Showing posts with label Rita Rudaini. Show all posts
Showing posts with label Rita Rudaini. Show all posts

Rita Rudaini Gila Tuntut RM300,000 Nafkah Mutaah






#08 Melebihi Sepatutnya, Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000 - ROTIKAYA
Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil Zafuan menerusi peguam beliau Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.
BACA: Bukan Soal Duit, Rita Rudaini Fail Tuntut RM300,000 Untuk Sedarkan Aidil Zafuan
Rushdan berkata anak guamnya memberikan alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui jumlah sepatutnya.
“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,“ katanya kepada wartawan Sinar Harian di luar mahkamah.
Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.
“Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut, dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam. Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia,”katanya.
Mahkamah menetapkan 9 Oktober sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu. (rtky/m) - Sumber ROTIKAYA
 



Rita Rudaini Dan Anak-Anak Aidil Zafuan Suka Bergambar





rita
Istimewa untuk peminat setia pelakon popular, Rita Rudaini, minggu ini kami tampilkan beliau bersama anak-anak sebagai penghias muka depan dalam keluaran terbaru Media Hiburan untuk edisi 5 hingga 11 Julai 2014. 
 
Ikuti momen-momen menarik di sebalik sesi fotografi bersama mereka yang berlangsung baru-baru ini. - Sumber Media Hiburan



Aidil Zafuan Tinggalkan Rita Rudaini Pergi Mekah Dengan Zarema Zainal Dan Safee Sali






aidil
Media Hiburan Online kongsikan foto-foto pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang kini sedang mengerjakan umrah sempena mengambil keberkatan bulan ramadan yang mulia ini. 
 
Turut sama mengerjakan umrah bersama pasangan ini adalah rakan seperjuangan, Safee Sali dan isteri. 
 
Semoga pasangan ini selamat mengerjakan umrah dan apa yang dihajati oleh pasangan ini tercapai. - Sumber Media Hiburan




Rita Rudaini Maki Aidil Zafuan





  • 'Lepas kahwin, dia lupa janji'!
1 / 1
“SAYA memang pantang kalau ada orang main-mainkan perasaan anak-anak saya. Dia ingat anak-anak saya tu anak patung?

“Sebelum ini dia pernah berjanji dan bersumpah untuk tebus kesalahannya terhadap anak-anak, tapi lepas berkahwin dia mula lupa semua tanggungjawab dia,” itulah luahan hati pelakon, Rita Rudaini terhadap sikap bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang lupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Kesal dengan sikap Aidil, Rita akui kecewa dan marah kerana tindakan bekas suaminya itu seolah-olah mempermainkan perasaan ke dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 3.

“Sebelum dua minggu berkahwin, dia ada menghubungi saya untuk meminta izin bertemu anak-anak kami.

Ketika itu dia juga ada berkata mahu menebus segala kesilapan terhadap anak-anak.

“Ketika itu saya bercakap dengannya kenapa perlu dia bertanya seperti itu sedangkan itulah tanggungjawabnya dia.

“Saya tidak menghalang kerana saya fikir itulah peluang yang terbaik untuk anak-anak mengenalinya tambahan pula mereka sedang membesar tapi tidak kenal siapa bapa mereka,” jelasnya ketika ditemui pada pada majlis Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9, bertempat di hotel One World, Damansara, kelmarin.

Kata Rita, dalam masa dua minggu itu, dia gembira melihat Arjuna dan Rayyan mula mengenali bapanya.

“Ketika itu setiap hari Aidil datang ke rumah tidur bersama dengan anak-anak.

“Sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak-anak saya gembira dan mula kenal ‘daddy’ mereka.

“Bila budak-budak itu sudah rapat, boleh pula dia tinggalkan macam itu sahaja dan itu buat saya kesal dan marah,” tegasnya.

Memandangkan Aidil telah mempermainkan perasaan anak-anaknya, Rita akui tidak lagi mempercayai kata-kata Aidil jika dia kembali untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Sumpah dan janji dia memang tidak boleh dipercayai lagi.

“Lepas ini kalau dia nak jumpa anak-anak, pandai-pandailah dia fikir sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dalam drama bersiri di TV3 sempena Ramadan ini, Azam Ramadan Su yang bakal disiarkan pada 23 Jun depan. Dia juga akan akan membintangi telefilem Syawal di TV9, Pontianak Teng Teng pada raya pertama kelak.



Rita Rudaini Serang Isteri Baru Aidil Zafuan





  • Rita Rudaini Rita Rudaini
1 / 1
KURANG 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.

Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.

Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.

"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian.  Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak.  Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain.  Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini.  Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," jelas Rita.


Bersumpah
 

Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.

"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak.  Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya.  Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya.  Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya.  Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.  Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.

"Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat.  Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya.  Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya," ujar Rita lagi.


Sebab Tak Balas Mesej

Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.

"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak.  Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya.  Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam.  Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil.  Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya," ujarnya lagi.


Sikap Zarema

Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.

"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain.  Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan.  Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan," ujar Rita lagi.

Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya," kata Rita.

Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya.  Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," ungkap Rita lagi. - MH Online



Rita Rudaini Benci Bekas Suami






Pelakon Rita Rudaini tidak membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya.
Menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan Aidil, Rita juga tidak menolak berasa kecewa dengan bekas suaminya kerana mendakwa Aidil langsung tidak pernah menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin.
“Orang yang memisahkan anak saya daripada bapa mereka tidak layak pegang anak saya.”
“Semua orang tahu apa yang berlaku sewaktu saya masih menjadi isterinya, jadi dia tidak layak untuk bergelar ibu kepada anak-anak saya,” katanya ketika ditemui pada Kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 dan TV9, di sini semalam.
Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, dia juga difahamkan Zarema sudah menyekat nombornya di dua aplikasi telefon Aidil iaitu WeChat dan WhatsApp.
Memandangkan sebelum ini kedua-dua aplikasi itu digunakan Rita untuk menghubungi Aidil bagi menyampaikan keadaan terkini anak-anak mereka, kini dia dan Aidil tidak lagi dapat berhubung.
“Sebelum ini Aidil yang minta saya memuat turun aplikasi WeChat, katanya senang mahu buat panggilan video dengan anak-anak. Bila saya sudah memuat turun dia sekat pula, jadi saya tanya Aidil dan dia beritahu apa yang berlaku.
“Memang saya sedih, sebelum ini dia (Aidil) sudah berjanji untuk bertanggungjawab dengan anak-anak. Tetapi tetap sama, saya sudah lali dengan janji-janji dia. Memang saya marah setiap kali anak saya tanya mana Daddy mereka, sebab saya yang ajar mereka mengenali siapa Aidil,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia