Showing posts with label Ramli MS. Show all posts
Showing posts with label Ramli MS. Show all posts

Biodata Ramli MS

alyah

Datuk Ramli M.S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.
Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, adalah seorang maestro muzik kelahiran Geylang,Singapura yang mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.
Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik di mana ia adalah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.
Pada 18 Mac 2013 beliau telah menikahi penyanyi  Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum dihidu media

Ramli MS Mula Mencarut Lucah Pukimak





NAMPAKNYA agak sukar untuk kami tidak terus berkongsi cerita mengenai kontroversi perkahwinan rahsia Datuk Ramli MS dan Alyah.

Gara-gara perkara itu, Ramli juga dikatakan telah memaki pengguna akaun Facebook menerusi ruangan komen, memetik laporan Murai.com.

Dia juga turut menggunakan perkataan kurang sopan yang berbunyi:

“Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”




Kalau dilihat pada komen-komen tersebut, tidak dinafikan ada yang agak biadap dan cuba membuat provokasi terhadap Ramli.

Tapi, mungkin pada masa ini, adalah lebih baik jika komposer itu tidak membuat sebarang kenyataan yang berbaur kemarahan bagi mengelakkan lebih banyak kontroversi timbul. 
Sumber mynewshub.my



JAIS Amaran Ramli MS dan Alyah Tunjuk Bukti Nikah Selewatnya Selasa






Pada serbuan yang dilakukan pegawa JAIS ke kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara sekitar awal pagi semalam, pasangan ini berjaya menyakinkan para pegawai yang mereka sudah bernikah di Batam, Indonesia setahun yang lalu dengan menunjukkan gambar kad pengesahan nikah.
BACA: Ramli MS Persoal Kenapa Orang Ramai Peduli Dengan Kisah Peribadinya
Ramli MS & Alyah bagaimana pun gagal menyerahkan salinan asal kerana mendakwa dokumen itu tiada dalam simpanan mereka ketika serbuan itu dilakukan.
Dalam kenyataan ringkas kepada portal GUA, Alyah mengambil tindakan enggan mengulas lanjut tentang kontroversi ini dan lebih selesa untuk Ramli MS sahaja yang keluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi kepada media dan para peminat.
BACA: Pegawai JAIS Serbu Kediaman, Ramli MS & Alyah Sah Sudah Nikah
“Maaf, Alyah tak boleh nak komen apa-apa mengenai isu ini. Apa-apa tanyalah Ramli MS kerana Alyah serahkan segalanya kepada dia,” ujar Alyah kepada GUA menerusi Whatsapp.
JAIS dalam masa yang sama memberikan tempoh sehingga Selasa ini untuk pasangan ini tampil dengan dokumen asal pernikahan mereka atau bakal berhadapan tuduhan khalwat. (rtky/m) - Sumber ROTIKAYA




Alyah Minta Abang Ramli MS Terangkan Kepada Pakcik Makcik Tentang Isu Kahwin Kontroversi Mereka






KUALA LUMPUR: Walaupun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan perkahwinan rahsianya semalam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun tindakan Alyah menggunakan foto dirinya bersama Datuk Ramli MS sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp jelas menunjukkan betapa penyanyi itu begitu selesa untuk berkongsi statusnya sebagai isteri kepada pengarah muzik dan komposer terkenal itu.
Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya.
Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.
Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu.
Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu. - Sumber Berita Harian