Showing posts with label Bunkface. Show all posts
Showing posts with label Bunkface. Show all posts

Konsert Hari Nbos 2016




Hi BUNKERS, jom santai bersama Bunkface pada 18 Ogos 2016 sempena #harinbos2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Banyak aktiviti & persembahan dari artis² tempatan.
Jumpa disana .
#Bunkface10years #Nbosopenday

I'M Singles Awards di Universiti Kebangsaan Malaysia Mulai Esok






I'M Singles Awards | 2 November 2014 | Universiti Kebangsaan Malaysia
I'M Singles Awards ialah sebuah acara untuk mengiktiraf bakat-bakat muzik independen dari seluruh dunia. Mendapat respon yang baik daripada pelancaran album Indie Music Singles (I'M Singles), lalu pihak penganjur Pentas Aksi bersungguh-sungguh merealisasikannya menjadi sebuah acara mega sambutan meraikan gerakan muzik indie ini.

Perlantikan Duta Baru
Bunkface ialah sebuah band yang telah mendapat pengiktirafan sebagai duta album I'M Singles (Malaysia) edisi pertama pada tahun 2011, sebagai melanjutkan siri yang seterusnya pihak penganjur akan mengumumkan duta baru untuk edisi baru. Siapakah mereka yang dimaksudkan itu? Semuanya akan dijawab di acara I'M Singles Awards pada Ahad, 2hb November 2014 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Para peminat Bunkface, yang dikenali sebagai Bunkers juga telah berpeluang beramah mesra dengan mereka pada hari pertama acara kerana salah satu lagu mereka 'Panik' turut dijadikan trek bonus dalam 51 lagu album ini.

Photo: Terima kasih semua yang hadir Meet & Greet bersama Bunkface! tadi...jumpa lagi esok
Meet & Greet bersama Bunkface, duta album I'M Singles (Malaysia) edisi pertama

Sokongan Ramai Pihak
Apa yang dicetuskan itu jika tiada mendapat perhatian orang ramai, pasti akan terkubur namun projek I'M Singles telah diberikan banyak perhatian kerana ia membangunkan bakat-bakat yang ada untuk diketengahkan ke tahap yang lebih besar. Ianya bersesuaian dengan tema kempen 'Jangan Sia-siakan Bakat Anda, Jauhi Jenayah'. Ramai rakan-rakan industri muzik mengatakan projek ini terbaik, antaranya memetik kata Radhi OAG "ahli muzik indie bersatu wajib disokong tak kira parti kerana ahli muzik juga pengundi di pilihanraya''. Lantas projek album ini telah berjaya menembusi pasaran mainstream dengan lahir penerus legasi muzik ke arus perdana dari kalangan pemuzik indie.

Siri Jelajah Dunia
Walaupun baru diterbitkan, projek ini telah mendapat respon di luar jangkaan dari serata dunia. Antara yang berminat ialah produksi dari Amerika Syarikat iaitu Talent TV Production, mereka bersetuju menyiarkan di media dan menjemput artis-artis dari sana untuk berkolaborasi. Jika diizinkan Allah, bakal berlangsung tidak lama lagi suatu kompilasi I'M Singles versi antarabangsa melibatkan pemuzik indie dari seluruh pelusuk dunia. Cabaran untuk merealisasikan ini juga dihadapi dengan penuh tabah, menurut pengurus Pentas Aksi, Encik Piko mereka telah membuat kajian dasar untuk projek ini sejak 2005 di Universiti Malaya sebelum berani membuka penyertaan kepada khalayak umum.

Photo: Mereka sudah tiba di Kota Lumpur diberi nama Kuala Lumpur, jumpa #KolintangBapontarKids di sana esok!
Dari Tanah Jawa ke Tanah Melayu, dengan seni budaya, dibawakan khas oleh #Bemmagz Indonesia
Anak-anak kecil Kolintang Bapontar Kids diterbangkan khas dari Indonesia

Persembahan Menarik I'M Singles Awards
Jika anda lihat poster acara, anda pasti tidak sabar menantikan sebuah konsert akhir I'M Singles Awards kerana ramai nama-nama gah dalam industri muzik indie Malaysia. Siapa tak kenal OAG? Kumpulan yang meletup sekitar era 90an dengan 60's TV. An Honest Mistake, band campuran bermain muzik pop punk  Kita juga bakal dihiburkan oleh Kolintang Bapontar Kids yang diterbangkan khas oleh Bemmagz dan Profer Management dari kotaraya Jakarta, Indonesia. Kita juga bakal dijamukan dengan Indonesia Fashion Show, seni budaya nusantara serta artis-artis lain seperti Juril Jumali, AMALI, Scarletz Band, MARIONEXXES, kumpulan kata suara terkenal NEGARAKUS, Peristiwa 8 Minit, TheTick dan penampilan artis Taiyuddin Bakar dengan kumpulan ska Moda Moody. Ini pasti meriah.

Moda Moody menampilkan pelakon Taiyuddin Bakar di I'M Singles Awards

www.imsingles.net

Poster:

Photo: Yeah, jumpa esok...muah muah

Sumber: www.pentasaksi.com







Sam Bunkface Akan Berkahwin Tidak Lama Lagi





Sam (kanan) bersama ahli kumpulan Bunkface.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azira jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai.

"Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiga Bunkface berjudul Malam Ini Kita Punya, di The Bee, Publika, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk  perhubungan tersebut.


Sam


Sementara itu, bercerita tentang album ketiganya itu, Sam berkata, keseluruhan lagu ini banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air.

Katanya, pemilihan lagu berjudul Malam Ini Kita Punya sebagai tajuk album adalah kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan menunjukkan kematangan muzik Bunkface.

"Kami biasa akan buat lagu mengikut isu semasa, kali ini banyak lagu adalah tentang industri muzik kita yang sedang merudum sekarang dan tentang perjuangan kami sebagai anak seni.

"Seperti lagu Malam Ini Kita Punya adalah meluahkan tentang kepuasan kami selepas berusaha untuk melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya terutama dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana mereka mempertahankan ahli kumpulan tersebut agar terus kekal, Sam berkata ketiga-tiga mereka saling memerlukan dalam industri seni ini.

Katanya, persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Kami sudah kenal lama ketiga zaman kecil lagi, jadi sudah dapat baca perangai masing-masing. Bohonglah kalau tidak pernah bergaduh tetapi ia tidak sampai menjejaskan kumpulan ini.

"Pada saya kami bertiga ini saling memerlukan untuk berada dalam industri," ujarnya.

Album Malam Ini Kita Punya yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini memuatkan tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu bonus berjudul Anugerah Syawal.

Tujuan buah lagu tersebut ialah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda, Orang Kita, Rentak Laguku, Kembali, Goyang dan Salam. - MSTAR
 



Bunkface Dilayan Macam Sampah Dengan Penganjur Konsert Antarabangsa








Bunkface kesal tindakan penganjur konsert artis luar yang berat sebelah terhadap artis tempatan.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.

"Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.

"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Sam berkata, perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.

"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.

"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, mereka bakal keluar dengan album ketiga berjudul Malam Ini Kita Punya dan akan dilancarkan pada 2 Oktober depan.

Tambahnya, album tersebut bakal menepis tanggapan peminat bahawa kumpulan Bunkface semakin suram.

"Kita akan lancar album ketiga bulan depan selepas dua tahun selepas album kedua dulu. Dalam album itu ada tujuh buah lagu baru termasuk Rentak Laguku.

"Album itu juga akan menjawab tanggapan pendengar dan peminat yang kata kami sudah suram, bagi saya kami sentiasa ada keluar single cuma tiada kerjasama dengan syarikat besar seperti TM dulu membuatkan orang kurang perasaan kewujudan produk kami di pasaran muzik," ujarnya. - Sumber MSTAR