Showing posts with label turki. Show all posts
Showing posts with label turki. Show all posts

Rolf Miliki 453 Lubang Di Muka Diiktiraf Rekod Dunia






Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.
Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.
Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.

“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
FotoROLF miliki 453 lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh.

Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.

Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain - 453 semuanya.

Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.

Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi




Fathia Dibaling Kasut Aiman Hakim Ridza








PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia mengakui menerima hadiah istimewa sepasang kasut jenama BCBG Maxazria daripada kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, hadiah itu merupakan salah satu cara kekasihnya menghargai hubungan cinta mereka yang kini mencecah dua tahun.


Fathia bahagia bersama Aiman Hakim

"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.

Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi," katanya kepada mStar Online.

Nur Fathia ditemui pada Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, di sini, Selasa.

Selain Fathia, selebriti Fesyen iaitu Wak Doyok turut dipilih sebagai jurucakap bagi kempen berkenaan untuk bulan Ramadan kali ini.

Inilah kasut yang menjadi hadiah tanda cinta Fathia dan Aiman.

Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta tersebut, Fathia berkata kedua-dua mereka semakin baik dan mengenali satu sama lain.

"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.

"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," katanya.

Dalam perkembagan kerjaya, Fathia berkata, dia baharu sahaja balik dari Istanbul bagi menjalani pengambaran beberapa buah drama.