Showing posts with label Alyah. Show all posts
Showing posts with label Alyah. Show all posts

JAIS Amaran Ramli MS dan Alyah Tunjuk Bukti Nikah Selewatnya Selasa






Pada serbuan yang dilakukan pegawa JAIS ke kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara sekitar awal pagi semalam, pasangan ini berjaya menyakinkan para pegawai yang mereka sudah bernikah di Batam, Indonesia setahun yang lalu dengan menunjukkan gambar kad pengesahan nikah.
BACA: Ramli MS Persoal Kenapa Orang Ramai Peduli Dengan Kisah Peribadinya
Ramli MS & Alyah bagaimana pun gagal menyerahkan salinan asal kerana mendakwa dokumen itu tiada dalam simpanan mereka ketika serbuan itu dilakukan.
Dalam kenyataan ringkas kepada portal GUA, Alyah mengambil tindakan enggan mengulas lanjut tentang kontroversi ini dan lebih selesa untuk Ramli MS sahaja yang keluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi kepada media dan para peminat.
BACA: Pegawai JAIS Serbu Kediaman, Ramli MS & Alyah Sah Sudah Nikah
“Maaf, Alyah tak boleh nak komen apa-apa mengenai isu ini. Apa-apa tanyalah Ramli MS kerana Alyah serahkan segalanya kepada dia,” ujar Alyah kepada GUA menerusi Whatsapp.
JAIS dalam masa yang sama memberikan tempoh sehingga Selasa ini untuk pasangan ini tampil dengan dokumen asal pernikahan mereka atau bakal berhadapan tuduhan khalwat. (rtky/m) - Sumber ROTIKAYA




Alyah Minta Abang Ramli MS Terangkan Kepada Pakcik Makcik Tentang Isu Kahwin Kontroversi Mereka






KUALA LUMPUR: Walaupun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan perkahwinan rahsianya semalam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun tindakan Alyah menggunakan foto dirinya bersama Datuk Ramli MS sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp jelas menunjukkan betapa penyanyi itu begitu selesa untuk berkongsi statusnya sebagai isteri kepada pengarah muzik dan komposer terkenal itu.
Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya.
Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.
Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu.
Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu. - Sumber Berita Harian




Alyah Putuskan Remy Ishak Selepas Puas Pilih Jantan Baru






..
Sebut saja penyanyi Alyah, pasti ramai antara kita yang pantas terbayang akan klip-klip video lagu-lagu beliau yang sering menampilkan hero-hero masa kini pujaan ramai. Antaranya seperti klip video lagu hitsnya, 'Kisah Hati' yang menampilkan aktor pujaan ramai Remy Ishak.
Terkini, menerusi klip video single terbarunya 'Sesal Separuh Jiwa', ditampilkan pula aktor yang semakin meningkat naik namanya, Hisham Hamid.
"Sebenarnya pemilihan aktor-aktor tersebut bukan keputusan saya seorang. Ianya hasil perbincangan bersama pengarah klip video saya iaitu Ghaz Abu Bakar bersama produksi. Kami berbincang dan masing-masing berikan idea. Kita tengok apa yang sedang popular sekarang, siapa yang tengah 'in' sekarang.
"Tambah bermakna klip video Sesal Separuh Jiwa ni adalah penampilan pertama saya dengan imejj berhiab. Dalam klip video tu saya cuba nak buktikan, walaupun bertudung tapi kita masih boleh selari dengan perkembangan fesyen masa kini", katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM, semalam.