Showing posts with label mahathir. Show all posts
Showing posts with label mahathir. Show all posts

MAHATHIR: Melayu Merayu Kuasa 2020






Dr Mahathir (tengah) sempat melayan permintaan untuk bergambar kenangan 'wefie' bersama sebahagian daripada peserta Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA'14) selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Halatuju Melayu Islam Menjelang Wawasan 2020' di Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara, di ibu negara, Sabtu.
 
 
KUALA LUMPUR: Orang Melayu yang memperkenalkan konsep perkongsian kuasa dengan kaum lain akhirnya akan menjadi lemah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikutan itu, bekas perdana menteri itu menggesa masyarakat supaya belajar daripada kesalahan lampau dan tidak mengambil mudah bagi memastikan mereka tidak kehilangan kuasa politik pada masa depan.
Beliau juga memberi amaran bahawa golongan Melayu akan ketinggalan walaupun negara terus mencapai status negara berpendapatan tinggi.
"Walaupun kita (Melayu) merangkumi 60 peratus populasi yang sekali gus menjadikan kita majoriti, tetapi kita masih dibahagikan kepada tiga parti politik.
"Dengan itu, kita tidak dapat memperoleh majoriti kukuh dalam kerajaan kerana untuk mendapat sokongan majoriti, parti politik Melayu terpaksa merayu sokongan bukan Melayu, terutama kaum Cina.
"Hanya untuk memenangi pilihan raya, sama ada Umno, PAS atau PKR, mereka perlu merayu kepada DAP untuk mendapat undi," katanya pada Konvensyen Kepimpinan Belia Nasional Nusantara pada Sabtu.
Katanya lagi, apabila orang Melayu menjadi peminta sedekah, tentu sekali tidak akan berkuasa.
"Peminta sedekah tidak ada kuasa politik," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu untuk mematuhi asas Islam bagi mengubah nasib bangsa.




Mahathir Desak Rakyat Boikot Produk Israel








Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali telah mengajak seluruh dunia yang mementingkan keadilan untuk memboikot sebarang urusan perniagaan dengan Israel.

Menurut beliau, Israel merupakan negara yang tidak bermoral dan diluar batasan undang-undang manusia.

"Saya rasa seluruh dunia yang pentingkan keadilan patut boikot daripada menjalankan urusan perniagaan dengan Israel," katanya yang dipetik di blog miliknya, Chedet dalam entri bertajuk 'BOYCOTT ISRAELI PRODUCTS' pada 10 Februari 2014 lalu.

Dr. Mahathir menyentuh soal ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin.

"Israel bina dinding tinggi di atas tanah dan kampung milik Palestin yang memisahkan antara keluarga Palestin.

"Penduduk Palestin tidak ada hak atas tanah mereka sendiri," katanya.

Menurut beliau, pro-Israel mendakwa tindakan memboikot produk Israel adalah satu kesalahan.

"Bagaimana pula sekatan Israel Gaza yang mengakibatkan tentera laut Israel menghentikan kapal bantuan di perairan antarabangsa dan membunuh sembilan pekerja kemanusiaan Turki?

"Ini terang-terang melanggar undang-undang antarabangsa. Jika Israel boleh buat, kenapa tidak yang berjuang untuk ketidakadilan memboikot barangan Israel?," katanya.




Mulut Dr Mahathir Masuk Lalat Beramai-ramai








Norini Sulaiman Masa tun jadi pm dulu ramai org mengutuk berbakul2 ttp org tak sedar he is an intelligent,smart,brave and optimistic person,satu dlm sejuta, seiring dgn ilmuan 2 terkenal

Sumber : ROTIKAYA