Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie






Kuala Lumpur: Isteri penyanyi dan pelakon, Awie diperintahkan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM500 kepada suaminya itu berikutan kelewatan hadir ke prosiding sebutan kes hadanah (hak penjagaan kekal) tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memerintahkan demikian selepas Rozana Misbun, 36, dan peguamnya, Majdah Muda gagal hadir ketika prosiding sebutan kes itu pada jam 10 pagi.

Mohd Amran berkata, mahkamah mengambil serius perkara itu atas alasan boleh menjejaskan prosiding mahkamah dan demi keadilan mana-mana pihak.

Namun, Rozana dan Majdah tiba-tiba muncul selepas beberapa minit prosiding kes itu berjalan.
FotoAWIE (kanan) bersama peguamnya keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, semalam.

Majdah memohon maaf di atas kelewatan mereka dan memberitahu pihaknya menyerahkan beberapa dokumen permohonan lain berkaitan kes itu di kaunter mahkamah.

Bagaimanapun, Amran masih mengekalkan perintah supaya Rozana membayar kos mahkamah kepada Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46.

Sementara itu, Majdah memberitahu mahkamah pihaknya sudah memfailkan bantahan awal berhubung kes induk iaitu hadanah kekal dan menyerahkan secara kendiri kepada Awie selaku plaintif semalam. - Sumber myMetro




Awie Dihadapkan Ke Mahkamah Hari Ini Kerana Belasa Isteri Sampai Nak Mampus







Gambar (oleh Suhaizul Izhar): Awie masih belum keluar dari kenderaan beliau ketika jurugambar kami tiba di perkarangan mahkamah. Dan, beliau ditemani rakan rakan.
Penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok atas tuduhan memukul isterinya. Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa mengasari isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu. Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings itu menafikan dakwaan tersebut.

Sham Kamikaze Nikah Diharamkan Mahkamah






RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.
Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.
Faraq nikah ialah pembubaran sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami isteri itu ragu terhadap status perkahwinan mereka.
Kamarulzaman memutuskan, wali hakim yang digunakan pada pernikahan yang diadakan di Masjid Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang itu tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.



Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.
Selain itu, segala urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga juga tidak diiktiraf dan sijil pernikahan mereka adalah palsu.

Bagaimanapun, Kamarulzaman memutuskan anak lelaki mereka iaitu Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.

Sementara itu, Sham ketika ditemui selepas prosiding selesai memberitahu, dia mendapat tahu wali hakim yang digunakan tidak diiktiraf semasa ingin mendaftarkan nama anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Januari lalu.

Sham berkata, dia tidak menyangka pernikahan itu mempunyai masalah dan segera merujuk kepada mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

"Alhamdulillah semuanya selesai dan  apa yang saya lakukan adalah demi melindungi keluarga saya.

"Ia bukan sahaja mengenai taraf anak tetapi juga hak isteri saya di masa hadapan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya.

"Ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan saya banyak belajar menerusi kejadian ini," jelasnya.

Tambah Sham, dia dan Nurul Halimin akan bernikah semula dalam masa terdekat dengan menggunakan saluran yang betul.

Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.-Sumber MSTAR




Sultanah Johor bercerai?

Tuanku Zanariah Tunku Ahmad kekal tercerai dengan bekas sultan Johor almarhum Sultan Mahmud Iskandar, walaupun persoalan itu hanya berbangkit selepas setahun kematian baginda.

Ini ekoran keputusan mahkamah tertinggi agama negeri, Mahkamah Rayuan Syariah Johor, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang mengiktiraf perceraian itu.

Keputusan itu dibuat walaupun Tuanku Zanariah tidak dipanggil langsung semasa prosiding perceraian.

Tiga panel diketuai oleh Syed Ali Syed Abu Bakar bersama Marsid @ Morsid Mahrof and Jainudin Mt Sum @ Munaj membuat keputusan itu hari ini.

Tuanku Zanariah, yang bekas Raja Permaisuri Agong, menerima surat memaklumkan perceraian itu pada Ogos 2013.


Sumber: MALAYSIAKINI