Showing posts with label poyo. Show all posts
Showing posts with label poyo. Show all posts

Ainan Tasneem Kena Tikam Belakang





Ainan tidak terkejut apabila dituduh bersikap 'tikam belakang' terhadap seorang wakil promoter dan sudah dapat menjangkakan gosip berkenaan bakal tersebar.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.

"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.


Ainan tidak bimbang dengan dakwaan terhadapnya kerana ia tidak benar.

"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.

Penyanyi berusia 22 tahun ini sedang dalam tahun akhir pengajiannya di UniMAP.

Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku  dan individu tersebut  telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini. - Sumber MSTAR



Doa Paling Poyo Rakyat Malaysia






Photo: Mentaliti orang Islam Malaysia bila tak tweet, post di fb, wasap atau wechat pasal Gaza bermakna orang tu tak ambil peduli tentang Gaza. Kebanyakannya ustazah dan ustaz alam maya. Ditambah pula jenis yang suka membezakan. Hal Gaza ni di Malaysia hanya bertahan sekejap sahaja. Macam bermusim.. Bila berlaku insiden yang tersebar di alam maya, baru la nak ambik tau.. Baru la nak berdoa dalam alam maya.. Baru la nak tunjuk ambil berat.. Baru la hot balik isu nak boikot barang yahudi.. Baru la nak like balik page Aman Palestin.. Baru la artis pakai mafla Palestin, baju Palestin balik.. Peniaga pulak boleh jual balik baju dan mafla Love Palestin & Pray4Palestin yg stok lama sebelum isu ni diam balik.. #FACTS

*Pesanan kepada diri sendiri dan seluruh warga alam maya. Mohon Share kepada semua

*Ambil masa 2 minit untuk baca doa dibawah.. Lebih baik baca doa ni dari tulis #Pray4Gaza atau tukar DP Gaza #StartansBerdoa

Mentaliti orang Islam Malaysia bila tak tweet, post di fb, wasap atau wechat pasal Gaza bermakna orang tu tak ambil peduli tentang Gaza. Kebanyakannya ustazah dan ustaz alam maya. Ditambah pula jenis yang suka membezakan. Hal Gaza ni di Malaysia hanya bertahan sekejap sahaja. Macam bermusim.. Bila berlaku insiden yang tersebar di alam maya, baru la nak ambik tau.. Baru la nak berdoa dalam alam maya.. Baru la nak tunjuk ambil berat.. Baru la hot balik isu nak boikot barang yahudi.. Baru la nak like balik page Aman Palestin.. Baru la artis pakai mafla Palestin, baju Palestin balik.. Peniaga pulak boleh jual balik baju dan mafla Love Palestin & Pray4Palestin yg stok lama sebelum isu ni diam balik.. #FACTS

*Pesanan kepada diri sendiri dan seluruh warga alam maya. Mohon Share kepada semua

*Ambil masa 2 minit untuk baca doa dibawah.. Lebih baik baca doa ni dari tulis #Pray4Gaza atau tukar DP Gaza #StartansBerdoa




Semua Artis Wanita Poyo Tutup Buah Dada Di Bulan Puasa






Photo: Alhamdulilah Ramai artis yang Sudan berhijrah semasa Ramadan #hijrah #hijab #artis #hotlipscorner
Feezey Yunus Sekejap je tu