Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Konsert Ambang 2015 Dibatalkan







 
 
PUTRAJAYA: Konsert Ambang 2015 dijadualkan pada malam 31 Dis ini sah dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kumpulan Ambank, menurut PPj.

Dalam laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), perbadanan itu memaklumkan,"Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi laman Facebook PPj memuat naik status bahawa perbincangan akan diadakan dengan Kumpulan Ambank untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Sementara itu kebanyakan pengunjung Facebook berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membatalkan sambutan itu yang antara pengisian utamanya ialah Konsert Ambang 2015.

"Terima kasih PPj kerana mendengar suara hati rakyat. Terima kasih kepada Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat atas keprihatinan dengan memberi pertimbangan semula dan mengambil langkah proaktif selaras dengan kehendak orang ramai," kata Mida Anan Amin.

Wati Ibrahim berkata, "Congratulations for being sensible and decideaccordingly." (Tahniah kerana bersikap bertimbang rasa dan membuat keputusan sewajarnya)  Intan Salina pula berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi banjir yang melanda negara, dengan membatalkan acara sambutan itu.

"Alhamdulillah, gantikan dengan munajat di Dataran Putrajaya atau masjid dan surau di seluruh Putrajaya", cadang Mat Rani.

Mohd Fadli Musa pula mencadangkan pembatalan acara itu boleh digantikan dengan program keagamaan dan solat hajat memohon supaya dijauhkan daripada perkaraburuk.




Alif Satar Hilang Teruna







"Hey everybody.. Meet my extended family:) The Fadzils/ The Freddys/ The Satars!" begitulah kata Alif Satar ketika bergambar di majlis resepsinya dengan Sha Dila di Marina Putrajaya semalam.

Antara tetamu yang hadir di majlis itu ialah beberapa rakan artis seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali, Tomok, Erin Malik, Shahrol Shiro dan ramai lagi.

Mereka berdua telah naik bersanding terlebih dahulu sebelum makan beradab bersama keluarga pihak lelaki. Sejurus kemudian, satu tayangan visual majlis nikah mereka dan beberapa visual yang istimewa telah ditayangkan hingga menyebabkan Alif dan isteri mengalirkan air mata.





Lebih menarik, Alif selepas itu turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu 'Kaulah Segalanya' sebagai kejutan buat Sha Dila.

Untuk info, terdahulu (siang) Alif dan Sha Dila telahpun diraikan dalam sebuah majlis resepsi belah pihak perempuan di tempat yang sama.

Klik gambar untuk size besar
















         ________________________




JAKIM Promosi Jualan Sijil Halal Sempena Ramadhan






(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Dapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu sebelum pengusaha premis makanan atau hotel-hotel mempromosi juadah Ramadan mereka, nasihat Jakim.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata para pengusaha diingatkan agar tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam.

"Ini kerana ungkapan-ungkapan tersebut termasuk dalam takrif halal dan perbuatan menggunakan ungkapan sedemikian dengan sewenang-wenangnya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

"Oleh yang demikian, hanya premis yang mendapat pengesahan pensijilan halal Malaysia oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri sahaja boleh menggunakan ungkapan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau juga menasihatkan para pengguna Islam supaya bijak memilih premis menawarkan bufet Ramadan yang diperakui halal oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.

"Gunakanlah kuasa sebagai pengguna ini sebaiknya dalam memilih premis untuk tujuan berbuka puasa kerana premis yang menawarkan promosi bufet Ramadan dan telah mendapat pensijilan halal ini pastinya telah diperiksa dan dijamin pematuhan halalnya. Ini untuk mengelakkan daripada perkara yang was-was," kata Othman.

Sehubungan itu beliau berkata pada bulan Ramadan, pemantauan lebih tertumpu kepada restoran, premis makanan, dan hotel yang mengadakan promosi berbuka puasa bagi memastikan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut benar-benar mematuhi keperluan perundangan.

Beliau juga menasihatkan premis dan hotel yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia supaya sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan akan dijalankan.

"Sekiranya didapati mereka tidak lagi mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan ke atas mereka tanpa kompromi," katanya.

Othman berkata permohonan pensijilan halal pada dasarnya bersifat sukarela dan sejak 2010 hingga Jun tahun ini, sebanyak 2,151 premis makanan, restoran dan dapur hotel telah mendapat sijil pengesahan halal Malaysia di seluruh negara manakala 358 lagi masih dalam proses untuk mendapatkannya.

"Dalam masa yang sama, sebanyak 351 premis makanan, restoran, dan dapur hotel gagal di peringkat permohonan atas faktor tidak menepati piawaian pensijilan halal Malaysia seperti ramuan kritikal yang tidak mempunyai sijil halal, masalah kebersihan, premis yang menyediakan menu tidak halal dan apa-apa yang diputuskan oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia," katanya.

Othman menambah kata bahawa sebanyak 2,860 permohonan telah diterima daripada premis makanan, restoran dan dapur hotel dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan statistik Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan yang menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan termasuk dapur hotel yang mengadakan promosi bufet Ramadan tahun lepas, Othman berkata empat premis telah dikenakan tindakan penggantungan Sijil Pengesahan Halal, manakala empat premis lain diambil tindakan serta disiasat di bawah APD 2011 dan tujuh premis diberikan amaran.

"Jakim masih memantau pematuhan APD 2011 di premis-premis ini selepas tempoh tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan akta berkenaan sekiranya masih ingkar," katanya.

Othman berkata maklumat premis makanan, restoran dan dapur hotel yang mempunyai sijil pengesahan halal boleh didapati melalui Direktori Halal Malaysia diwww.halal.gov.my.



Anak Istimewa Hilang





KUALA LUMPUR: Remaja istimewa, Ammar Muzakhir yang hilang sejak petang Khamis ditemui di Putrajaya lebih kurang 15 jam selepas beliau dilaporkan hilang.

Bapanya, Mohammad Khuzaini Ismail berkata, anaknya yang berumur 14 tahun itu muncul di rumah saudaranya di Presint 11, Putrajaya lebih kurang pukul 7.15 malam tadi.

"Jiran makciknya di Putrajaya beritahu kami, Ammar datang kerumahnya tetapi tiada orang. Waktu itu, jiran sebelah rumah notis kehadiran Ammar tapi tidak mengetahui bahawa Ammar hilang.

"Dan hari ini Ammar sekali lagi datang kerumah makciknya dan ingin tumpang ke tandas. Kali ini jiran tersebut memberitahu makciknya setelah melihat berita kehilangan Ammar tersebar di laman sosial.

"Jiran tersebut tidak benarkan anak saya keluar dan terus menelefon makciknya.

"Ammar datang dan meminta sejumlah wang untuk tambang pulang kerumah, tapi jiran tersebut tidak benarkan," katanya.

Ammar yang juga anak saudara kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kali terakhir dilihat menaiki LRT dari Gombak.

Nik Nazmi yang sebelum ini menghebahkan berita kehilangan anak kepada kakaknya itu melalui Twitter turut menggunakan jaringan media sosial itu untuk memaklumkan penemuan tersebut.

Sumber: Mstar