Showing posts with label cium. Show all posts
Showing posts with label cium. Show all posts

Nabil Cium Uqasha Senrose






Siapakah Gadis itu, Mungkin itu kisah lama tetapi para peminat masih segar dengan kontroversi tersebut. Kini nama Uqasha Senrose, 21, mungkin masih terlalu baru berbanding adiknya, Nelydia Senrose yang terlebih dulu dikenali sebagai pelakon. Nelydia mula dikenali melalui siri Spa Q dan terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3.

Untungnya bergelar gadis cantik, Uqasha lebih dulu berpeluang berlakon filem apabila diberi kepercayaan membintangi Bencinta berganding pula dengan pelakon popular seperti Nora Danish, Farid Kamil, Fezrul Khan dan Zalif Sidek. Filem arahan Eyra Rahman kini dalam proses penggambaran di Langkawi, Kedah. Bertemu Uqasha di lokasi Bencinta, katanya, peluang menjadi pelakon datang apabila menyertai keluarga MIG Talent, awal Disember lalu.

Uqasha melihat ini sebagai satu platform untuknya melangkah jauh dalam bidang seni dan sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pramugari AirAsia pada November lalu untuk mencuba sesuatu yang diminati.

“Sebelum ini ada tawaran dari MIG Pictures tetapi ketika itu saya tidak dapat terima kerana masih bekerja. Saya tolak dengan baik untuk memberi masa berfikir panjang. Lebih kurang dua bulan saya fikirkan untuk terima atau tidak tawaran itu. Selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya saya terima,” katanya memulakan cerita.

Uqasha yang mempunyai wajah seiras Nelydia mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu apabila nama adiknya lebih dikenali. Katanya, dia bangga apabila orang mengenali adiknya dan kini gilirannya pula. “Memang saya ada menyimpan hasrat untuk bergelar pelakon. Tidak seharusnya saya cemburu dengan pencapaian adik kerana itu semua rezeki masing-masing.

“Nely menyokong kuat keinginan saya menjadi pelakon dan banyak membantu dari segi lakonan. Dia sering berkongsi cerita dan pengalaman sebagai pelakon. “Dari situ saya belajar banyak benda. Saya tidak mahu berlakon tanpa ilmu dan untuk berjaya, kita kena banyak belajar dari orang berpengalaman,” katanya.

Walaupun baru menceburi lakonan, sebenarnya nama Uqasha pernah menjadi sebutan apabila dikaitkan kontroversi bercium dengan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad. Sejak itu, akui Uqasha, ke mana saja dia pergi orang menggelarnya Uqasha Nabil.

Walaupun cerita itu sudah basi dan tidak mahu ingin diingat lagi, Uqasha tidak mampu menghalang cakap orang yang masih menggelarnya dengan panggilan itu.

“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dia. Biar orang kenal saya kerana bakat dalam bidang lakonan, bukan dibayangi peristiwa lampau. “Bukan mudah berjaya dalam hidup dan mengejar impian. Banyak dugaan perlu dilalui dan aya tidak mahu hidup terus dipalit cerita tidak elok.

“Biar gosip datang dalam bentuk sihat dan sedap didengar. Saya mahu terus berada di dalam industri ini atas kaki sendiri,” katanya.

Pelajar jurusan perniagaan ini juga akui, selepas apa yang berlaku dulu, dia lebih berhati-hati memilih kawan kerana bimbang pisang berbuah dua kali. - Sumber Just Good Info 



Nora Danish Buat Kuku Raya Langgar Hukum Islam










Ciuman Izara Aishah Yang Mengghairahkan






Photo: Izara Aishah jadi wajah baru Shiseido ULTIMUNE :)

Izara Aishah jadi wajah baru Shiseido ULTIMUNE



Leila Hatami Cium Glles Jacob





Pelakon Iran cium pengarah cetus kontroversi
TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob.

Tindakan beliau dianggap mencemarkan “kesucian” Islam.
“Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia,” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB.

“Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami,” katanya.

Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran.

Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI


Ciuman Bibir Merah Emma Maembong Mengkhayalkan Zizan Razak Sampai Habis Duit Syarikat





#77 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYAPengarah Urusan Wireframe Entertainement, Marina Juki semalam mengadakan sidang media khas untuk menerangkan sebenarnya apa yang terjadi bersama peguamnya Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana selain juruaudit syarikat tersebut.
Laporan Sinar Harian hari ini ada menyebut secara lengkap imbasan bagaimana semua ini boleh terjadi yang bermula sekitar Februari lalu apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Emma Maembong akan disingkir kerana sering membawa masalah.
Ianya berterusan apabila Zizan Razak berhijrah ke bawah pengurusan pihak Astro walaupun beliau memilii syarikat pengurusan sendiri. Pengakuan Marina Juki dalam bibit bibit akhir laporan tersebut menarik perhatian kami. Ianya melibatkan Emma Maembong, lagi.
“Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu”
“Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang. Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu”
“Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama. Tapi dek kerana salah faham itu saya dan Zizan sudah tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera,“ ujar Marina Juki menahan sebak. (rtky/m)



Keith Foo Cium Kim Raymon Di Publika Disaksikan Alia Busmamam






keith
Jika sebelum ini, pelakon Keith Foo ada menafikan dirinya bakal bertunang, namun menerusi foto yang dimuat naik oleh pereka fesyen Alia Bastamam, Keith dilaporkan telah melangsungkan majlis pertunangan bersama wanita pilihannya, Kim Raymond pada 24 Jun lalu. 
 
"Kim and Keith are engaged! Congratulations to KL's most gorgeous couple. We can't wait for the big day you guys" tulis Alia pada kapsyen gambar tersebut. 
 
Sebelum ini, Media Hiburan Online ada melaporkan pasangan ini akan melangsungkan majlis pertunangan pada 24 Jun bertempat di Publika. Tahniah buat Keith dan Kim!



Fouziah Gous Cium Suami di Paris






Fouziah Gous & suami di depan menara Eiffel. Untungg