Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

3 Juta Tempat Duduk PERCUMA Ditawarkan AirAsia






Kepada anda yang menanti peluang untuk bercuti atau sedang mencari tambang murah ke luar negara mahu pun destinasi tempatan, AirAsia mulai hari kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma untuk semua destinasi.
Tawaran tiga juta tempat duduk percuma yang melibatkan semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ini dibuka untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.
AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma - ROTIKAYA
Promosi dibuka untuk tempahan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa daripada serendah RM229 untuk perjalanan jarak jauh bermula 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015.
Anda boleh mula menempah tempat duduk percuma anda mulai sekarang di laman rasmi AirAsia. Jom! - Sumber ROTIKAYA




Pejuang Islam Dari Indonesia Menyerang Syria






Gambar fail bertarikh 9 Jun 2013 menunjukkan anggota militan Indonesia yang mendakwa sanggup berperang di Syria, mempamerkan teknik pertahanan diri pada satu pertunjukan di Solo, Jawa Tengah. - AGENSI
JAKARTA 26 Jun - Kira-kira 56 warganegara Indonesia dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria, walaupun jumlah sebenarnya dijangka lebih tinggi, lapor Reuters hari ini.
Perkara itu didedahkan oleh jurukamera agensi berita tersebut yang bertemu empat rakyat negara ini yang lengkap bersenjata serta memakai kain penutup muka di negara bergolak tersebut, baru-baru ini.
Mereka yang bertutur dialek Indonesia bercampur bahasa Arab memperkenalkan diri sebagai seorang bekas anggota tentera, ahli perniagaan, pelajar kolej dan seorang remaja lelaki.
Malah, mereka turut menyeru rakyat Indonesia menyertai 'perjuangan' di bumi Syria.
"Saudaraku di Indonesia, jangan gentar kerana rasa takut hanyalah godaan syaitan," kata seorang daripada mereka menerusi satu video di YouTube yang telah pun dipadamkan.
Menurut firma keselamatan strategik, The Soufan Group, kebanyakan anggota militan asing di Syria terdiri daripada rakyat Arab Saudi, Tunisia, Maghribi dan Rusia.
Pegawai firma itu menyatakan, kira-kira 236 anggota militan dari Australia, Malaysia dan Indonesia menyumbang sembilan peratus kepada jumlah tersebut.
Institut Analisis Polisi dan Konflik (IPAC) di Jakarta pada Januari lalu menerusi satu laporan menyatakan, krisis di Syria telah menggalakkan anggota pelampau di negara ini menyertai 'perjuangan' di negara Asia Barat tersebut.
Beberapa perhimpunan pro-Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) turut berjaya menarik penyertaan ramai di Indonesia, di mana sokongan dan proses merekrut anggota militan asing dibenarkan.
Pihak berkuasa Indonesia kini bimbang, penyertaan rakyatnya dalam kegiatan militan di Syria boleh menyemarakkan kembali gerakan radikal di Indonesia yang berdepan tindakan kekerasan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
"Indonesia berdepan cabaran terbesar berhubung hal ini. Apabila anggota kumpulan itu pulang, mereka boleh membawa pengaruh negatif," kata seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali.- REUTERS




Angelia Jolie Tiada Buah Dada





Kini Trending
Angelina Jolie Buang Payudara Untuk Elak Kanser
Bukan mudah bagi seorang wanita untuk membuang sesuatu dari mereka, apa lagi apabila ia merupakan simbol kejelitaan dan keyakinan seorang wanita, payudara mereka.
Namun itulah yang terpaksa ditanggung oleh pelakon popular, Angelina Jolie. Selebriti berusia 37 tahun ini mengambil keputusan untuk membuang payudaranya selepas keputusan ujian DNA-nya menunjukkan dia mempunyai gen kanser jenis BRCA1. Gen ini diketahui mampu menyebabkan Angelina menghidap kanser payudara dan juga kanser ovari.
Namun, keputusan yang diambil Angelina ini bukan saja menjadi perhatian peminat, malah rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan apabila aktress ini dengan beraninya mendedahkan pada umum tentang pembedahan yang dilaluinya. - Sumber OhBulan



Polis Korea serbu tempat persembunyian pemilik feri karam






Polis Korea serbu tempat persembunyian pemilik feri karam AHLI keluarga penumpang kapal feri Sewol berasak dengan pegawai keselamatan (kanan), ketika cuba untuk menghadiri perbicaraan anak kapal feri itu di Mahkamah Daerah Gwangju di Gwangju, hari ini. - Foto Reuters
SEOUL: Ribuan anggota polis Korea Selatan dikerah menyerbu ke kawasan satu kumpulan serpihan ajaran Kristian hari ini dalam memburu seorang ahli perniagaan yang dikehendaki berhubung tragedi feri karam, pada April lalu.

Laporan secara langsung televisyen menunjukkan pegawai dan anggota polis yang sebahagiannya lengkap memakai pakaian anti-rusuhan, mengepung kawasan kompleks yang menempatkan gereja dan ladang kira-kira jam 8 pagi di Anseong, 80 kilometer di selatan Seoul.- Kredit BH




Ahmad Dhani Dimarahi Gitaris Queen Curi Lagu






Belum Ijin Pakai Lagu, Ahmad Dhani Kena Tegur Gitaris Queen
Jangan asal comot lagu orang, bro! Kayak Ahmad Dhani yang kena tegur gitaris Queen, Brian May, gara-gara memakai lagu We Will Rock You untuk mendukung capres.
penulis: Ega Hai
Musisi Ahmad Dhani kena "tegur" gitaris Queen, Brian May. Pasalnya, lagu gubahannya dari We Will Rock You untuk mendukung calon presiden dan wakil presiden Prabowo-Hatta tidak memiliki ijin dari Queen, sang empu lagu tersebut.
Hal itu dilontarkan langsung oleh Brian melalui akun Twitter-nya.
"Yes  Ahmad Dhani skinhead imagery http://youtu.be/tpbqIuY8nVo  of course this is completely unauthorised by us. Bri," tulis Brian, Rabu (25/6).
Dalam lagu yang diaransemen ulang tersebut, Ahmad Dhani menyanyikannya bersama jagoan-jagoan Indonesian Idol, seperti Husein, Virza, dan Nowela. Video klip tersebut diunggah di YouTube pada 19 Juni 2014.- Sumber Hai





Rambut Cristiano Ronaldo Kena Tobek






Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.Untuk pengetahuan semua,fesyen rambut zig-zag beliau mempunyai maksud tertentu Photo: Fesyen rambut zig-zag Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ramai ketika kempen Piala Dunia ketika ini dan ramai yang menyangka ia adalah fesyen terbaru pemain tersebut.Untuk pengetahuan semua,fesyen rambut zig-zag beliau mempunyai maksud tertentu.Nak tahu apa maksudnya?Jom ketahuinya di......http://bit.ly/1wqtYfI

[IKLAN] Harga Promosi , servis naikkan like untuk 1000 hanya RM60! Jika berminat sila PM saya disini http://on.fb.me/1cTDZfh

IKLAN: Promosi tayar baru dan 2nd SUPERBIKE dari pelbagai model bermula dengan harga RM100 sahaja di https://www.facebook.com/speedbikestore

AR



Israel Tercalar Maruah

Terowong rahsia Israel
Gaza sekali lagi diserang di dalam siri penjajahan negara Palestin yang telah dan sedang dilakukan secara terancang dan sistematik. Pihak musuh tidak pernah berpuas hati apabila wilayah kecil yang telah dikepung sejak tahun 2007 ini tidak pernah menyerah kalah miski pun sekatan secara total telah diperketatkan lagi selepas penggulingan Morsi sebagai Presiden Mesir yang telah diikuti dengan penutupan ‘Rafah Gate’.
Maruah mereka semakin terlondeh apabila pihak atasan tentera Israel baru-baru ini mengakui bahawa mereka telah menemui terowong rahsia ke dua yang telah digali dan dikawal oleh Hamas dari Semenanjung Gaza ke Israel (Palestine-1948).
Mereka tidak menafikan tentang kemahiran Hamas untuk membina ratusan terowong yang canggih di antara sempadan Rafah (Mesir) dan Gaza. Namun pembinaan terowong rahsia daripada Gaza ke dalam Israel yang berkepanjangan beberapa kilometer adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ternyata bahawa kecanggihan sistem keselamatan Israel semakin tercabar.
tunnel-Khan-Younis
Salah seorang pegawai atasan tenteranya yang Brig. Jeneral Yoav Mordechai mengesahkan bahawa mereka telah memusnah terowong pertama dan yang ke dua tersebut baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan mereka adalah kerana mereka mendapati bahawa terowong-terowong itu juga turut menggunakan bekalan simen dan besi daripada Israel. Dia turut memberi amaran bahawa kawasan di sekitar terowong tersebut adalah berbahaya dan “ancamannya yang masih berlaku.”
Hamas pernah menggali dan menggunakan terowong ke Israel sebelum ini pada 2006 dan berjaya menyelinap masuk ke dalam Israel. Mereka berjaya membunuh dua tentera Israel dan menculik anggota yang ke tiga iaitu Gilad Schalit yang telah dijadikan tebusan selama lima tahun sehingga 2011.
Gilad Shalit telah dibebaskan setelah ditukarkan dengan seramai 1018 orang Palestin yang menjadi tahanan rejim Israel.
Penjumpaan terowong rahsia yang ke dua membuktikan bahawa Hamas mempunyai keupayaan yang sangat luar biasa bagi menembusi kecanggihan sistem ketenteraan Israel yang dikatakan sebagai sistem ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah.
Ternyata bahawa kelemahan sistem Israel ini masih boleh dilondehkan di sana sini melalui pelbagai strategi yang disusun oleh pihak lawannya.
“Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan.” (Surah Ali Imran, 3:54).
Sumber: IslamItuIndah