Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya.
Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.
Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu.
Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu. - Sumber Berita Harian