Oleh: Malaysiacrisis
Sultan Pahang, HRH Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar
Riayatuddin al-Muadzam Shah merupakan Yang Dipertuan Agong Ke 7 Malaysia
sejak 26 April 1979 sehingga 25April 1984. Baginda merupakan Sultan
Pahang yang menaungi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
atau lebih dikenali sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang. Disebalik
peranan beliau sebagai seorang Sultan yang menerajui Majlis Ugama Islam
& Adat Resam Melayu Pahang, seharusnya beliau memiliki nilai
keperibadian yang tinggi mulianya bagi mewakili Agama Islam dan
Masyarakat Melayu Negeri Pahang.
Carla Brizuela Shah & Dina Brizuela nama yang pernah
menggegarkan Malaysia sewaktu baginda menjadi Yang Dipertuan Agong ke 7.
Kisah ini dibongkar oleh malaysiakini pada tahun 2001 dan sudah hampir
11 tahun usia cerita ini.
Renungkanlah wajah mereka.
Dimanakah Carla Brizuela Shah yang berusia 19 tahun pada tahun 2001.
Adakah hilang atau dihilangkan dari peta dunia agar sejarah yang tidak
dibongkar dan diadili ini dipadam terus dari minda rakyat Malaysia?
Nantikan kisah selanjutnya.
Persoalannya, bagaimana seorang yang pernah melakukan zina dan memiliki
anak luar nikah bersama seorang wanita bukan Islam menjadi Ketua Agama
Islam Negeri? Terpeliharakah Islam dibwah naungan mereka? Fikirkanlah..
Artikel Malaysiakini, 3hb Mac 2001
Sultan Pahang miliki anak luar nikah: Bekas jururawat Filipina
Sultan Pahang dituduh meninggalkan seorang anak perempuan hasil hubungan
sulitnya yang didakwa dengan seorang jururawat berbangsa Filipina pada
awal 1980-an.
Gadis itu, Carla Brizuela Shah, 19, dan ibunya Dina Brizuela Cooper, 47, kini tinggal di California, Amerika Syarikat.
Dina mendakwa beliau dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali
dengan Sultan Ahmad Shah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong dari 1979 hingga 1984. Kata wanita itu, hasil hubungan itu beliau
hamil tetapi baginda tidak mempedulikannya dan anaknya itu.
Sebagai menerima tanggungjawab bapa, baginda sebelum ini bersedia
berunding dengan Dina untuk memberikan wang sebanyak RM10 juta sejak
1997 bagi menyelesaikannya.
Bagaimanapun, apabila rundingan dengan baginda, yang diwakili peguam
Michael Chong, gagal, Dina membina satu [#1]laman web[/#] bagi
mendedahkan ceritanya dan beberapa percubaannya yang gagal mendapatkan
penerimaan baginda dan keluarga diraja.
Apabila dihubungi malaysiakini, Chong tidak bersedia mengulas hal ini.
"Saya tidak mahu mengulas perkara yang diterbitkan dalam sebuah laman web peribadi," katanya.
Dina memberitahu malaysiakini, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca rundingan itu gagal.
"Saya mahu sebarang perbincangan harus memasukkan tiga syarat," jawabnya dalam satu mesej yang dihantar melalui faksimili.
Syarat itu ialah pengiktirafan secara bertulis bahawa baginda sebagai
bapa Carla, gadis itu dibenarkan melawat bapanya setiap tahun dan Carla
diterima sebagai seorang anak sultan. Dina menegaskan wang bukanlah
faktor yang mendorongnya berunding dengan baginda.
Bagaimanapun satu sumber yang rapat dengan Sultan menafikannya, dan
menyebutkan rundingan itu gagal kerana Dina tidak bersetuju dengan
jumlah yang ditawarkan oleh baginda.
"Jumlah terakhir yang ditawarkan kepada Dina dan Carla kira-kira RM10
juta. Dina, bagaimanapun, mahu Carla diterima sebagai sebahagian pewaris
harta baginda," kata satu sumber yang sangat dipercayai.
Sumber itu menyebutkan baginda telah bersetuju memindahkan satu hartanah di Los Angeles kepada Dina bagi pihak anaknya.
Tempoh berahsia 10 kepada 20 tahun
Siasatan malaysiakini mendedahkan hartanah itu, sebuah rumah dengan enam
bilik tidur di pinggir bandar yang hampir dengan kawasan mewah Beverly
Hills, bernilai AS$1.1 juta (RM4.1 juta).
"Sultan juga menawarkan untuk membayar kira-kira AS$100,000 (RM380,000)
kepada Dina dan juga AS$50,000 (RM190,000) setiap tahun dalam tempoh
enam tahun bagi pelajaran Carla," kata sumber itu lagi.
Jumlah-jum lah ini disahkan dalam beberapa pucuk surat - semuanya
didedahkan di laman web Dina - yang dihantar oleh Chong kepada peguam
wanita itu di Amerika Syarikat.
Sumber itu turut menyebutkan sejak awal rundingan pada 1997, baginda
telah membayar AS$130,000 (RM494,000) kepada Carla dan emaknya sebagai
perbelanjaan mereka.
"Apa lagi yang mereka mahu? Baginda telah bermurah hati memberikan
bantuan kewangan dan malah menerima Carla sebagai anaknya," kata sumber.
Dina berkata rundingan itu akhirnya putus hujung tahun lalu selepas
baginda dan peguam-peguamnya menarik semula butir-butiran perjanjian
yang telah dipersetujui sebelumnya.
"Mereka tidak bersedia meneruskan sokongan kewangan seperti
dipersetujui. Mereka juga mahu tempoh menyimpan rahsia (tentang hal ini)
digandakan daripada 10 kepada 20 tahun selepas kemangkatan baginda,"
katanya.
Beliau berkata alasan menggandakan tempoh berahsia itu bertujuan
menyembunyikan berita bahawa baginda adalah bapa sebenar Carla, sambil
menambah rundingan itu juga gagal akibat mereka tidak bersetuju hak
pusaka untuk anaknya.
"Kami telah jelaskan dari awal bahawa kami tidak akan bersetuju terhadap
sebarang penyelesaian yang menafikan hak Carla untuk mendapatkan
warisan selepas kematian ayahnya," kata Dina.
"Carla sedia menerima syarat pusaka ketika hayat baginda. Bagaimanapun
sebarang tuntutan untuk menggugurkan hak, yang wajar dia dapat, sebagai
prasyarat kepada penyelesaian tidak akan diterima."
Dina berkata pada rundingan terakhir, peguam baginda cuba "mengugut dan
membuli" beliau dan Carla dengan cara menerima penyelesaian umum tetapi
dengan menggugurkan semua hak Carla pada masa depan.
"Kami tidak bersetuju dan mereka pun meninggalkan mesyuarat itu."
Sumber itu menafikan hal itu dengan menjelaskan daripada awal, Carla dinafikan hak harta pusaka menurut hukum Islam.
Pertemuan dengan Carla
"Perkara ini jelas dari sudut undang-undang Islam. Seorang anak luar
nikah tidak mempunyai hak mempusakai harta bapanya," kata sumber itu
lagi, sambil menambah gadis itu tidak boleh dianggap anak yang sah pada
pandangan agama.
Sumber itu menambah, baginda telah melawat Carla sebanyak dua kali dan
ketika itu jika Dina ingin meneruskannya, rundingan itu mungkin
berhasil.
Bagaimanapun Dina, yang mengesahkan baginda pernah bertemu Carla,
berkata baginda tidak pernah menandatangani sebarang surat yang
mengiktiraf Carla sebagai anaknya. Dina juga berkata beliau fikir
baginda keberatan untuk memulakan atau meneruskan hubungan dengan Carla.
"Tidak pernah baginda atau anggota keluarganya menjawab surat-surat yang
dihantar Carla atau saya. Mereka tidak pernah peduli untuk menerima
panggilan telefon, menjawab kiriman faksimili atau apa sahaja," kata
Dina.
Beliau berkata pada peringkat awal rundingan, satu tawaran dibuat kepadanya melalui surat bertarikh 18 Mac 1999.
Satu salinan surat itu, yang boleh diperolehi daripada laman itu,
menyebutkan baginda akan memindahkan hartanah di Los Angeles kepada Dina
sebagai pemegang amanah bagi pihak anaknya. Surat itu menyebutkan
baginda bersedia membiayai pendidikan dan perbelanjaan dalam tempoh enam
tahun mulai 1999.
Surat itu menghendaki Dina agar tidak membuat sebarang tuntutan pada
masa depan berkaitan perhubungan silam antara baginda dengan gadis itu.
Sumber itu, yang rapat dengan keluarga diraja, berkata tawaran baginda
yang disebutkan dalam surat itu sudah mencukupi untuk keselesaan ibu dan
anak itu.
Bagaimanapun, sumber itu mendakwa surat yang diterbitkan dalam laman web itu tidak lengkap seperti salinan asal.
"Dalam surat asal, Dina telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima
penyelesaian yang ditawarkan oleh baginda. Beliau bersetuju anak itu
adalah hasil hubungan antaranya dengan baginda. Tetapi beliau kini
mendakwa dirogol pula," kata sumber.
Sumber itu menambah, Dina hanya berminat mendapatkan wang dan ingin mendapat lebih daripada yang baginda tawarkan.
"Dina tidak berminat dengan kesejahteraan anaknya. Jika berminat, beliau
tentunya sudah menerima wang dan hartanah itu. Wang itu mungkin boleh
digunakan untuk pelajaran Carla. Beliau mahu kekayaan baginda dengan
menjadikan Carla sebagai sebahagian pewaris pusaka. Beliau telah
diberikan nasihat yang salah tentang hal ini. Undang-undang syariah
tidak membenarkannya," tegas sumber itu.
Hak sebagai anak
Menjawab hal ini, Dina berkata Carla hanya ingin peluang mencari
kemungkinan sama ada gadis itu mempunyai hak sebagai anak baginda di
bawah undang-undang Islam atau peruntukan undang-undang lain.
"Ini tidak boleh dianggap dia (Carla) ingin menjadi anggota keluarga
diraja atau tinggal di Malaysia, kerana dia sendiri tahu itu tidak akan
mungkin dan tidak pula bersesuaian dengan pandangannya yang sederhana,"
kata Dina.
Sumber istana juga berkata Dina mahu semuanya disebut dalam perjanjian,
bermula hak melawat hingga penerimaan Carla dalam keluarga diraja.
Sumber: http://malaysiacrisis.blogspot.com/2012/09/sultan-berzina.html