Showing posts with label Almy Nadia. Show all posts
Showing posts with label Almy Nadia. Show all posts

Almy Nadia Makan Selain Nasi Kerana Alahan Mengandung Teruk Sebabkan Fizz Fairuz Amuk





Tinggal sahaja beberapa bulan lagi, pasangan pelakon Fizz Fairuz dan isterinya Almy Nadia, bakal melahirkan anak sulung mereka dan kini usia kandungannya telah masuk ke 15 minggu dan sepanjang kandungannya itu, dia dikatakan tidak makan nasi dan berasa alahan untuk menjamah nasi beserta lauk-pauk yang lain. Pendek kata dia tidak boleh makan masakan melayu.
“Usia kandungan sudah memasuki 15 minggu dan sepanjang itu saya sudah bertambah berat badan daripada 55kg ke 63kg sekarang ini. Saya sudah tidak ada lagi masalah alahan cuma pemakanan saya berubah apabila saya suka makan benda-benda seperti sushi, salad, subway dan lebih kepada makanan barat”
BACA: Fizz Fairuz Semakin Emosi, Panas Baran Sejak Almy Nadia Mengandung
“Saya tak boleh makan nasi atau masakan kampung lain dan itu mungkin terjadi disebabkan saya tengah mengandung sekarang ini,” katanya yang ditemui semasa Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur kelmarin.
“Saya memang mengidam sangat-sangat telur penyu dan akhirnya saya dapat makan telur penyu daripada Sabah sebanyak 5 biji selepas direbus,” katanya ringkas.
Almy yang akan berpantang mengikut cara tradisional sepenuhnya selepas ini telah mendapat pelbagai tips daripada ibunya sendiri, malah ibu mertuanya juga. Dia turut menjelaskan bahawa semenjak mengandung ini, emosinya tidak menentu dan kadangkalanya kurang stabil.
“Saya ada bertanyakan beberapa tips daripada ibu dan juga ibu mertua saya, mereka kata kalau nak cantik mestilah ikut pantang cara tradisional. Ya kadangkalanya emosi saya tak menentu dan cepat sangat rasa sensitive tetapi apabila saya bertanyakan pada orang-orang yang pernah mengandung sebelum ini, mereka mengatakan itu adalah normal bagi setiap wanita yang mengandung,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) - Sumber ROTIKAYA



Almy Nadia Kecewakan Rakan Fizz Fairuz








KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia kesal apabila terdapat segelintir rakan artis dan pihak-pihak tertentu mempertikai tindakannya tidak mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan Fizz Fairuz di Kuala Lumpur.

Almy berkata, dia berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengenai keputusannya itu kerana sudah menjadi hasratnya untuk mengadakan majlis berkenaan di kampung halamannya sahaja.

"Memang dari awal saya tidak bercadang untuk buat majlis di Kuala Lumpur dan tidak sangka pula ada yang mempersoalkan perkara itu.

"Saya jemput semua orang yang saya kenal tetapi ada di antara mereka tidak hadir kerana alasan jauh dan sebagainya," katanya kepada mStar Online.

Almy ditemui pada majlis Cherita Di Hari Raya Habib Jewels yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu. Suami Almy iaitu aktor Fizz Fairuz turut hadir pada acara berkenaan.



Pasangan itu bernikah  pada 26 Mei lalu dan mengadakan dua resepsi perkahwinan iaitu di Pulau Pinang untuk majlis sebelah perempuan pada 31 Mei manakala pihak lelaki pula diadakan di Raub, Pahang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Almy berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Fizz, dia kini mengurangkan aktiviti lakonan buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada rumah tangganya.

Jelas Almy, dia dan Fizz semakin bahagia melayari alam perkahwinan selepas hampir 10 tahun bercinta.

"Mungkin banyak yang kami lalui sebelum ini namun itu semua suatu pembelajaran buat kami dan kini Alhamdulillah dapat merasai nikmat berumah tangga," katanya.

Sementara itu, Almy berkata, pada bulan Ramadan ini dia terlibat dalam bidang perniagaan dan akan menjual biskut raya di Menara Mara bermula pada hari pertama puasa.

Kata Almy, dia akan menjual beberapa jenis biskut raya termasuk Cornflakes Madu yang dibuatnya sendiri khas untuk para peminatnya.

"Alhamdulillah saya dapat tapak untuk berniaga tetapi secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini.

"Sekarang ini saya sibuk menyiapkan biskut berkenaan untuk dijual nanti dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada pelanggan," ujarnya. - Sumber MStar




Almy Nadia Hilang Dara Kini Hamil 4 Minggu



Mereka mempunyai peminat setia. tak percaya boleh singgah ke page ini. banyak gambar perkahwinan mereka ada di sini. sangat cantik penampilan Almy Nadia yang bertudung, busana pengantin yang cantik dan sesuai dengannya. boleh lihat entri ini "Baju pengantin 2013" sekiranya mencari busana pengantin. :)
Dua tiga kucingnya pun berlari anak,
Mana nak sama kucing naik myvi,
Cinta kuat tak gentar ombak bergolak,

Almy Nadia dan Fizz Fairuz bertambah bahagia sejak mendapat tahu kehadiran bakal anak sulung mereka.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia mengesahkan dia kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu.

"Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung.

"Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz. Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Almy berkata, dia juga bersyukur walaupun kini sedang mengandung, dia masih lagi boleh berpuasa sehingga.

"Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang.

"Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa," tuturnya. - Sumber Mstar