Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Perogol Muhd Akmal Ancam Nora Danish Di Instagram





PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik  foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."


Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi. - Sumber MSTAR




Nora Danish Ramai Pengikut Instagram Kerana Suka Buka Sana Sini






KUALA LUMPUR: Sikap terbuka Nora Danish dalam berkongsi apa saja mengenai rutin kehidupannya termasuk kisah peribadi barangkali antara faktor penting mengapa beliau diikuti sejuta pengikut di laman sosial popular masa kini, Instagram.
Rekod berkenaan dicapai ibu tunggal kepada Rayqal itu hari ini.
Nora meninggalkan jauh pesaing popular artis tanah air lain antaranya seperti Lisa Surihani (738,000), Zizan Razak (721,000), Datuk Siti Nurhaliza (692,000), Scha Alyahya (668,000), Aaron Aziz (479,000).
Nora ketika ini memuat naik gambar sebanyak 7,182 dengan purata 10 kali kemas kini sehari.
Di bawah akaun Instagram @noradanish, pelakon jelita itu mengikuti hanya 761 orang saja antaranya termasuk di kalangan rakan artis, teman media, teman di luar bidang seni dan ikon fesyen serta artis antarabangsa. Ikuti komen Nora di bawah.
"Seperti kebanyakan mereka yang menggemari Instagram, saya selesa berkongsi gambar aktiviti seharian ketika di lokasi penggambaran, gambar anak, selfie dan termasuk gambar peribadi saya dengan insan rapat. Dalam apa kemungkinan dan seiring dengan 10 tahun usia pembabitan seni, saya bersedia dengan tohmahan.
"Setiap komen sama ada positif atau negatif saya sentiasa terima. Saya perlu tebalkan telinga dan muka, kerana bukan semua sukakan kita. Saya juga mengambil pendekatan menyekat mana-mana akses pengikut yang agak keterlaluan.
"Ikutkan saya jarang menyekat akses mereka yang sering memberi komen negatif terhadap gambar yang dimuat naik, sebaliknya saya selalu menyekat akses remaja lelaki yang suka memberi komen lucah.
"Tambahan pula saya bergelar ibu dan mempunyai anak. Ia contoh yang tak baik untuk anak saya," katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.
Tambah Nora lagi, pertambahan jumlah pengikutnya di laman Instagram mempunyai kedua-dua kesan, positif dan negatif.
"Macam saya cakap tadi, bukan semua orang yang ikut kita sukakan kita. Daripada sudut positif, saya bersyukur ia menjadi ruang untuk saya menjana pendapatan. Saya boleh jadi pengaruh untuk pengikut mendapatkan mana-mana produk atau perkhidmatan yang mahu dipromosikan.
"Daripada sudut negatif, seperti saya katakan tadi, saya perlu bersedia dengan 'mulut-mulut jahat' yang ada kalanya boleh membuatkan saya jadi tertekan. Tapi lumrahlah semua itu," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama episod dengan judul sementara Mak Cun Raya Di Spain Uols arahan Erma Fatima untuk TV3 - Sumber Berita Harian




Isteri Amy Search Terbeliak Mata Perhati Status Pukimak Pada Anaknya





komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.
Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.
"Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.
" Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.
"Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status 'lepas geramnya' itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.
Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.
"Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.
"Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial", katanya sambil menahan sebak.
- mD



Nabila Huda Delete Foto Instagram Lepas Kena Maki Amy Search







NABILA HUDA


MINGGU lepas, ramai yang terkejut dengan komen Amy Search yang bengang dan guna perkataan 'pu***ak' masa komen satu gambar anaknya Nabila Huda di Instagram. Belum habis panas, Khamis lalu, Nabila pula mengamuk dalam Instagramnya.
Cuma bezanya, cara Nabila mengamuk kali ini berbeza, bukan macam jawapan balasnya kepada Amy yang sebelum didakwanya sebagai nak merosakkan hidupnya sekali lagi. Tapi Nabila yang orang panggil Abil itu padamkan beribu-ribu gambarnya daripada akaun Instagramnya.
Agaknya, Nabila memang tengah sedih gila. Dia tunjukkan perasaan sedih itu dengan delete semua gambarnya. Bukan setakat gambar yang selama ini jadi bahan cacian, gambar-gambar yang elok-elok dan kenangan manis-manis dia dengan anaknya Keisha pun habis dipadamkan.
Nak tunjuk sedihnya lagi, Nabila letak satu nota yang bertulis 'just upset' (sedih). Ada juga dia tambah kapsyen dalam bahasa Inggeris. Daripada apa yang Diva faham, Nabila nak tamatkan semua drama selama ini. Dia padamkan semua gambar, jadi tak ada lagi spekulasi dan mulut-mulut longkang dan lidah jahat yang selama ini gemar sangat mengata dan mengeji dia. Katanya, dia dah beralih angin.
Sekali baca, sedih juga, nak baca banyak kali, banyak lagi komen pengikutnya yang nak ditengok. Masing-masing tak habis-habis bagi semangat dan puji tindakan Nabila. Tak kurang juga yang turut sedih sebab tak dapatlah dah nak tengok gambar-gambar Nabila.
Diva pandang positif sahaja apa yang berlaku. Mungkin ada hikmahnya, tapi nak pergi hadap muka Amy, tanya pasal Nabila, takut juga dihamunnya nanti. Tapi Diva percaya, Amy tulis perkataan negatif itu masa tengah marah. Tunggulah bila semua dah sejuk nanti. Diva doakan, sempena bulan baik ini, Nabila dan Amy boleh sama-sama berbaik. Air dicincang tak akan putus.
Sumber: Kosmo




Jejai Dikutuk Berfoto Dengan Nora Danish






"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.



Anak Kris Dayanti Semakin Seksi






Paras Anak Sulung Krisdayanti yang Semakin CantikTRIBUNNEWS.COM - Makin beranjak remaja, Titania Aurelie alias Aurel, makin cantik saja. Kalau dulu kulitnya sawo matang, kini makin putih bersih, terutama wajahnya.

Ia makin pintar berdandan dan percaya diri memamerkan foto-foto parasnya di Instagram. Wajar kalau banyak anak remaja bertanya apa rahasia cantiknya.

"Aurel...kasih resep donk biar bisa cantik dalam sekejap kayak Aurel," tanya Putri Bali Asti, salah pengunjung Instagramnya.

Anehnya, meski sudah beberapa kali membantah melakukan operasi plastik, tetap saja ada pengunjung lain yang melempar tuduhan serupa terhadap Anak Krisdayanti dari pernikahan dengan Anang Hermansyah itu.

Dan Aurel yang mulai mengorbit sebagai penyanyi mengekor jejak sang ibu itu tak ambil pusing dengan komentar orang. Ia malah berterima kasih pada penata rias bernama Laode untuk polesan yang memuaskan dirinya. "Thanks you, Laode," tulisnya. (Agung BS)