  
Dua lagi berasal dari Tawau, Sabah iaitu Mohd Amin Baco, 31, dari Kampung Titingan dan seorang buruh Jeknal Adil atau Jek, 30, dari Kampung Kurnia Jaya.
  
Menurut Khalid mereka dikenal pasti hasil siasatan terhadap 19 anggota militan yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sejak 28 April lalu, kini dipercayai bersembunyi di selatan Filipina.
 
"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari negara ini untuk menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.
  
"Dua lagi merupakan anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di selatan Filipina," katanya.
  
Khalid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kelima-lima mereka agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Hazil Azhar dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas di talian 03-22667010 atau 011-21046850 atau mana-mana balai polis berdekatan.
  
Orang ramai juga boleh menghantar e-mel kepada ctd.e8m@gmail.com, katanya. - Bernama



76 Pelacur Damansara Uptown Dicekup Abang Polis






Petaling Jaya: Polis menahan 76 pekerja termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown di sini, malam kelmarin.
Op Noda pada jam 11 malam itu dilakukan empat pegawai dan 13 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripada GRO yang ditahan adalah warga Thailand manakala seorang Laos berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
“Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan.
“Selain GRO terbabit, 18 pekerja lelaki warga asing iaitu enam Thailand, Bangladesh (empat), Pakistan (tiga), Nepal (tiga) dan Myanmar (dua) turut ditahan,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah.
FotoANTARA wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown.
“Semua pekerja warga asing yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
“Seorang pengurus premis turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah manakala dua lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sebagai pengawal dan deejay diperiksa bagi membantu siasatan, “katanya.
Sementara itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. - Sumber Harian Metro



Polis Belasah Penculik Humban Masuk Lokap






Suspek diberkas polis ketika cuba melarikan diri selepas dia bertindak melanggar kenderaan MPV polis di Sungkai, semalam.
TANJUNG MALIM 26 Jun - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.
"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.
Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.
Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.
"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.
"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.
"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.
Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.




Lamborghini Polis Indonesia





Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.
Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis.
FotoLAMBORGHINI yang dikatakan milik polis Jakarta.



Datuk Kambing Ditembak






Pekerjanya, V Devarasa, 60, berkata, kejadian berlaku ketika mereka baru saja sejam memulakan perniagaan.

“Semua orang di dalam pasar terkejut dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku sebaik terdengar bunyi letupan itu.
FotoPOLIS memeriksa lokasi mangsa ditembak. Gambar kecil, Dr Abd Ghani.

“Saya lihat doktor (panggilan kepada mangsa) sudah terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tempat letak kereta di bahagian belakang pasar berkenaan,” katanya.
- HARIAN METRO




Jantan Hilang Dicari Polis New York



PENGUMUMAN
POLIS NEW YORK MENCARI
SEORANG JANTAN HILANG
AKHIR DILIHAT DI PORT DICKSON
semua maklumat dirahsiakan
http://tukartiub.blogspot.com/2014/06/mencari-pengentot-yang-hilang.html
LikeLike ·  · 



Jenayah: 84 Mangsa Rogol

  • Jalaluddin Abdul Rahman  
  • Jalaluddin Abdul Rahman
1 / 1
KOTA BHARU - Seramai 84 daripada 91 mangsa rogol di Kelantan adalah remaja bawah umur 18 tahun berdasarkan statistik dalam tempoh Januari hingga Mei, tahun ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa rogol dalam tempoh itu menunjukkan penurunan sebanyak 1.09 peratus berbanding 2013, walaupun berlaku sedikit peningkatan kepada jumlah mangsa bawah umur dalam tempoh yang sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 84 mangsa itu turut terdiri daripada pelajar yang berusia seawal 13 tahun iaitu seramai 15 orang, lebih rendah berbanding jumlah 20 orang, tahun lalu.

“Mereka yang terdiri daripada usia 14 tahun pula seramai 24 orang; 15 tahun sebanyak 23 orang; 16 tahun berjumlah 15 orang dan 17 tahun seramai tujuh orang, manakala mangsa selebihnya berusia 18 tahun dan ke atas.

“Daripada jumlah itu juga, 65 daripada mereka adalah pelajar. Jumlah tersebut menurun daripada 66 orang pelajar bagi tempoh sama, tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 2013, jumlah remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa paling ramai iaitu sebanyak 30 orang, sementara yang berusia 14 tahun pula seramai 18 orang; 16 tahun berjumlah lapan orang dan 17 tahun, lima orang.

“Semua mangsa tahun lalu berjumlah 92 termasuk 20 orang mangsa tidak ada pekerjaan dan enam lagi bekerja. Jumlah mangsa tahun ini pula 91 termasuk 18 orang yang tidak ada pekerjaan, manakala lapan lagi bekerja,” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, daripada keseluruhan kes antara Januari dan Mei tahun ini, sejumlah 88 kes berjaya diselesaikan dengan 90 tangkapan berjaya dilaksanakan.

“Jumlah kes selesai meningkat daripada 87 kes dengan 51 tangkapan pada tahun sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes selesai tahun 2013 pula berjumlah 214 dengan 161 tangkapan daripada 225 kes rogol yang dilaporkan,” katanya.