Showing posts with label yana samsudin. Show all posts
Showing posts with label yana samsudin. Show all posts

Selamat Hari Lahir Yana Samsudin Ke 30 Tahun





Hari ini adalah hari lahir Yana Samsudin yang ke 30 (lahir 25 September 1984). Nampaknya, banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup pelakon berbakat besar ini.

Malah baru-baru ini, Yana makin aktif membuat kerja kebajikan untuk golongan yang memerlukan. Sebagai contoh, dia baru sahaja melawat Kaum Orang Asli Batek, di Kuala Koh Gua Musang Kelantan.





"Antara rumah mereka sebenar setelah tanah mereka di ceroboh pembalakan haram dan rumah dirobohkan.. Makcik ni klu hari isnin namanya Sabariah.. Selasa jadi Mariah.. Huihui kerlas makcik," ujar Yana melalui IGnya.

Selamat hari lahir Yana! Moga terus sukses dalam bidang yang diceburi.

Yana ketika melawat orang asli - klik untuk imej besar








Yana Samsudin Cinta Tak Pergi Tomok






Yakin dengan sokongan tak berbelah bahagi peminatnya membuatkan Yana nekad mengurus sendiri karier seninya sejak Mac lalu di bawah naungan Yana Super Friend (YSF).

Anak jati Yong Peng, Johor ini juga mengakui pengalaman banyak membantunya.
Foto

Ditemui pada majlis pratonton kempen Ramadan dan Syawal TV3/ TV9 2014 di Bandar Utama, Petaling Jaya, kelmarin, Yana memaklumkan dia baru saja selesai rakaman program realiti TV, Juara Joran.

Program baru terbitan Astro itu turut memberi peluang kepada Yana merealisasikan impiannya untuk bergelar pengacara.