
Terkejut
bukan? Tiba-tiba saja Mr Os yang memang dikenali sebagai pelawak mahu
muncul dengan lagu single yang baru. Bagi yang tidak tahu, Mr Os sebelum
ini pernah popular dengan lagu ‘Durian’.
Mungkin sudah sampai masanya, menurut
Murai,
sekarang Mr Os sendiri sudah jarang membawa teksi untuk mencari
pendapatan. Selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega, Mr Os dilihat
semakin laku dan banyak menghiasi program-program di kaca TV.
Kini, Mr Os dikhabarkan akan berduet dengan kumpulan indie,
Marionexxes, yang bagi OHBULAN! mungkin akan menjadi sebuah gabungan
yang baik selepas menonton video Marionexxes, “Harimau Malaya”. Masih
tidak dapat dipastikan genre apakah yang bakal dibawa, dijangkakan
mungkin ada unsur komedi yang akan diselitkan.
Apa pun, jom tonton video selepas ini ya.
Sumber: OhBulan.com