Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Ukraine Sah Tembak Jatuh MH17







 
 
PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25 (gambar contoh) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.



Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut.




MAS Akan Ditutup





MH17 Bloomberg hari ini melaporkan kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) dinyahsenaraikan susulan kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17.

Dua tragedi itu lapor Bloomberg, berkemungkinan besar akan menoktahkan riwayat MAS sebagai syarikat senaraian awam.

Lapornya, pilihan yang ada buat MAS sekarang adalah menswastakan syarikat itu sehinggalah kepada mengisytiharkan kebankrapan.

Kedua-dua pilihan itu memerlukan MAS dinyahsenaraikan, laporan itu dipetik.

Bloomberg turut memetik penganalisis Maybank Mohshin Aziz yang berkata MAS kini tidak punya banyak masa lagi.

"Belum pernah ada syarikat penerbangan yang terpaksa mengharungi dua tragedi besar dalam jangka masa empat bulan," katanya.

Dagangan saham MAS ditutup pada harga 20 sen semalam. Khazanah yang merupakan syarikat milikan kerajaan, memiliki hampir 65 peratus kepentingan dalam MAS.
 


Pesawat MAS Tidak Selamat Lagi






MAS masih tersemat di hati rakyat Malaysia
Tragedi demi tragedi telah menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), namun, kepercayaan rakyat terhadap MAS kekal kukuh dan ia sentiasa tersemat dalam hati.
KUALA LUMPUR: Tragedi demi tragedi menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), namun, kepercayaan rakyat terhadap MAS kekal kukuh dan syarikat penerbangan itu sentiasa tersemat di hati mereka.

Rakyat Malaysia dan luar negara yang ditemubual oleh Astro AWANI sebelum mereka terbang ke destinasi masing-masing dengan pesawat MAS, menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada syarikat penerbangan itu.

Salim B. Man, yang merupakan seorang yang kerap menggunakan MAS untuk membuat perjalanannya, berkata dia tidak risau untuk menggunakan khidmat syarikat itu, walaupun selepas tragedi MH17.

“Saya akan membuat perjalanan ke Myanmar. Pertamanya, MAS mempunyai anak kapal yang terbaik di dunia. Saya pernah menggunakan perkhidmatan banyak syarikat penerbangan untuk menjelajah ke luar negara. MAS masih yang terbaik. Saya selalu membuat perjalanan dengan MAS.

“Keduanya, orang tidak tembak kapal terbang setiap hari. Tiada apa-apa yang salah dengan pengurusan atau penyelenggaraan MAS yang boleh menyebabkan kebimbangan.

“Saya akan bimbang jika kapal terbang jatuh kerana masalah penyelenggaraan.

“Ini adalah tentang orang jahat menembak sebuah kapal terbang, Jadi, saya mempunyai keyakinan yang sepenuhnya ke atas MAS," katanya.

Rakyat Perancis, Julien Chassagnevirol berkata ianya tidak adil untuk menuding jari terhadap MAS di atas kejadian yang berlaku secara ‘kebetulan’.

Dia juga berkata ini ‘bukannya tahun untuk MAS’.

“Untuk saya, ini bukan salah MAS. Ia adalah secara kebetulan pesawat itu ditembak jatuh. Saya masih mempunyai keyakinan untuk terbang dengan MAS. Tahun ini bukan tahun untuk MAS.

“Saya tidak rasa (tragedi ini berlaku kerana) masalah penyelenggaraan atau keselamatan, Malaysia adalah sebuah negara selamat. Saya telah berada di sini lebih kurang lapan ke sembilan bulan,” katanya.

Penjawat awam Nik Mastura Dyana Nik Mohamad, 50, berkata ini adalah masa untuk menyokong penerbangan itu dan bukannya menuding jari ke arahnya.

“Ini bulan salah sesiapa. Kita tidak boleh menuduh (MAS). Jadi, kita kena berdoa supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Saya tahu ini adalah sesuatu perkara yang sukar untuk ditangani oleh kerajaan tetapi MAS masih terbaik dari segi perkhidmatan dan lain-lain. Kita kena sokong MAS kerana ia penerbangan kebangsaan kita. Saya akan terbang dengan MAS pada bila-bila masa,” katanya.

Becky Walker, 43, berkata dia telah membeli tiket penerbangan ke Singapura seminggu sebelum kejadian itu dan tidak berhasrat untuk membatalkannya walaupun setelah mengetahui tentang tragedi MH17.

“Saya berasa sedih tentang mereka yang berada di dalam pesawat. Saya tiada masalah membuat perjalanan dengan MAS,” katanya.

Tragedi malang itu telah menyebabkan pekerja MAS terkejut dan semangat mereka menurun.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata insiden ini tidak boleh diterima oleh anak kapal.


Sumber - Astro Awani



Saham MAS Terjunam Ekoran MH17






Photo: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA....
Sudahlah MAS kerugian berbilion2 ringgit, saham MAS dilaporkan jatuh lagi ekoran tragedi MH17...

Untuk tahun ke 3 berturut-turut Parlimen menolak usul utk membahaskan kerugian MAS.. Alasan Speaker Dewan.. "isu ni tak perlu disegarakan dan bukan kepentingan umum...."

BERSYUKUR..!!! Selama ni rakyat terpaksa menjadi ATM pada MAS...yg kerugian yang amat besar saban tahun..!! sedangkan gaji pihak pengurusan MAS mencecah puluhan ribu setahun.. malah gaji CEO MAS mencecah RM100 ribu sebulan...!! Pasal itu MAS semakin lingkup...segala kelemahan bukan ditangani tapi dibiarkan menjadi barah....alasan mereka..?? apa nak kisah.. rakyat adalah ATM mereka..!!

Kerugian MAS....
2011 - RM2.52 Bilion
2012 - RM424.801 Juta
2013 - RM1,174 Billion
2014 - RM443 Juta (baru suku pertama 2014) !!!

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA!!!

Like✔ at ☛| www.facebook.com/suararakyatpage |☚

#suaraRakyat #SayNoToBN

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA....
Sudahlah MAS kerugian berbilion2 ringgit, saham MAS dilaporkan jatuh lagi ekoran tragedi MH17...

Untuk tahun ke 3 berturut-turut Parlimen menolak usul utk membahaskan kerugian MAS.. Alasan Speaker Dewan.. "isu ni tak perlu disegarakan dan bukan kepentingan umum...."

BERSYUKUR..!!! Selama ni rakyat terpaksa menjadi ATM pada MAS...yg kerugian yang amat besar saban tahun..!! sedangkan gaji pihak pengurusan MAS mencecah puluhan ribu setahun.. malah gaji CEO MAS mencecah RM100 ribu sebulan...!! Pasal itu MAS semakin lingkup...segala kelemahan bukan ditangani tapi dibiarkan menjadi barah....alasan mereka..?? apa nak kisah.. rakyat adalah ATM mereka..!!

Kerugian MAS....
2011 - RM2.52 Bilion
2012 - RM424.801 Juta
2013 - RM1,174 Billion
2014 - RM443 Juta (baru suku pertama 2014) !!!


- Sumber Suara Rakyat



Kotak Hitam MH17 Dirampas Pengganas






MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax
Puak pemberontak Ukraine dilaporkan kononya telah menemui kotak hitam dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.
KUALA LUMPUR: Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita Interfax,  kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.- Sumber Astro Awani




Senarai Penumpang MH17 Yang Terhempas Di Ukraine






MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

295 orang disahkan meninggal termasuk 15 anak kapal. Kebanyakan penumpang adalah pelajar Malaysia.


Senarai krew pesawat




TERKINI: Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine 297 Penumpang Maut









Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 297 penumpang.


Sumber: MAS