Showing posts with label lagenda budak setan. Show all posts
Showing posts with label lagenda budak setan. Show all posts

Zaquan Adha Mengamuk Dengan Iqram Dinzly Kerana Ayu Raudhah






Oleh RotiKaya Staff pada
09 September 2014, 5:09PM
Satu lagi kes cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem. Jika sebelum ini kita semua dengar akan kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.
BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil
Namun bukanlah Farid Kamil, tetapi Zaquan Adha yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem yang bakal ke pawagam Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah berlakon bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.
Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.
#03 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sesekali sama dengan bermain bola sepak — merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha.
#02 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
#01 Mengamuk Di Twitter, Zaquan Adha Cemburu Gandingan Ayu Raudhah & Iqram Dinzly - ROTIKAYA
Apa cerita? (rtky/m) - SUMBER ROTIKAYA




Lagenda Budak Setan 3 Lahirkan Lebih Banyak Syaitan






Dalam pada itu, Farid berkata, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu namun menganggap ia adalah perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga mereka.


mStar Default Image
Farid (kanan) bersama barisan pelakon dan juga mereka yang terlibat dalam filem Lagenda Budak Setan 3.

Jelas Farid lagi, dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran pada masa hadapan.

"Saya tidak salahkan dia kerana biasalah, wanita berhak mempunyai sedikit perasaan cemburu terhadap suami mereka.

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut dan kita juga masih baharu dalam perkahwinan jadi ia satu proses pembelajaran buat kami berdua," jelasnya.

Sementara itu, Farid berkata, kejadian tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya seninya tambahan pula pihak MIG telah pun menjelaskan perkara itu.

Namun Farid tidak menolak tanggapan kejadian itu sedikit sebanyak memberi promosi percuma kepada filem Pengantin Malam yang sedang ditayangkan di pawagam. - Kredit MSTAR