Showing posts with label Felixia Yeap. Show all posts
Showing posts with label Felixia Yeap. Show all posts

Hannah Yeoh Tidak Mahu Ikut Jejak Bintang Lucah Playboy Untuk Peluk Islam






  • Status di facebok yang mendakwa Hannah memeluk Islam dan mengagumi hukum hudud. Status di facebok yang mendakwa Hannah memeluk Islam dan mengagumi hukum hudud.
1 / 1
SUBANG JAYA -"Saya menganut agama Kristian dan tak pernah memeluk Islam,” tegas Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan dakwaan kononnya beliau memeluk Islam.

Menurutnya, beliau berkata, ada pihak menuduhnya sedemikian mungkin kerana melihatnya berbaju kurung dan mengenakan selendang setiap kali dijemput ke majlis buka puasa di surau dan masjid.

Katanya, dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara ini dan siapa yang mendakwanya sedemikian, beliau akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak berasas.

Semalam kecoh  di laman sosial milik individu dikenali Ustaz Hisham yang meminta mana-mana pihak mengesahkan dakwaan Hannah Yeoh menyatakan keinginan mahu memeluk Islam.

Kenyataan dipaparkan bersama gambar Hannah Yeoh bermesra dengan penduduk itu berbunyi ’setelah beramah mesra bersama umat Islam di SS13, Speaker Selangor, Hannah Yeoh menyuarakan keinginannya untuk memeluk agama Islam dan meluahkan kekagumannya kepada hukum hudud.'

Status dihantar jam 11.54 malam turut tertera nama Farhanah Yeoh di atas kenyataan tersebut.




Kerabat Diraja Selangor Jadi Teman Lelaki Bekas Bintang Lucah Playboy Felixia Yeap






raja-zainal 
Biodata  Raja Zainal Badri  l Teman Lelaki Felixia Yeap
Nama Penuh: Raja Zainal Badri
Asal: Kuala Lumpur
Bangsa: Melayu
Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)
Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche



Teman Lelaki Bekas Bintang Lucah Felixia Yeap Didedahkan Kepada Umum






Photo: Saudara baru, Raisyyah Rania Yeap Chin Yee bersama teman lelakinya, Raja Zainal Badri :)

Saudara baru, Raisyyah Rania Yeap Chin Yee bersama teman lelakinya, Raja Zainal Badri



3 Julai 2014 - Kelahiran Semula Felixia Yeap






Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Terima kasih semua atas sokongan anda. =)
 
- Sumber Felixia Yeap Blog





Felixia Yeap Tak Mahu Jadi Model Lucah Lagi





  • Felixia Yeap Felixia Yeap
1 / 1
KATA orang, jangan mengukur seseorang itu dari kisah lalunya. Begitulah situasi yang sesuai untuk menggambarkan wanita bernama Felixia Yeap kini.

Siapa sangka, dari seorang wanita yang gemar mengunjungi parti sosial dan bergambar seksi, sesuai dengan statusnya sebagai model Playboy Bunny, Felixia sanggup melakukan perubahan besar terhadap imejnya.

Biarpun tidak secara drastik memeluk agama Islam, namun anak kelahiran Ipoh, Perak ini tampil dengan menutup aurat dan berhijab, sejak Disember 2013.

Perubahannya itu pada mulanya menerima respons positif dan negatif. Ada yang menyokong baik dan tidak kurang yang mencemuh kerana merasakan Felixia seperti mempermainkan Islam.

Namun atas doa umat Islam dan tekad Felixia sendiri untuk berubah, akhirnya membawa wanita ini memeluk Islam hari ini.

Ujar Felixia dia merasakan hari ini sebagai hari kelahiran semula dirinya kerana tarikh keramat dia memeluk Islam adalah hari lahirnya.

"Hari ini adalah tarikh bersejarah untuk saya. Ia umpama satu kelahiran semula. Kebetulan pula, untuk tahun ini, tarikh lahir saya itu jatuh pada lima Ramadan.

"Saya lebih teruja apabila mengetahui tarikh ini juga jatuh pada Khamis, iaitu hari kegemaran Nabi Muhammad SAW," katanya yang mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.



Felixia Yeap Daftar Youtube Perjelaskan Isu











Bekas Model Lucah Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan 1435 Hijrah





Shah Alam: Model pakaian muslimah Felixia Yeap mengumumkan akan memeluk Islam 5 Ramadan ini ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam, di sini, sebentar tadi.
"Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis).

"Saya pilih 5 Ramadan kerana 3 Julai ini ialah hari jadi saya. Hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW," katanya.

Dia turut menyebut mengenai ciri-ciri suami idamannya yang mana diharapkan lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.
Foto

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.



Felixia Yeap Peluk Islam Julai






felixia yeap sahkan bakal peluk islam julai iniSumber: Harian Metro
KL, 23 JUN 2014: Model berbangsa Cina yang mengenakan imej berhijab, Flexia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini.
Bekas model majalah Playboy, Flexia memberitahu Harian Metro dia meilih Julai sempena hari lahirnya pada bulan itu serta mengambil keberkatan bulan Ramadan.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.




Felixia Yeap Persenda Islam





KUALA LUMPUR: “Mohon maaf jika saya tersalah atau terkasar bahasa, tapi saya rasa saya lebih berminat untuk mengetahui keindahan agama Islam,” tulis Felixia Yeap menerusi facebook, semalam.

Beliau seterusnya menulis sebagaimana di bawah.

Apa yang serba-sedikit mengecewakan saya sebagai seorang yang baru mula mengenali agama Islam?

Apabila saya terlalu kerap ditegur oleh orang yang hanya memandang berat tentang kuku saya, tentang gambar lama saya, tentang hal silam saya, tentang bila saya nak masuk Islam, tentang saya tidak harus tidak bertudung di rumah sendiri (walaupun telah di"blur"kan), tentang kenapa saya bertudung tapi tak masuk Islam, tentang saya dah Islam ke belum, tentang betapa salahnya seseorang itu mengambil gambar selfie...etc, etc, ETC.

Tapi teramatlah jarang sekali orang memberitahu saya tentang keindahan ajaran agama Islam, setiap kebaikkan Nabi Muhammad SAW yang kita harus ikuti, keperibadian yang baik setiap isteri Nabi Muhammad SAW yang harus kita sebagai wanita contohi, ketenangan yang boleh saya pelajari melalui setiap ajaran agama Islam, dan sebagainya. - Sumber HARAKAHDAILY