Showing posts with label Tunku Mahkota Johor. Show all posts
Showing posts with label Tunku Mahkota Johor. Show all posts

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT KE BANGKOK, THAILAND | 16HB JANUARI 2016

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT KE BANGKOK, THAILAND | 16HB JANUARI 2016
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Bangkok, Thailand pada 16hb Januari 2016 dari Lapangan Terbang Senai bagi menyaksikan perlawanan pra-musim kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim yang akan menentang Chonburi FC. Perlawanan persahabatan tersebut yang dijadualkan pada 17hb Januari selain Big Bang Chulalongkorn University FC dua hari berikutnya adalah sebahagian daripada persiapan JDT menjelang perlawanan kelayakan Juara-Juara Liga Asia (ACL) serta Liga Malaysia dan kehadiran baginda pastinya untuk melihat sendiri prestasi kelab bolasepak JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

KEMASKINI: Inter Johor Firms Dibubarkan Dek Tragedi Vietnam Dipukul Penyokong Harimau Malaya Dari Johor Sampai Berdarah






INTER JOHOR FIRM DIBUBARKAN SECARA RASMI



RAMAI PENYOKONG VIETNAM KENA BELASAH SAMPAI BERDARAH



 





 


KUMPULAN INTER JOHOR FIRMS TIDAK DIIKTIRAF SELAKU WARGA JOHOR KERANA KAMI TIDAK MENERIMA "HOOLIGANS"
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat keputusan untuk mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang menamakan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor.
PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".



 
 



Tunku Mahktota Johor Berkenan Mencemar Duli Bujang Senang






DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkenan mencemar duli untuk berjumpa dengan para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum mereka berangkat ke Sarawak. Baginda turut memberikan kata-kata semangat dan peransang buat para pemain dan harapan agar mereka pulang membawa kejayaan. Ayuh Johor.
Hidup Johor Demi Johor
Li ·