Showing posts with label sms. Show all posts
Showing posts with label sms. Show all posts

Pemuzik 60 Tahun Freddie Aguilar Nak Kahwin Dengan Anak Dara 16 Tahun






Manila: Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.
Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang. Menurutnya, dia tidak sempat untuk bercakap dengan remaja itu tetapi hanya dapat memberikan kad namanya.

Beberapa hari kemudian, remaja terbabit menghantarnya mesej pesanan ringkas (SMS) dan bermula dari situ hubungan pun terjalin antara mereka.
FotoFOTO menunjukkan kemesraan yang terjalin antara Aguilar dan kekasih remajanya.

Aguilar berkata, walaupun dia sudah berusia 60 tahun, tetapi hubungan mereka mengikut perkembangan gaya hidup moden kerana masing-masing gemar menghantar SMS.

Sepanjang mereka berkawan, penyanyi itu tidak pernah sekali pun bertanya usia kekasihnya itu.

“Bukan cara saya. Malah perbuatan itu juga dianggap biadab kepada wanita untuk bertanya usianya,” katanya.

Aguilar berkata, dia mendapat ketabahan untuk bertanya kepada remaja itu sama ada sudi untuk menjadi kekasihnya menerusi SMS.

Bagaimanapun remaja itu tidak segera menjawab pertanyaan Aguilar, tetapi selepas beberapa hari berikutnya baru dia bersetuju untuk menjadi kekasih hati penyanyi terbabit.

Selepas mendapat jawapan positif daripada remaja itu baru Aguilar bertanya mengenai usia sebenarnya.

Apabila mendapat tahu usia sebenar kekasihnya itu, Aguilar yang terkejut merasakan hubungan mereka mungkin tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap remaja itu, Aguilar memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapa kekasihnya bagi mendapatkan restu mereka.

Katanya, dia bercadang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dua tahun lagi.




SMS Cabut Nyawa






Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu.
Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

“Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.
Foto LAN menunjukkan mesej ugutan bunuh yang dihantar along.

“Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

“Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda.

“Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

“Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini.

“Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang. - Sumber MyMetro




MARIONEXXES dan Mr. Os Bakal Berduet


Mr Os & Marionexxes Bakal Terbitkan Single BaruTerkejut bukan? Tiba-tiba saja Mr Os yang memang dikenali sebagai pelawak mahu muncul dengan lagu single yang baru. Bagi yang tidak tahu, Mr Os sebelum ini pernah popular dengan lagu ‘Durian’.
Mungkin sudah sampai masanya, menurut Murai, sekarang Mr Os sendiri sudah jarang membawa teksi untuk mencari pendapatan. Selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega, Mr Os dilihat semakin laku dan banyak menghiasi program-program di kaca TV.
Kini, Mr Os dikhabarkan akan berduet dengan kumpulan indie, Marionexxes, yang bagi OHBULAN! mungkin akan menjadi sebuah gabungan yang baik selepas menonton video Marionexxes, “Harimau Malaya”. Masih tidak dapat dipastikan genre apakah yang bakal dibawa, dijangkakan mungkin ada unsur komedi yang akan diselitkan.
Apa pun, jom tonton video selepas ini ya.

Sumber: OhBulan.com