Showing posts with label Amerika. Show all posts
Showing posts with label Amerika. Show all posts

BSF Amerika Serang Madu Kelulut Malaysia


INDUSTRI penternakan lebah Malaysia digemparkan dengan serangan serangga perosak, Black Soldier Fly (BSF) atau nama saintifiknya Hermetia illucens yang menyerang koloni lebah kelulut.
BSF berasal dari Amerika dan mulai merebak ke Eropah, Australia, India dan Asia termasuk Malaysia selepas Perang Dunia Kedua.
Peringkat larva BSF boleh dimanfaatkan kerana larva BSF boleh makan sehingga 15 kilogram (kg) sisa organik sehari manakala BSF dewasa hanya berperanan untuk mengawan serta bertelur.
Di luar negara, BSF diternak secara komersial sebagai sumber protein bagi ternakan. Begitupun, cuaca panas yang berpanjangan baru-baru ini telah menyebabkan BSF mencari tempat pembiakan yang lebih kondusif.
Antara tempat yang disukai ialah di dalam sarang kelulut yang mempunyai sumber makanan iaitu madu dan roti lebah.
Pengurusan kawasan penternakan yang tidak bersih juga boleh menyebabkan BSF mudah tertarik kepada kesan madu, propolis dan roti lebah pada sisa log kayu semasa proses topping dilaksanakan.
Serangan BSF ke atas 1,200 koloni lebah kelulut mula dikesan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada penghujung Jun 2016. Setakat ini, dianggarkan jumlah kerugian adalah sebanyak RM1.2 juta.
Serangan BSF bukan sahaja dapat dikesan pada koloni lebah kelulut yang lemah tetapi juga koloni yang kuat. Satu-satu koloni boleh musnah dalam tempoh dua minggu selepas BSF bertelur di dalam koloni.
Tanda paling mudah untuk mengesan serangan BSF adalah apabila terowong masuk lebah kelulut menjadi kering secara tiba-tiba dan propolis yang memenuhi kotak topping menjadi seakan-akan reput serta berkulat hingga merebak masuk ke dalam log.
Serangan dianggap berada pada tahap kritikal apabila kelihatan larva BSF memenuhi sarang lebah kelulut manakala kantung madu dan roti lebah pecah serta terdapat larva di dalam kantung.
Pencegahan awal perlu dibuat bagi mengelakkan serangan ini berleluasa. Antara langkah pencegahan yang boleh dibuat adalah pemerhatian yang kerap dan menyeluruh ke atas koloni lebah kelulut.
Sekiranya koloni lebah kelulut yang diternak telah diserang, penternak perlu mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan koloni tersebut.

Amerika Rompak Harta Rakyat Indonesia Secara Terang-Terangan






KHAZANAH TAK TERNILAI INDONESIA

Berita ini amat mengejutkan BBA sendiri yang membacanya.Walaupun agak tidak memahami bahasa Indonesia tetapi masih boleh memahami apa yang disampaikan.Penulis ini menyatakan sebenarnya Indonesia mempunyai kandungan mineral yang sungguh banyak sehinggakan boleh digelar negara terkaya(dia cakap,bukan BBA).Hal ini kerana di satu tapak perlombongan mereka iaitu PT Freeport telah menghasilkan ratusan juta tan tembaga dan emas berkualiti tinggi.
PT Freeport merupakan lombong terbesar di Indonesia dan diusahakan oleh Amerika(syarikat perlombongan dari sana mungkin).Dikatakan semenjak dibuka tapak itu sehingga sekarang masih tidak kering dengan galian emas dan tembaga.Lombong ini telah menghasilkan 7.3Juta Tan tembaga dan 724.7Juta tan Emas berkualiti tinggi.jika diandaikan dengan harga emas semasa RM135 x 72.47Juta Tan.Ia bersamaan dengan "Syntax Error" di kalkulator admin.Jika pembaca ada kalkulator yang muat boleh la kira sendiri..hehe
Tetapi mengapa dengan jumlah yang sebegitu banyak Indonesia masih dibelenggu hutang?..Jawapannya adalah Amerika sendiri..Perjanjian yang ditandatangani melibatkan syarikat gali tersebut ialah keuntungan hasil bersamaan dengan 99% untuk mereka dan 1% untuk Indonesia..cuba anda bayang berapa ciput je Indonesia dapat.Dan juga didedahkan Indonesia juga mempunyai simpanan gas asli dan minyak yang sungguh banyak..Tetapi seperti lombong tadi..kebanyakan hasil diberikan kepada "Pihak-pihak tertentu".Di Malaysia sendiri Amerika sedang mencuba menjana pendapatan mereka.Salah satu contohnya ialah TPPA.Boleh rujuk artikel BBA sebelum ini tentang TPPA.


Namun ada yang lebih mengejutkan di lombong ini.Baru-baru ini dikatakan pihak carigali telah menemui satu elemen yang tidak ternilai dan juga menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia iaitu URANIUM.Seperti diketahui,Uranium merupakan bahan asas untuk Nuklear.Disebabkan penemuan ini,Indonesia telah menjadi tumpuan dan bakal menerima ancaman masa depan.
Dan ada beberapa lagi yang didedahkan penulis..namun ada jugak yang merapu seperti tebang hutan terus kiamat..dan lain2 lagi...mungkin terlampau taksub..tapi bagi BBA sendiri Indonesia memang kaya dengan pelbagai sumber alam dan mineral..kalaulah semua itu ada di Malaysia..beratus parti politik lahir untuk bertanding mentadbir Malaysia(Faham2 la maksudnya )..Artikel penuh admin sertakan untuk bacaan..TQ - Sumber BeritaBadAss.com




Lelaki Ada 66 Burung Dalam Seluar






Havana: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung di dalam seluarnya.
Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya.

Apabila ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya.

Polis berkata, semua burung itu dari spesies yang jarang ditemui dan mungkin dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit.

Penyeludup itu hampir berjaya menaiki pesawat selepas pengesan logam gagal mengesan burung berkenaan.
FotoSEBAHAGIAN daripada burung yang ditemui dalam tempat khas yang dijahit pada seluar lelaki itu.
Bagaimanapun, kerana bonjol besar dan cara dia berjalan, kakitangan kastam di lapangan terbang berkenaan menahannya untuk diperiksa.

“Dia cuba menipu dengan berkata, dia hanya membawa seekor merpati di dalam seluarnya,” kata jurucakap kastam, Hermogenes Yonsiver. - Agensi




MARIONEXXES beraksi di Vans Warped Tour Amerika Syarikat




VANS Warped Tour merupakan antara siri konsert muzik rock bergerak terbesar dan popular yang akan diadakan di seluruh Amerika Syarikat (AS) mulai 25 Jun hingga 15 Ogos ini. Puluhan kumpulan ternama menjayakan konsert itu yang diadakan pada setiap tahun di mana ia menjadi impian ramai pemuzik termasuklah dari Malaysia.
Marionexxes merupakan satu-satunya kumpulan dari negara ini yang terpilih beraksi pada konsert Vans Warped Tour 2010 yang akan diadakan di Salt Lake City, Utah, AS pada 8 Ogos ini.
Menurut penyanyi kumpulan itu yang berasal dari Kuala Lumpur, Piko atau nama sebenarnya Abdul Wahid Abdul Halim, 29, dia berasa bertuah apabila terpilih beraksi pada konsert gergasi tersebut.
Katanya, dengan berbekalkan konsep muzik pop kabaret yang diketengahkan Marionexxes, penganjur konsert itu tertarik menjemput mereka.
"Kami tidak percaya apabila pada 12 Mac lalu pihak penganjur konsert itu memberitahu bahawa Marionexxes terpilih mengadakan konsert itu selepas kami menghantar permohonan.
"Mungkin berbekalkan sebuah album berjudul Bane Music X yang mengandungi 16 buah lagu dan konsep muzik pop kabaret mereka tertarik dengan keunikan konsep muzik kami.
"Inilah peluang kami untuk mempromosikan album pertama kami itu di sana," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Piko yang merupakan tutor di Pusat Kebudayaan UM berkata, dia berasa gementar kerana Vans Warped Tour 2010 akan dijayakan oleh banyak kumpulan terkemuka dunia.
Antara kumpulan yang akan menjayakan konsert itu ialah NOFX, Anti-Flag, The All American Rejects, Discharge, GBH, Pennywise, The Adolescents, Sum41 dan Suicide Silence.
Selain Piko, Marionexxes yang turut dianggotai oleh Ali selaku pemain bass, Eddy (dram) dan Izham (gitar) kini sedang giat berlatih selain mencari penaja untuk menjayakan konsert itu.
"Kalau ditakdirkan tiada penaja, kami sanggup mengeluarkan duit sendiri kerana peluang ini bukannya mudah diperolehi," ujarnya.
Tambah Piko, album sulung mereka yang mula dijual pada Januari lalu dan mengandungi sebuah lagu Melayu, Harimau Malaya mendapat sambutan hangat.
Sejak ia dijual melalui Internet dua bulan lalu 600 unit cakera padat album itu telah dibeli oleh para peminat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marionexxes, album dan perkembangan mengenai Vans Warped Tour 2010 sila layari laman sesawang mereka www.myspace.com/marionexxes.




Kejahatan Amerika di Sebalik Tsunami Acheh

Amerika disebalik tsunami Aceh terbongkar


Presiden Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia (PPMI), DR Eggi Sudjana SH Msi menerangkan bahawa bencana yang menimpa Aceh dan sekitarnya bukanlah gempa dan gelombang tsunami yang semulajadi tetapi sebuah gelombang bom termonuklear yang sengaja diletupkan di bawah laut.

Pendapat Eggi tersebut dikemukakan kepada Wawasan dalam dialog seratus hari pemerintahan SBY, di pejabat peguam Taufik SH di Solo. "Melalui pendapat dan analisa yang dikemukakan pakar nuklear bebas dari Australia Joe Vialls, saya bersetuju bahawa ada petunjuk kuat penglibatan Amerika dengan dua kapal perangnya satu diantaranya bernama USS Abraham Lincoln, berada disebalik tragedi itu," katanya.

Menurut Eggi sebelum berlaku bencana, Amerika telah mengeluarkan travel warning kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Indonesia. Persoalan yang lain mengapa kerajaan Indonesia membenarkan dua buah kapal induk masuk ke perairan mereka.

"Ada lain penemuan diragui, CNN selama ini memberitahu bahawa pusat gempa berlaku di pulau We. Sementara yang berlaku gempa bumi tersebut adalah di bahagian pulau Nias dengan kekuatan gempa hanya 5.4 skala richter. Namun yang berlaku adalah sebuah gelombang susulan dengan kekuatan yang lebih dahsyat. Ironinya, syarikat AS Exxon yang ada di sana musnah akibat bencana itu. Sehingga ada menganggap ada senjata pemusnah besar-besaran yang diarahkan ke sana, "jelasnya.

Selepas kejadian itu, tentera AS yang berada di kapal induk USS Abraham Lincoln yang berjumlah 15600 anggota dikerah untuk misi menyelamat. Sementara Kopassus dan Pasukan Reaksi Cepat (PRC) Indonesia yang berfungsi sebagai unit bencana sama sekali tidak diturunkan. Sementara India, Sri Lanka dan Thailand menolak kehadiran tentera asing itu. Televisyen Al Jazeera pernah menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami. Akan tetapi sebuah bom helium.

"Kami mengesyaki India memang sudah tahu akan adanya bencana itu. Kerana negara itu mempunyai pencatat gempa bumi di mana ianya boleh membezakan antara gempa sebenar dan mana gempa buatan. Di India di Tamil Nadu, merupakan pusat nuklear yang telah diketahui dari dulu."

Menurut Eggi, Joe Vialls tahu senjata termonuklear yang diletupkan di bawah laut akan menimbulkan gelombang dahsyat. Jika tsunami, ketinggian gelombang maksimum tidak akan mencapai seperti yang berlaku di Aceh. "Sejarah juga mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh penuh dengan minyak."

Eggi memberitahu, AS ingin mewujudkan pangkalan ketenteraan di Aceh. Hal itu dikuatkan dengan tindakan cepat tentera Amerika menghulurkan bantuan di sana. Aceh juga akan dijadikan rangkaian pasaran bebas perdagangan AS. "Dalam kontek ini, SBY lemah, perisikan kita juga lemah dan juga TNI," jelasnya.

Sumber: Detik Islam