Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Yoshi Sudarso Rakyat Indonesia Jadi Pelakon Power Rangers Biru






Kami sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan siri superhero Power Rangers ini namun berita ini berjaya menarik perhatian kami kerana ianya terasa seakan dekat dengan kita, sedekat Indonesia.
Yoshi Sudarso, The First Indonesian Power Rangers Actor - ROTIKAYA
Berita barik buat para peminat Power Rangers (atau ibu bapa kepada peminat Power Rangers), siri terbaru Power Rangers akan diterbitkan tidak lama lagi dan diwujudkan semenjak tahun 1980′an, siri superhero ini bukan asing untuk kita semua.
Dalam siri terbaru itu, seorang pelakon Indonedia bernama Yoshi Sudarso telah terpilih untuk memegang salah satu watak hero dan akan mengenakan sut biru bernama Koda (Dino Charge).
“Today I fulfilled my childhood dream. I’ve done the suit acting for ranger for the past 2/3 years and never thought I would be the actual actor. I’m so excited to be the new blue Dino Charge ranger,” kongsi pelakon itu menerusi akaun Facebook beliau.
10620509_764390900273146_8949560107222913215_n
Yoshi Sudarso telah tinggal di Amerika Syarikat sejak tahun 1997 dan sebelum ini pun pelakon itu sudah terpilih untuk membintangi watak dalam filem Hollywood seperti The Maze Runner (2014) dan Most Wanted (2011). Siri terbaru Power Rangers: Dino Charge ini akan mula ditayangkan sekitar tahun 2015 kelak. - Sumber ROTIKAYA




Ultraman Mebius Datang Kuala Lumpur Cari Ayah






Ultraman Mebius ketika mengadakan lawatan ke Menara Star, Petaling Jaya, Selasa.
DIANGGAP sebagai 'superhero' yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa, pasti setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk melihat adiwira sanjungan mereka berada di depan mata.

Imaginasi kanak-kanak itu kini dapat direalisasikan oleh ibu bapa dengan membawa anak mereka bertemu dengan Ultraman Mebius di pusat beli-belah KL Festival City yang ditampilkan khas sempena musim cuti sekolah dan sambutan Hari Bapa.

"Adiwira atau 'superhero' sering dikaitkan sebagai pelindung dan penyelamat dunia, justeru kita bawakan Ultraman Mebius untuk menyampaikan mesej sebenar tentang superhero kepada kanak-kanak.

"Pengalaman bertemu Ultraman Mebius secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada kanak-kanak bahawa bapa mereka adalah 'superhero' dan pelindung sebenar dalam kehidupan mereka," kata Pengurus Pemasaran Festival City Sdn Bhd, Too Yee Ping yang mengadakan lawatan ke Menara The Star sempena kempen 'My Super Hero Dad'.-Sumber MSTAR