Showing posts with label bom. Show all posts
Showing posts with label bom. Show all posts

Bom di Airport Kota Kinabalu


Laporan awal tangkapan Anggota Tentera oleh PDRM Airport Kota Kinabalu kerana bergurau menyatakan ada bom dalam beg bagasi.
1⃣. Tarikh penangkapan: Pada 12 Ogos 16.
2⃣. Lokasi penangkapan: Kaunter A16 Airport KK Sabah
3⃣. Ringkasan Tangkapan: Pada 120855Hrs Ogos 2016. Anggota 115XXXX Kpl Mohd Ridzuan XXX XXXXX dijadualkan untuk menaiki pnrbangan MH2605 yg dijangka berlepas pada jam 1045 untuk menghadiri kursus Penyelia Pengangkutan Kls 1 di PULMAT. Semasa anggota berurusan di Kaunter A16, kakitangan MAS yang brtugas telah bertanya tentang salah satu kandungan dalam beg bagasi kepunyaan anggota tersebut. Anggota telah memberitahu dalam beg tersebut mengandungi bom dengan niat bergurau. Kakitangan MAS yang bertugas kemudiannya telah mengambil tindakan mmbuat laporan polis di Balai Polis Airport KK Sabah. Anggota kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Airport KK Sabah untuk siasatan pihak polis.
4⃣. Butiran penangkapan adalah seperti berikut:
. No. Ten, Pkt dan Nama :
115XXXX Kpl Mohd Ridzuan XXX XXXXX
. Pasukan : PALAPES UMS.
. TMT : 24 Jun 2005.
. TTP : 23 Jun 2020 (15tahun).
. Tarikh Lahir : 27 Jul 84.
. Bangsa : Melayu.
. Agama : Islam.
5⃣. Siasatan kini sedang dipanjangkan ke IPD Karamunsing, KK Sabah. Untuk keputusan samada anggota akan ditahan reman atau dibebaskan dgn ikat jamin polis..

Bom Kedua Dimusnahkan Di Bukit Bintang






Kuala Lumpur: Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.
Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham.

Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.
FotoANGGOTA unit pemusnah bom bersedia meletupkan bom tangan kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun, sebutir bom yang dibaling itu tidak meletup mengelakkan lebih banyak kecederaan atau kematian dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Dr Gan Kong Meng, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira lima minit selepas kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di situ cedera dengan seorang daripada mereka parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pelaku selain menyemak latar belakang mangsa untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan 302 Kanun Keseksaan.

"Kita percaya bom tangan itu dibawa masuk dari negara luar," katanya memberitahu, sebutir bom yang tidak meletup ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry diletupkan oleh unit pemusnah bom PDRM di lokasi kejadian, kira-kira jam 12.35 tengah hari ini.



Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian letupan itu.

"Saya akan meminta PDRM mengeluarkan kenyataan lengkap mengenainya selepas siasatan lengkap dilakukan. Saya fikir operasi dan siasatan kes akan diserahkan kepada polis," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KDN, di Putrajaya. - METRO




Bom Meletup di Bukit Bintang, Seorang Maut, 13 Cedera Parah






Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala 13 lagi cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.
FotoDUA bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan. - MYMETRO




Bom Meletup Dalam Pusat Beli Belah 21 Orang Htam Mati





Penduduk menyaksikan bangunan pusat beli-belah terbakar selepas sebutir bom meletup di Abuja, Nigeria, kelmarin. - AGENSI
ABUJA 26 Jun - Pihak berkuasa Nigeria menahan seorang suspek, manakala seorang lagi suspek mati ditembak selepas satu kejadian letupan bom mengorbankan seramai 21 nyawa di sebuah pusat membeli belah di sini.
Kejadian itu berlaku semalam di Plaza Emab pada pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia), lapor Agensi Pengurusan Hal Kecemasan Negara (NEMA), ketika pengunjung sedang membeli-belah, sejam sebelum perlawanan Piala Dunia antara Nigeria dan Argentina.
"Jumlah mangsa terkorban seramai 21 orang, manakala 17 yang lain cedera," kata jurucakap polis, Frank Mba yang menambah, seorang suspek telah ditangkap.
Dalam pada itu, Pusat Maklumat Kebangsaan melaporkan, suspek kedua telah ditembak mati oleh tentera ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Jurucakap kerajaan, Mike Omari mengesahkan letupan tersebut merupakan serangan bom, namun tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden itu.
"Letupan itu berlaku ketika pusat membeli-belah itu sibuk dan sebanyak 40 kereta turut musnah," katanya.
Pasukan tentera, polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian serta mengepung lokasi tersebut yang terletak di tengah-te-ngah dua pusat membeli-belah.
Seorang anggota tentera yang enggan dikenali memberitahu wartawan, dua suspek cuba melarikan diri ketika ditahan, namun seorang daripada mereka ditembak mati ketika cuba melarikan diri. - AFP



Kejahatan Amerika di Sebalik Tsunami Acheh

Amerika disebalik tsunami Aceh terbongkar


Presiden Persaudaraan Pekerja Muslim Indonesia (PPMI), DR Eggi Sudjana SH Msi menerangkan bahawa bencana yang menimpa Aceh dan sekitarnya bukanlah gempa dan gelombang tsunami yang semulajadi tetapi sebuah gelombang bom termonuklear yang sengaja diletupkan di bawah laut.

Pendapat Eggi tersebut dikemukakan kepada Wawasan dalam dialog seratus hari pemerintahan SBY, di pejabat peguam Taufik SH di Solo. "Melalui pendapat dan analisa yang dikemukakan pakar nuklear bebas dari Australia Joe Vialls, saya bersetuju bahawa ada petunjuk kuat penglibatan Amerika dengan dua kapal perangnya satu diantaranya bernama USS Abraham Lincoln, berada disebalik tragedi itu," katanya.

Menurut Eggi sebelum berlaku bencana, Amerika telah mengeluarkan travel warning kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Indonesia. Persoalan yang lain mengapa kerajaan Indonesia membenarkan dua buah kapal induk masuk ke perairan mereka.

"Ada lain penemuan diragui, CNN selama ini memberitahu bahawa pusat gempa berlaku di pulau We. Sementara yang berlaku gempa bumi tersebut adalah di bahagian pulau Nias dengan kekuatan gempa hanya 5.4 skala richter. Namun yang berlaku adalah sebuah gelombang susulan dengan kekuatan yang lebih dahsyat. Ironinya, syarikat AS Exxon yang ada di sana musnah akibat bencana itu. Sehingga ada menganggap ada senjata pemusnah besar-besaran yang diarahkan ke sana, "jelasnya.

Selepas kejadian itu, tentera AS yang berada di kapal induk USS Abraham Lincoln yang berjumlah 15600 anggota dikerah untuk misi menyelamat. Sementara Kopassus dan Pasukan Reaksi Cepat (PRC) Indonesia yang berfungsi sebagai unit bencana sama sekali tidak diturunkan. Sementara India, Sri Lanka dan Thailand menolak kehadiran tentera asing itu. Televisyen Al Jazeera pernah menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami. Akan tetapi sebuah bom helium.

"Kami mengesyaki India memang sudah tahu akan adanya bencana itu. Kerana negara itu mempunyai pencatat gempa bumi di mana ianya boleh membezakan antara gempa sebenar dan mana gempa buatan. Di India di Tamil Nadu, merupakan pusat nuklear yang telah diketahui dari dulu."

Menurut Eggi, Joe Vialls tahu senjata termonuklear yang diletupkan di bawah laut akan menimbulkan gelombang dahsyat. Jika tsunami, ketinggian gelombang maksimum tidak akan mencapai seperti yang berlaku di Aceh. "Sejarah juga mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh penuh dengan minyak."

Eggi memberitahu, AS ingin mewujudkan pangkalan ketenteraan di Aceh. Hal itu dikuatkan dengan tindakan cepat tentera Amerika menghulurkan bantuan di sana. Aceh juga akan dijadikan rangkaian pasaran bebas perdagangan AS. "Dalam kontek ini, SBY lemah, perisikan kita juga lemah dan juga TNI," jelasnya.

Sumber: Detik Islam