Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

Neelofa Juara Anugerah Bintang Paling Popular

Neelofa mahu jadi artis contoh kepada masyarakat.
PUTRAJAYA: Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu cara dia membawa dirinya untuk bergelar artis contoh dan ikon merupakan salah satu sebab dia memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH29) yang diadakan, malam Ahad.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia menjadikan segala cerita kontroversi pada awal kemunculannya sebagai sebuah pengajaran sebelum bertukar menjadi seorang selebriti yang lebih dihormati.

"Saya sedar pada tahun pertama kemunculan, saya penuh dengan kontroversi sahaja sehingga saya sendiri rasa tidak tahan dan mula putus asa.

"Sehingga tahun keempat saya sudah tahu mengawal dan cuba berubah menjadi seorang yang sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.
Neelofa ditemui pada sidang media selepas selesai ABPBH29, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Neelofa turut memenangi kategori Pengacara TV Popular.

Neelofa turut memenangi kategori Pengacara TV Popular. Kemenangannya sebagai bintang paling popular membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta Volkswagen Passat.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, sepanjang enam tahun bergelar anak seni pelbagai dugaan terpaksa dilaluinya.

Tambahnya, orang di sekeliling dan peminat sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakang dalam memberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam industri seni.

"Susah untuk terus berada dan releven dalam industri ini, tapi seorang rakan artis ada beritahu jika saya berjaya lalui lima tahun pertama, maka ia akan mudah untuk tahun seterusnya.

"Benar, ini tahun keenam saya dan masih berada dalam industri hiburan. Sejak tahun keempat saya sudah bataskan diri dan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak terpalit kontroversi," ujarnya.

Tambah Neelofa, dia turut menjaga nilai eksklusif terutama dalam memilih tawaran-tawaran sebagai pelakon dan pengacara yang bersesuaian dan dapat membantu kerjayanya.

Sementara itu, ditanya tentang ucapannya di atas pentas yang menyebut beberapa nama penting termasuk Datuk Hans Isaac, Neelofa mengakui dia antara individu penting dalam kerjayanya.

Tambahnya, Hans, banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada awal kemunculannya dalam industri.

"Saya ada sebut tiga nama iaitu Aziz M.Osman kerana dia pengarah pertama yang percaya bakat saya, Erma Fatima pula pengarah yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya dalam banyak drama yang diterbitkan.

"Manakala, Hans juga individu penting yang banyak mengajar saya apa yang patut lakukan terutama ketika berhadapan dengan kontroversi dulu," ujarnya.

Neelofa Bakal Jadi Permaisuri Sultan Kelantan






Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini.KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular, Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.

“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah jumpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya. - Sumber Sinar Harian



NEELOFA Bergaduh Teruk






KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
FotoNEELOFA... selesai cara baik

Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar. - Sumber Harian Metro




Adik Neelofa Lebih Cantik Dari Kakaknya Akan Jadi Ustazah Ikut Kakak






Photo: Neelofa dan adiknya hmm hmm :)


Suriani Sue Iwan wah nampaknye ustaz celop byak yg komen negatif...slalu ustazah pilihan yg slalu komen lebih2,ustaz2 celop cap ayam ni better korang tengok dulu aurat kaum kerabat korang..kakak ,adik,mak,mak saudara,nak mgutuk je...mulut berbau sbb puasa xpe jgan mulut berbau longkang bila mengata orang ke korang jeles lofa cantik dr bini korang....positif la....




Gigi Nabil Dicelah Neelofa, Kris Dayanti dan Anuar Zain








Rozey Maraff GIGI NABIL..wakakakakak

Sumber: ROTIKAYA



Neelofa Cari Calon Suami Mithali





Neelofa: Berhijab Lengkapkan Diri, Harap Doa Peminat


Neelofa Bertarawikh Di Masjid Putrajaya Setiap Malam Nak Dengar Ceramah Mufti Menk






Foto 
NEELOFA bersama Natasha Hudson anggap Ramadan sebagai ujian dan cabaran.

Assalamualaikum semua. Selamat datang Ramadan Al-Kareem! Hari ini hari pertama kita umat Islam di Malaysia menunaikan puasa.
Kebetulan pula, demam Piala Dunia masih rancak, pasti ada yang alang-alang tengok bola tu, terus berjaga sampai ke waktu sahur. Semangat tau.


Lofa lebih selesa memilih minum air campuran kurma, madu, kismis dan susu. Barulah bertenaga sepanjang hari. Berbuka baru nak makan berat.

Tengok pelbagai lagak dan ragam orang ramai menyambut kedatangan Ramadan, pasti Lofa teringat waktu zaman kanak-kanak Lofa. Zaman Lofa mula diperkenalkan pengertian puasa, apa itu Tarawih dan zaman Lofa belajar berpuasa penuh.

Pasti semua orang pernah melalui fasa yang Lofa sebut tadi, bukan? Lofa ingat lagi, waktu kecil, Lofa ingat puasa ini aktiviti orang dewasa saja, jadi Lofa yang kecil tak perlu berpuasa.

Hari pertama berpuasa adalah hari paling Lofa sangat tak dapat lupakan! Lofa ni memang ‘hantu makan’ sejak kecil. Bayangkan, satu hari bangun saja dari tidur, terus pergi dapur dan buka tudung saji tapi tiada makanan disediakan.

Kecoh juga satu rumah waktu itu. Rupa-rupanya Lofa lupa hari itu hari pertama berpuasa. Kiranya waktu itu hari pertama puasa ialah hari terpanjang dalam hidup Lofa.

Sebaik dengar azan Maghrib, bukan main laju Lofa terkam makanan yang mama masak sampaikan kena marah. Sudahnya, dah terlalu kenyang, Tarawih pun terlepas sebab dah tertidur.

Kenang balik memang kelakar. Itu belum lagi cerita Lofa tak ba­ngun bersahur. Kalau nak dikongsikan, memang tak habis.

Anda setuju tak kalau waktu Ramadan tiba-tiba kita rasa masa berputar sangat perlahan dan makanan yang kita tak suka makan, tiba-tiba nampak sedap semacam. Padahal dulu tak pernah pun teringin makan. Itu yang Lofa belajar mengenai dugaan.

Seperkara lagi, ramai ingat berpuasa ini sekadar menahan lapar tetapi pengertian puasa sebenar­nya sangat luas skopnya. Selain berpuasa menahan lapar dahaga, kita perlu menjaga keperibadian secara menyeluruh.

Kalau dulu main hentam kromo saja bila bertutur, dalam bulan puasa, kalau boleh, belajarlah cakap benda berfaedah. Cakap pun sopan-sopan saja. Kalau nak berpakaian pula, pilih yang berse­suaian.

Semua ini bagi menghormati kesucian Ramadan itu sendiri. Ang­gaplah Ramadan sebagai medan ujian dan cabaran untuk kita. Mana tahu, kita akan bertemu sinar hidayah dalam Ramadan? Insya-Allah.

Menyentuh pasal menghormati, Alhamdulillah untuk Ramadan kali ini, Lofa berjanji untuk me­ngurangkan aktiviti seni Lofa. Yang ada pun hanya komitmen dengan Meletop memandangkan ranca­ngan itu disiarkan secara langsung.

Untuk aktiviti seni lain, memang Lofa tolak sepenuhnya. Bukan apa, bagi Lofa, Ramadan bulan terbaik untuk kita bersama keluarga selain beribadat.

Selain kurangkan aktiviti seni, Lofa ada lagi dua azam yang harap sangat dapat dipenuhi. Pertama, nak berbuka di rumah bersama keluarga sekerap mungkin sepanjang Ramadan. Lofa sebenarnya malas sangat berbuka di luar. Paling kuat pun, pergi bazar Ramadan, beli kuih saja.

Kedua, nak cuba sebanyak mungkin bertarawih di Masjid Putrajaya. Kenapa Masjid Putrajaya? Sebab Lofa difahamkan, tahun ini Tarawih di Masjid Putrajaya di­imamkan Mufti Menk. Beliau juga bakal menyampaikan ceramah sebaik selesai solat Tarawih.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Lofa memang sangat me­ngagumi Mufti Menk. Pasti peluang yang ada ini tak akan Lofa lepaskan.

Seperkara yang Lofa nak kongsi dengan pembaca semua, insya-Allah sepanjang Ramadan ini, Lofa dan Neelofa Team akan bergiat dengan lebih aktif dengan perniagaan diusahakan. Memandangkan tak sibuk sangat, Lofa merancang menyertai pelbagai bazar dan festival.

Lofa rasa ini peluang terbaik untuk lepak dan bersantai bersama peminat dan pembeli yang selama ini menyokong Lofa. Bazar mana yang akan Lofa sertai? Ha, itu anda semua perlu sentiasa peka dengan pengumuman di laman sosial Lofa, barulah ‘surprise’.

Rasanya macam banyak sangat Lofa membebel pasal bulan puasa. Bukan apa, teruja sangat. Tambah pula kebetulan Lofa ada ruangan Nota Neelofa, lagi menjadilah keterujaanya. Kalau boleh, semua nak dikongsi.

Alang-alang ada kesempatan ini, Lofa nak minta tolong boleh? Boleh tak anda semua cadangkan makanan atau bazar yang Lofa patut cuba pergi?

Yalah, nak juga rasakan suasana kemeriahan bazar di tempat anda. Nanti tweet-tweet Lofa tau!

Sehingga bertemu lagi, sebarkan rasa cinta. - Sumber Harian Metro



Neelofa Pakai Tudung Lepas Sahur Je, Lepas Buka Puasa Dia Buka Tudung Balik





Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara jelita Noorneelofa Mohd Noor tampil dengan wajah baru apabila nekad berhijab selepas bersahur pada hari pertama Ramadan, kelmarin.
Noorneelofa yang mesra dengan panggilan Neelofa ketika dihubungi bersyukur kerana apa yang dia inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna.


Pengacara program Nona dan MeleTop itu turut menyifatkan penghijrahannya itu adalah ikhlas dan tiada paksaan.
Foto

"Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya malah mereka adalah pemberi semangat buat saya," katanya. - Sumber Harian Metro



Neelofa Insaf Tayang Buah Dada







Jurugambar popular, Annas Easkey menerusi akaun Instagram beliau petang ini kongsikan satu screenshot menunjukkan perbualan beliau dengan Neelofa yang kami difahamkan berkaitan keputusan pelakon juga pengacara itu untuk berhijrah.
Dalam perbualan ringkas itu, Annas Easkey bertanyakan kepada Neelofa sama ada benar beliau kini memang benar benar sudah bertudung dan serius untuk kekal dengan imej itu.
“Yes Annas, I‘ve been praying to God to give me that strong hint for me to always istiqamah and alhamdulillah Allah answered me,” balas Neelofa terhadap soalan itu.
Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA
Satu berita baik buat semua peminat Neelofa yang sentiasa mendoakan selebriti ini untuk terus berubah apabila sering melihat beliau mengenakan tudung atau hijab lebih lebih lagi dengan perniagaan pakaian muslimah beliau yang mendapat sambutan. (rtky/m)



Hans Isaac Zip Mulut Neelofa Untuk Rahsiakan Kisah Mereka





Sembunyi cerita kerana Hans
Neelofa akui turut patah hati, kini tumpu pada perniagaan dan kerjaya seni

Demi menghormati permintaan Hans Isaac yang belum dapat berdepan kesedihan akibat perpisahan mereka, Neelofa sepakat merahsiakan berita itu selama setengah tahun sebelum beliau akhirnya membuka mulut mendedahkan perkara sebenar, baru-baru ini. - Sumber Berita Harian


Neelofa Kecewa Dengan Hans Isaac Yang Curang Lalu Buat Bisnes Sendiri






Kisah cinta sensasinya dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac sudahpun berakhir, baru-baru ini. Sekian lama berahsia akhir­nya dia berkongsi cerita hubungan yang dipertahankan selama ini sudahpun putus sejak awal Februari lalu.
Rupa-rupanya sudah lima bulan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa menjalani kehidupan solo tanpa insan istimewa di sisinya. Walaupun luka masih berdarah tetapi demi masa depan, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 25, ini bangkit dengan semangat baru, sekali gus melupakan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu.

“Selama beberapa bulan selepas putus, saya terpaksa memendam semua itu sendirian tanpa pengetahuan ahli keluarga. Ahli keluarga juga dapat tahu hubungan kami sudah putus hanya selepas saya membuat pendedahan itu.

“Apapun, saya lebih suka melihat perpisahan yang berlaku dari sudut yang positif. Saya percaya setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya sudah bertemu pengganti, Neelofa mengakui, dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya itu.

“Jika nak diikutkan, setiap saat saya akan teringat apa yang sudah berlaku tapi saya menyibukkan diri dengan bekerja. Fokus dan keutamaan hanya pada karier seni dan perniagaan ketika ini. Saya juga putuskan untuk meletakkan hal peribadi ke tepi dulu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga pastikan kesihatan tidak terabai de­ngan melakukan aktiviti sihat seperti ‘pilates’, ‘kick boxing’ dan ‘body tone’ untuk mengeluarkan peluh, sekali gus dapat mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana usia masih muda iaitu 25 tahun dan apa yang berlaku semakin mematang­kan diri dalam menempuh kehidupan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut punca perpisahannya dengan Hans, kata Neelofa, fokusnya kini hanya pada karier seni dan bisnes yang diceburi, sekali gus mengejar impian dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.

Selain dilantik menjadi jurucakap King Koil selama tiga tahun, dia turut menjadi duta produk Airish Fashion Cosmetic dan Line.

Selain melaksanakan tanggung­jawab sebagai duta produk, Neelofa juga sibuk mengembangkan perniagaan yang diusahakannya bersama keluarga.

Selepas kejayaan Bellavita, Neelofa kini mengusahakan beberapa lagi produk baru iaitu Naelofar Abaya yang diusahakan bersama kakak dan ibu­nya manakala Bokkita Hijab dan Lofalens diusahakan sendiri.

Bukan mudah untuk berniaga dan saya perlu menunggu selama setahun untuk melihat perkembangannya sama ada membawa pulangan atau sebaliknya.

“Memang penat untuk membahagikan masa antara karier seni dan perniagaan supaya ia bergerak seiringan. Namun, ia bukan halangan buat saya demi minat dan mengejar impian menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada masa depan,” katanya.


Berkumpul bersama keluarga sepanjang Ramadan

Kedatangan Ramadan paling dinantikan Neelofa pada saban tahun. Selain beribadah, inilah masa untuknya berkumpul bersama anggota keluarga serta mengeratkan lagi tali kekeluargaan sedia ada.

“Saya juga memperlahankan aktiviti seni dan pada Ramadan barulah dapat bertemu dan bertanya khabar perkembangan anggota keluarga yang lain.

“Selain itu, saya juga tidak ingin melepaskan peluang Tarawih bersama anggota keluarga yang lain pada Ramadan yang penuh keberkatan ini,” katanya.

Ditanya mengenai juadah kegemaran, Neelofa berkata, setiap kali tibanya Ramadan, pastinya ‘air tangan’ ibunya menjadi pilihan dan memenuhi meja di rumah.

“Antara juadah wajib ketika berbuka bersama keluarga ialah nasi dagang dan nasi kerabu yang disediakan mama. Selain itu, saya juga teringin untuk berjalan-jalan ke bazar Ramadan bersama anggota keluarga yang lain,” katanya.

Jika Ramadan sebelum ini, agenda seninya sangat padat, ia berbeza pada Ramadan pada tahun ini.

Bukan tiada tawaran berlakon, sebaliknya Neelofa hanya memberi fokus pada komitmennya sebagai pengacara program Nona bergandingan dengan Fara Fauzana yang bersiaran di TV3.

Selain itu, dia mengacarakan program Meletop bergandingan dengan Nabil untuk saluran Astro.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan perniagaan yang diceburi dan beroperasi seperti biasa pada Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, kata pelakon yang baru mengungguli trofi kategori Pengacara Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, walaupun sibuk dengan perniagaan, dia masih lagi mengacara dan memenuhi undangan berlakon sehingga kini.

“Walaupun sudah menang trofi, baru-baru ini, saya tidak ‘demand’ dan masih sama seperti dulu. Antara filem lakonan saya yang masih menanti tayangan di pawagam ialah Pilot Cafe dan Gangster Superstar.

“Saya akui jiwa lebih sebati pada pengacaraan berbanding lakonan. Pada masa sama, saya juga merancang untuk mengacarakan program bual bicara sendiri tidak lama lagi,” katanya.




Neelofa Bujang Kembali






Neelofa 

KISAH  perpisahan Neelofa dengan pelakon dan penerbit kacak Hans Isaac,  sudah diketahui umum. Namun kisah perpisahan mereka terus menjadi tanda tanya walaupun Neelofa sudah mengesahkan hubungan itu sudah berakhir.
Pasangan yang sudah lama sinonim bersama itu, mengambil keputusan untuk mengumumkannya kepada orang ramai secara rasmi hanya pada awal Jun lalu.
Neelofa berkata, perpisahan itu terpaksa dirahsiakan atas permintaan Hans yang belum bersedia serta mahu mencari kekuatan bagi berhadapan kesedihan itu.
"Kami memang sudah berpisah sejak awal tahun lagi, cuma kami tidak bersedia untuk memberitahu umum masa itu.
"Kami sama-sama memerlukan masa untuk betul-betul bersedia menerima perpisahan itu," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk kosmetik fesyen pertama Malaysia, Airish Miracle.
Menurutnya, perpisahan itu diakhiri dengan matang selepas telah mencuba yang terbaik untuk hubungan itu.
Jelas Neelofa, selepas beberapa bulan membawa haluan masing-masing, barulah mereka berbincang dan bersepakat untuk memberitahu umum tentang perpisahan itu awal Jun lalu.
Neelofa berkata, biarlah semua tahu dan jelas tentang hubungan ini sudah berakhir dan dia tidak mahu terus dibayangi dengan nama Hans lagi, kerana nama itu sudah cukup sinonim dengannya sejak dua tahun lalu.

”Saya mahu berterus terang dengan semua orang bahawa hubungan kami sudah putus. Berhubung kenapa Hans terus berdiam diri, saya faham kenapa Hans tidak mahu komen sebab dia sudah lama dalam industri dan selama ini banyak cerita berhubung kisah cintanya yang tidak berpanjangan,” kata Neelofa dengan tenang ketika ditanya berhubung tindakan Hans yang terus mendiamkan diri.

Ketika ditanya sama ada hubungan itu berakhir ekoran orang ketiga, Neelofa menafikan dan enggan berkongsi punca sebenar perpisahan.

“Bukan sebab orang ketiga. Tetapi saya tidak boleh kongsi apa puncanya.
“Saya menghormati dia sebagai orang yang lebih tua daripada saya dan sebagai orang yang banyak mengajar benda baik kepada saya”, ujarnya yang mula intim dengan Hans sejak lebih dua tahun lalu apabila berlakon bersama dalam filem arahan Hans iaitu Lemak
Kampung Santan.

Neelofa berkata, sememangnya setiap perpisahan amat perit untuk dilalui dan tipulah kalau tidak sedih dengan ikatan percintaan yang dibina selama hampir dua tahun itu terlerai begitu sahaja.

Namun, dia perlu meneruskan kehidupan dan kerjaya.

Tunggu restu keluarga

Ketika ditanya adakah dia akan mencari pengganti, Neelofa berkata, dia boleh teruskan hidup tanpa teman lelaki.

“Cukuplah dengan perniagaan yang saya ada dan saya mahu memberi menumpukan perhatian sepenuhnya,” katanya.

Neelofa juga mengesahkan dirinya kini berstatus solo dan tidak terfikir lagi mahu mencari pengganti.

“Tetapi sekiranya ada lelaki yang betul-betul dapat menambat hati saya dan mendapat restu keluarga, saya tidak mahu berlengah-lengah lagi dan akan terus kahwin,” katanya.

Namun jelas Neelofa, ia bukanlah keutamaan dalam hidupnya. Sebaliknya, anak jati Pasir Mas, Kelantan, ini tetap bersyukur kerana mampu mengalihkan tumpuan dengan memberi perhatian kepada perniagaannya.

“Bila sudah solo, saya banyak meluangkan masa hampir setiap hari di pejabat untuk mengusahakan perniagaan.

“Masa itulah saya berjumpa pereka, cari pembekal dan akhirnya kanta lekap, Lofalens dapat dilancarkan awal April lalu,” katanya.
Jelas Neelofa, sebenarnya perancangan untuk membuat kanta lekap itu sudah lama iaitu sejak November tahun lalu lagi.
“Alhamdulillah, saya mempunyai perniagaan sendiri yang mampu untuk mengalihkan tumpuan kepada benda lain, di sebalik kesedihan itu,” katanya yang hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang pengacaraan ketika ini.

Duta Airish Miracle

Neelofa turut dipilih menjadi duta jenama kosmetik fesyen, Airish Miracle selama dua tahun.

“Tahun lalu, Ketua Pegawai Urusan, Airish Miracle, Datuk Aizuddin Ghazali ada datang bertemu untuk meminta saya menjadi duta.

“Selepas itu, mereka bagi saya produk untuk dipakai hampir satu tahun,” katanya.

Menurutnya, setiap kulit adalah berbeza dan kulitnya juga bukanlah dari jenis yang bermasalah tetapi selepas memakai produk ini, ia dapat membantu mengurangkan kulit kusam.

Airish Miracle menerusi Hemma Sakura adalah produk pertama keluaran tempatan yang menggunakan air Reverse Osmosis (RO), sekali gus menjadi kosmetik fesyen pertama di Malaysia. - Info SINAR HARIAN


Neelofa Putuskan Cinta Hans Isaac Kerana...







KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap kesedihan itu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut.

"Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu.

"Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin.

Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut.

Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.- Sumber MStar