
Pelakon dan pengacara Irma Hasmie teruja apabila doktor mengesahkan
dia dan suaminya, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan bakal menimang seorang
bayi perempuan.
Irma,
32, berkata, sejak mengetahui hamil buat kali kedua pada akhir tahun
lalu, dia memang mengimpikan untuk mendapat anak perempuan dan bersyukur
doanya dimakbulkan Tuhan.“Mula-mula
saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini
masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor
mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.“Saya
paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat
anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini
saya sudah dapat anak lelaki,” katanya kepada mStar Online.
Irma ditemui pada majlis pelancaran Program
Ramadan TV Al-Hijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
di sini, Selasa.
Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.Dalam
pada itu Irma berkata, biarpun teruja namun persiapan bagi menyambut
kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dibuat secara sederhana.Kata Irma, barangan anak lelakinya, Redza Syah Irfhan, yang kini berusia setahun masih elok dan boleh lagi digunakan.“Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan.“Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja,” ujarnya.Dalam
pada itu Irma berkata, biarpun tarikh dia dijangka bersalin semakin
hampir namun itu tidak menghalangnya daripada terus aktif sebagai hos
program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah.Menurut Irma, kemunculan sebagai hos program bual bicara itu tidak membebankan dan jadual tugasnya juga fleksibel.“Alhamdulillah
setakat ini masih ada kekuatan untuk bekerja dan ia sebenarnya membantu
saya supaya bergerak aktif selain menjaga anak sulung.“Biasalah jika kadang-kadang berasa penat kerana berbadan dua tetapi itu tidak menjadi halangan buat saya,” jelasnya. Dalam
perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan
Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah
yang direkanya sendiri.Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan.
SUMBER:
mStar Online